THE HUNGER GAMES - CATCHING FIRE



THE HUNGER GAMES - CATCHING FIRE
PENGARAH: Francis Lawrence,
MULAI: 21 November 2013
PELAKON: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Lenny Kravitz, Stanley Tucci dan ramai lagi.



SINOPSIS THE HUNGER GAMES - CATCHING FIRE
Selepas memenagi Hunger Games ke-74, Katniss dan Peeta kembali ke District 12 di negara Panem. Mereka berdua bersedia untuk 'Victory Tour' di Panem tetapi perasaan mereka tidak menentu.


Mereka tidak pernah bercakap antara satu sama lain sejak kemenangan mereka di Hunger Games dan Peeta menyedari perasaan Katniss kepadanya cuma sekadar lakonan kerana diarah oleh guru mereka, Haymitch Abernathy.


Katniss bergelut dengan perasaannya untuk Peeta dan Gale. Pada hari Katniss perlu bertolak, Presiden Capitol Snow tiba di rumah Katniss dan memberi satu amaran keras bahawa cintanya dengan Peeta harus meyakinkan rakyat Panem kerana tindakan mereka telah memulakan rusuhan di semua daerah.

Semasa rusuhan menentang Capitol memuncak, Presiden Snow mengumumkan bahawa Hunger Games ke-75 akan mengambil pemenang Hunger Games terdahulu yang masih hidup untuk meraikan 'Quarter Quell', edisi khas Hunger Games setiap 25 tahun.

nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan juga nombor telefon.