KISAH PALING GANGSTER



KISAH PALING GANGSTER
PENGARAH: Brando
GENRE: Action, Drama
DURASI : 90 min
MULA TAYANGAN: 21 Nov 2013
PELAKON: Shaheizy Sam, Zul Suphian, Huang Qi Ming , Wan Hanafi Su, Epy Raja Lawak, Wawa zainal


SINOPSIS KISAH PALING GANGSTER
Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat.




Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namum setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster… lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar…