MENCINTAIMU (TV2)



MENCINTAIMU (TV2)
SLOT: Selekta Prima
MULAI: 3 Oktober 2013,
HARI: setiap hari Khamis
MASA: 9.00 malam
JUMLAH EPISOD: 26 episod,
PELAKON: Intan Ladyana Dan Faralyna , Beego , Linda Hashim, Azhar Sulaiman, Mustafa Kamal, Wan Nor Azlin, Raja Emma, Amar Baharin, Linda Hashim, Mahmud Ali Basha, Ema Akma, Amran Ismail, Raja Nor Baizura, Fathil Dani serta Rashidah Jaafar




SINOPSIS MENCINTAIMU (TV2)
Mencintaimu mengisahkan tentang cinta tiga segi antara dua sahabat Natasya (Faralyna) dan Maria (Intan Ladyana) demi memenangi cinta dari Johan (Beego).


Maria mengalah demi persahabatan mereka. Namun cinta yang di semai antara Johan dan Natasya tidak kesampaian kerana mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa bakal pengantin perempuannya ketika mereka berada di Malaysia. Sejak insiden tersebut, Johan hilang ingatan. Kehadiran Maria mengubah persepsi Johan terhadap erti cinta. Maria menjadi teman setia Johan bagi memulihkan ingatannya.

Drama bersiri Mencintaimu yang bakal bersiar menerusi slot Selekta Prima bermula 3 Oktober 2013, setiap hari Khamis jam 9.00 malam di TV2.

Maria merasakan dia akan mendapat kembali cinta Johan walaupun selama ini Johan tidak tahu tentang perasaannya.

Tuhan maha kuasa, Anisa wanita misteri yang mirip dengan wajah arwah Natasya muncul dalam hidup Johan dan diambil bekerja sebagai pembantu peribadi Johan. Hadirnya Anisa mengubah segala galanya. Johan berperang dengan emosinya dan tidak berdaya melawan perasaan rindu dendamnya terhadap Anisa yang disangka Natasya.

Namun bagaiman pula dengan Maria yang sudah lama menyimpan cinta terhadap Johan ? Adakah usaha Maria akan membuahkan hasil dengan kewujudan Anisa sebagai pesaing? Adakah Anisa juga memendam perasaan terhadap majikannya Johan?


Mampukah Johan mengingati kisah silamnya dan mendapatkan cinta sejati? Saksikan drama bersiri 26 episod “Mencintaimu” menerusi slot Selekta Prima pada setiap hari khamis, mulai 3 oktober 2013, jam 9.00 malam di TV2.