TITISAN 2 (TV1)



TITISAN 2 (TV1)
MULAI: 13 Disember 2013,
HARI: setiap Jumaat,
MASA: 2.00 petang
PELAKON: Ezany Nizarif, Azam Pitt, Abby Nazri, Zazli Majid dan Aliff AF6
JUMLAH: 13 episod



SINOPSIS TITISAN 2 (TV1)
Kisahnya bermula dengan memaparkan babak berlaku di Gadek, Kho Pek Wan, pegawai yang dilantik oleh kerajaan negeri Melaka sebagai Pengurus Rancangan Penerokaan Menggong, diserang pada malam hari ketika dia berjalan meninggalkan rumah Jamil / Datuk Yassin untuk ke keretanya yang ditinggalkan di tepi jalan.

Mujur ketika itu Pakngah baru pulang dari bandar dan terserempak dengan mereka. Kedua-dua orang yang menyerang Kho melarikan diri dan meninggalkan Kho yang cedera di tepi jalan. Kho dikejarkan ke hospital kerajaan di Tampin.

Jantan pula menyampaikan berita tentang Kho dan Jamil yang dikejarkan ke hospital kepada Datuk Yassin berita itu menyebabkan Gayah menjadi risau dan keluarga Datuk Yassin cemas. Namun mereka berasa lega apabila diberitahu Jamil tiada apa-apa.

Di Bukit Tembaga, Datuk Ali terserempak dengan Rosli ysng sedang mengintai jandanya yang telah diceraikan dengan talak tiga. Datuk Ali menyerahkan wang zakat kepada Munah, janda Rosli. Keadaan itu menimbulkan kemarahan Rosli.

Tidak lama selepas itu Datuk Ali terserempak Salmah yang telah balu (setelah kematian Daud) kembali ke kampung setelah mendapati hidupnya tidak bahagia bersama keluarga. ‘Kemesraan’ yang wujud antara Datuk Ali dan Salmah dilihat oleh beberapa orang kampung. Mula timbul fitnah. Mansur menasihatkan Bidin dan Azizah supaya mencari jodoh untuk Datuk Ali yang telah lama kematian isteri.

Di Gadek, Kho memberitahu Jamil dia tidak mahu membesar-besarkan perkara itu. Malah dia mengatakan dia tidak tahu siapa yang menyerangnya walaupun sebenarnya dia nampak dan cam wajah pemuda-pemuda yang menyerangnya. Siasatan polis terbantut kerana Kho enggan memberi keterangan tentang identiti penyerangnya.


Keadaan itu menimbukan rasa hormat peneroka-peneroka Menggong dan penduduk-penduduk Gadek terhadap Kho, walaupun masih ada orang yang menyangsikan niatnya.

Soal warisan tanah terokaan arwah Leman jadi persoalan. Kalau dikutkan syarak mahu pun undang-undang civil, puasaka peninggalan suami menjadi milik isteri. Tetapi tanah yang diteroka belum milik Leman ketika dia meninggal dunia.

Rebutan antara Ghani dan Abu untuk memenangi hati Leha juga menjadi semakin hebat. Pada masa yang sama, Ani dan Tipah bersaing mendampingi Leha unttuk membolehkan mereka memikat Borhan. Saksikan babak-babak menarik drama rantaian terbitan NR Network Sdn Bhd ini hanya di TV1.