MALAM PENUH BERMISTERI

MALAM PENUH BERMISTERI
PENGARAH : Shasha Omar
GENRE : Mystery, Horror
DURASI : 116 min
MULA TAYANGAN : 07 Nov 2013
PELAKON: ShaSha Sri Omar, Azri Iskandar, Dato Rahim Razali, Acong Sweet Child, Nagzri Bell, Tony Tuah, Mislina ,  Mariani Ismail



SINOPSIS MALAM PENUH BERMISTERI

MALAM ialah sebuah cerita yang mempaparkan kisah benar dengan subject positif.
Ia mengisahkan tentang seorang gadis university yang kaya & cantik ( Lisa) yang telah
menghilangkan diri dan ayahnya (Dato’ Rahim) seorang VIP yang terkenal risau apabila
anaknya tidak pulang ke rumah seperti biasa.

(Insp Razlan) seorang pegawai atasan yang rajin, bijak dan pantas dari Jabatan Siasatan Jenayah
telah dilantik untuk siasat kes ini. Dia juga diikuti oleh pegawai balai tempatan iaitu (Ah Chong)
yang telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan anak Dato’ Rahim.

Pada masa yang sama Lisa berasa hairan apabila kepulangannya tidak diendahkan oleh
keluarganya. Lisa juga mengalami beberapa peristiwa pelik yang membuatkan dia terfikir dan
takut apa sebenarnya yang berlaku.

Dato’ Rahim seolah tidak mahu menerima hakikat kematian anaknya sehinggalah Insp Razlan
berjaya mendapatkan pengakuan dan bukti daripada (Sofi) rakan university yang belajar dengan
Lisa.

Masa Insp Razlan memberitahu kepada Dato’ Rahim apa yang berlaku kepada diri anaknya itu,
Lisa juga dapat tahu yang dirinya juga telah lama mati. Lisa, selama ini yang pulang ke rumah
adalah roh nya yang masih belum bersedia untuk meninggalkan dunia ini.

Dato’ Rahim dan keluarganya terpaksa menerima kematian Lisa dan Lisa juga perlu menerima
yang dia bukan lagi satu jasad yang hidup.

“Selagi kita hidup selagi itulah jasad kita tapi selepas kita mati
kita terpaksa meninggalkan dunia ini dan alih ke jasad yang di arahkan”