TANGISAN BULAN MADU 2 (TV1)




TANGISAN BULAN MADU 2 (TV1)
SLOT: Arca
MULAI: 22 November
HARI: setiap Khamis dan Jumaat
MASA: 10.05 malam.
PELAKON: Rita Rudaini, Ezany Nizariff, Zarynn Min, Fadilah Mansor, Erry Putra, Noniswara, Fiffy Natasha, Hashimah Mohd Zaki & ramai lagi,



SINOPSIS TANGISAN BULAN MADU 2 (TV1)

kisahnya berkembang dengan Amira menruskan kehidupannya dengan kenangan yang ditinggalkan arwah Bogatt. Razlan yang membawa diri muncul kembali dengan sikapnya yang lebih tenang. Badariah, ibu Razlan dan juga Idayu dan Marina berusaha untuk menyatukan kembali hubungan Amira dengan Razlan.


Sementara itu hubungan cinta rahsia antara Idayu dengan Mat berdepan masalah apabila muncul Farhan, kenalan Razlan yang diambil sebagai CEO baru Amir Bina Sdn Bhd. Apatahlagi memandangkan jurang perbezaan sekufu antara Idayu dengan Mat yang tidak setaraf.


Dr. Bada terus memburu cinta Amira. Mujur ada Marina mempertahankan Amira yang dituduh menggoda Dr. Bada oleh isterinya tanpa usul periksa. Amira nekad membuat laporan polis dan berjaya mendapat injuksi mahkamah menghalang Dr. Bada mengganggunya.



Amira mengambil keputusan menjual Butik Lavish dan menerima cadangan Marina tinggal bersamanya. Dalam diam Marina mahu menyatukan semula Amira dengan Razlan. Razlan kesal dengan tindakan Amira menjual Butik Lavish yang menjadi kenangan antara dia dengan arwah Bogatt.


Badariah pula merestui hubungan Idayu dengan Farhan dan berpendapat mereka sepadan. Mat pula menyambung pelajaran untuk membuktikan cintanya pada Idayu. Idayu sebenarnya masih kekal mencintai Mat. Farhan yang sememangnya berniat jahat mula memerangkap Idayu.

Amira bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta. Hubungan Amira dengan Razlan bertambah erat dan mula keluar ke majlis puisi bersama. Mereka mula merancang bertunang. Namun segalanya musnah dengan kehadiran Serena, bekas kekasih Razlan bersama Danish yang diuar-uarkan anak luar nikahnya bersama Razlan hingga Razlan memutuskan menangguhkan pertunangannya dengan Amira.

Amira merajuk hati dan kembali ‘hidup’ dalam dunianya dengan kenangan Bogatt. Dia makin tersinggung bila Razlan menerima Serena bekerja sebagai kerani di syarikatnya dengan niat semata-mata mahu membantu wanita itu. Amira kemudiannya memutuskan berhenti kerja mengajar di sekolah itu.

Amira ke Kuala Lumpur memulakan hidup dengan menumpang rumah Syafura, rakan sekampungnya. Melalui Syafura, Amira berkenalan dengan Nora, usahawan tekstil berjaya yang menawarkannya menjadi rakan kongsi butik miliknya. Hubungan mereka berlangsung baik sehinggalah Amira mendapat tahu Nora sebenarnya isteri kepada bekas kekasihnya Azali. Azali pula mengambil kesempatan terhadap Amira dan bila perkara itu diketahui Nora, Amira diusir umpama kucing kurap. Mujur ada Razlan yang membantu ketika Azali mahu mengambil kesempatan terhadapnya dan hubungan mereka kembali terjalin.

Farhan dan Serena pula mengatur niat jahat mengambil alih syarikat milik Razlan. Apatahlagi bila Razlan memberi kepercayaan sepenuhnya urusan syarikat kepada Farhan sedangkan dia pula menumpukan perhatian kepada bidang sastera yang diminatinya. Mat mengetahui niat jahat Farhan cuba berterus-terang kepada Idayu sebaliknya Idayu menganggap Mat cemburukan Farhan.

Amira kemudiannya bekerja sebagai guru di sebuah pusat tuisyen. Namun kehadirannya kurang disenangi Cikgu Mona yang sentiasa mencari kesalahannya. Di situ Amira berhubung baik dengan Maya, anak muridnya yang menjadi mangsa perkosa Farhan hingga hamil anak luar nikah. Amira cuba memulihkan semangat Maya.



Razlan berdepan tuduhan rasuah dan masalah syarikat yang didalangi Farhan. Farhan mengugut Idayu dengan foto kemesraan mereka yang sebenarnya super impose antara Farhan dengan Serena. Danish sebenarnya anak luar nikah Farhan dengan Serena. Hubungan Amira dengan Razlan kembali rapat kerana Amira menyokong Razlan menghadapi kes saman empat sub-kontraktor.

Setelah rahsianya terbongkar, Farhan melarikan diri ke Thailand. Serena pula dipenjara kerana gagal membayar denda kesalahan didapati bersalah kerana membuat maksiat. Di situ muncul Soraya, adik tiri Serena yang cuba menggoda Razlan dengan menggunakan Danish.

Ketika Razlan mahu membina rumah tangga bersama Amira, hubungan mereka diduga lagi. Kali ini bila Razlan ditangkap khalwat dengan Soraya. Hatinya jadi hambar untuk kembali kepada Razlan. Amira selalu mimpikan Bogatt dan terkenang sumpah setianya terhadap Bogatt, mungkin dia dimakan sumpah. Dia mengambil keputusan mengikuti rombongan persatuan penulis ke Eropah.

Namun Amira kemudiannya menghilangkan diri daripada keluarga Badariah. Razlan yang gagal menghubungi Amira mula mengesyaki sesuatu. Dia hanya mengetahui Amira telah berangkat ke Mekah setelah diberitahu oleh Pak Samad. Razlan sangat terkejut dan begitu kecewa. Lalu apakah kesudahannya? Adakah cinta mereka berjaya bersatu? Saksikan 26 episod drama ini hanya di TV