KINTANG KINTUNG (TV3)

KINTANG KINTUNG (TV3)
MULAI: 6 Oktober 2013,
HARI: setiap hari Ahad
MASA: 11.00 malam.



SINOPSIS KINTANG KINTUNG (TV3)
KINTANG KINTUNG menampilkan Achey dan Harun Salim Bachik sebagai hos akan membincangkan satu topik masyarakat yang menyentuh etika dan cara hidup masyarakat Malaysia yang sebelum ini diambil secara mudah pada setiap episod. Bersama dengan tetamu jemputan, mereka akan membincangkan isu tersebut secara spontan dan bersahaja tetapi akhirnya perkara ini harus mendapat perhatian.



Selain itu, KINTANG KINTUNG juga mempersembahkan 3 sketsa komedi yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan dan diselang-selikan dengan pendapat orang ramai terhadap topik tersebut, Antara topik yang akan diketengahkan oleh Achey dan Harun Salim Bachik bagi 13 episod ini termasuk ‘rempit’, ‘pembuangan bayi’, ‘kahwin campur’, ‘orang gaji’, ‘kepochi’, ‘bomoh’ dan banyak lagi.


Episod pertama KINTANG KINTUNG yang bersiaran pada 6 Oktober nanti telah memilih ‘rempit’ sebagai topik. Antara sketsa yang akan dipersembahkan oleh Bocik, Azlee Senario, Titan, Awok dan Ajo ialah ‘Bila Rempit Jadi Hantu’, ‘Valentino Rossi Diculik’ dan ‘Bila Rempit Mencuri Motor’. Semasa berlangsungnya rakaman bagi episod kedua pada 20 September, suasana studio dihangatkan dengan persembahan mantap gandingan hos Achey dan Harun Salim Bachik bersama artis jemputan Adibah Noor dan Sharifah Shahirah yang mengisahkan topik ‘orang gaji’ iaitu ‘Biniku Zombie’, ‘Orang Gajiku Pencuri’ dan ‘Orang Gaji Di Belakang Rumah’.


Seterusnya, episod ketiga pula mengetengahkan isu pembuangan bayi dengan menampilkan Saiful Apek dan Azlee Senario sebagai artis jemputan yang turut menjayakan tiga sketsa bersama Faiz Tapaw, Fizah Awok, Bocik dan Ajo. Episod keempat diserikan oleh Raja Azura, Sharifah Sakinah dan Azlee Senario yang menjayakan 3 sketsa komedi bersama Achey dan sifunya, Harun Salim Bachik yang memilih ‘kepochi’ ataupun sikap suka menyibuk sebagai topik perbincangan.

KINTANG KINTUNG sudah memulakan sesi rakamannya di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 18 September 2013 (episod 1). Orang ramai dijemput hadir ke studio Sri Pentas 2 pada jam 8.00 malam untuk menyaksikan 9 lagi sesi rakaman KINTANG KINTUNG yang telah dijadualkan pada 15 Oktober (episod 5), 17 Oktober (episod 6), 3 November (episod 7), 5 November (episod 8), 10 November (episod 9), 12 November (episod 10), 17 November (episod 11), 19 November (episod 12) dan 24 November (episod 13).

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kelatah Achey dan sifunya, Harun Salim Bachik menerusi program terbaru TV3, KINTANG KINTUNG bermula 6 Oktober 2013 jam 11.00 – 12.00 tengah malam. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang KINTANG KINTUNG, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.