HANYA 1 MALAM (TV1)

HANYA 1 MALAM (TV1
TARIKH: 4 November 2013
HARI: Isnin
MASA: 9.00 malam di Tv1
PELAKON: Khairil Anwar, Juhara Ayub, Rashidah Jaafar, Noura Zieyra, Rizal Ayub, Siti Fazurina, Emma Akma.



SINOPSIS HANYA 1 MALAM (TV1)
Ceritanya diperkukuhkan dengan kemunculan artis-artis hebat seperti Juhara Ayub. Watak seorang ibu yang sentiasa berusaha untuk mendidik anaknya dan beliau, sangat taat kepada ajaran agama. Bagaimanapun keadaan beliau yang lumpuh dan berkerusi roda menyebabkan beliau gagal dalam memberi didikan agama kepada Lyana. Pak Malik/Badrul Munir, wataknya hanya beberapa babak tetapi merupakan pemain utama yang menggerakkan cerita... Beliau adalah penterjemah kepada kejahilan yang berlaku dalam masyarakat yang diperwakilkan dalam kehidupan keluarga Borhan. Kemunculan Asyraf seperti sebuah takdir... Seorang pemuda yang hidup dalam kesepian akibat kehilangan kedua-dua orang tuanya, tanpa seorang pembimbing beliau sering tewas dalam permainan dunia. Pada mulanya beliau mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain akhirnya beliau sendiri terperangkap dan ditinggalkan kesepian. Kesepian yang beliau cuba akhiri.

Noura Zeiyra SuBerry sebagai Lyana. Hidup dalam keluarga ahli perniagaan yang berjaya. Bapa tidak pernah mengambil tahu hal kehidupan anaknya. Ibunya lumpuh, banyak bergantung kepada pengasuh. Keuzuran ibunya diambil kesempatan oleh Lyana. Lyana begitu culas dalam mempelajari ilmu agama dan sering menipu ibunya tentang solat.

Apabila ibunya meninggal dunia baharulah beliau sedar dan resah kerana tidak ada orang yang mahu menguruskan jenazah ibunya. Bapanya juga gagal, kerana tidak pernah mahu bertegur sapa dengan masyarakat sekeliling... akibat daripada itu Lyana terpaksa meminta bantuan dari kawan yang baharu beliau kenali... dan beliau terpaksa bayar dengan harga yang tinggi... tapi demi pengorbanan kepada ibunya beliau akur...