ENDERS GAME

ENDERS GAME
GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
MULA TAYANGAN: 7 November 2013
PENGARAH: Gavin Hood
PELAKON: Asa Butterfield, Harrison Ford, Abigail Breslin, Hailee Steinfeld, Aramis Knight, Moises Arias, Jimmy Pinchak, Brandon Soo Hoo, Ben Kingsley



SINOPSIS ENDERS GAME

Di masa akan datang, kaum makhluk asing bernama Formics telah menyerang Bumi. Kalau bukan kerana hero berlegenda International Fleet Commander Mazer Rackham (Ben Kingsley), semua akan hancur.

Dalam persediaan untuk serangan seterusnya, Colonel Graff (Harrison Ford) yang dihormati dan International Military sedang melatih budak terbaik untuk mencari gantian Mazer.

Ender Wiggin (Asa Butterfield), seorang budak lelaki pemalu tetapi memiliki strategi menakjubkan, ditarik dari sekolahnya untuk menyertai Battle School. Apabila tiba di sana, Ender menguasai permainan perang yang semakin sukar dengan cepat.


Dia sentiasa berjaya dan dihormati rakan-rakannya. Ender diberi anugerah "harapan tentera seterusnya" oleh Graff dan dinaik pangkat ke Command School.


Apabila tiba di sana, dia dilatih oleh Mazer sendiri untuk mengetuai askar-askar dalam perang yang akan menentukan nasib Bumi dan menyelamatkan umat manusia.