MAKE YOUR MOVE



MAKE YOUR MOVE
GENRE: Tarian
MULA TAYANGAN: 17 Oktober 2013
BAHASA: English
PENGARAH: Duane Adler
PELAKON: BoA, Derek Hough, Will Yun Lee, Wesley Jonathan, Izabella Miko



SINOPSIS MAKE YOUR MOVE
"Make Your Move" yang diinspirasi daripada kisah Romeo dan Juliet ini telah dilakonkan oleh penyanyi K-Pop, BoA dan penari Derek Hough. Ia mengisahkan Aya, seorang penari dari Korea yang tinggal di kota New York dan merupakan seorang ketua dalam sebuah kumpulan tarian wanita, COBU.

Dia bertemu dengan Donny, seorang jejaka yang telah berpindah dari New Orleans ke New York bagi membantu abang tirinya, Nick menguruskan sebuah kelab tarian. Hubungan cinta Aya dan Donny diuji kerana mereka terlibat dalam permusuhan antara dua beradik.