PIANISSIMO (NTV7)

PIANISSIMO
MULAI: 18 Disember ini,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis
MASA: 9.30 malam.
JUMLAH EPISOD: 25 episod
PELAKON: Jojo Goh, Huang Qi Ming, Seah Song Fan, Wayne Chua, Jordan Voon, Seck Fu Ru dan Candy Lin,



SINOPSIS PIANISSIMO

Pianissimo mengisahkan kehidupan seorang gadis bisu dan pekak yang mengalami zaman kanak-kanak yang bermasalah dan kini berhadapan dengan hubungan cinta tiga segi yang merumitkan.


Ke Min merupakan seorang gadis yang mengalami pelbagai masalah keluarga dari kecil yang menjadikannya sebagai insan yang cekal setelah dewasa. Malah kisah cintanya juga bukan semudah yang disangkakan kerana cintanya yang mendalam terhadap Zheng Nan (lakonan Huang Qi Ming) juga digilai oleh Fang Ru Yan (Wayne Chua). Dalam masa yang sama kisah cinta itu menjadi runmit apabila dalam masa yang sama Ke Min menaruh perasaan terhadap An Dong Zhe (lakonan Seah Song Fan).

Apakah kesudahan percintaan tiga segi ini? Siapakah jejaka yang menjadi pilihan Ke Min? Jangan ketinggalan menyaksikan Pianissimo bermula 18 Disember ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam.

Pianissimo membariskan pelakon mantap seperti Jojo Goh, Huang Qi Ming, Seah Song Fan, Wayne Chua, Jordan Voon, Seck Fu Ru dan Candy Lin, drama bersiri 25 episod ini akan mula bersiaran pada 18 Disember setiap hari Isnin hingga Khamis jam 9.30 malam.