TRANSFORMERS 3 - DARK OF THE MOON (TV3)

TRANSFORMERS 3 - DARK OF THE MOON (TV3)
PENGARAH : Michael Bay
GENRE: Sains Fiksyen
TAYANGAN: 31 Disember 2013
HARI: Selasa
PELAKON: Shia LaBeouf, John Turturro, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Rosie Huntington-Whiteley dan Patrick Dempsey




SINOPSIS TRANSFORMERS 3 - DARK OF THE MOON

Transformers 3 - Dark of the moon ialah sebuah filem aksi fiksyen sains Amerika, yang diadaptasikan dari siri kartun animasi Transformers yang mengisahkan robot Autobots yang berjuang menentang musuh yang durjana iaitu Decepticons., diarah oleh Michael Bay and diterbitkan oleh Steven Spielberg. Filem ini adalah sambungan dari filem Transformers (2007) dan filem Transformers 2 - Revenge of the Fallen Transformers

Transformers: Dark of The Moon mengambil senario selepas Cybertrons musnah diserang Decepticons yang mahu memusnahkan Autobots. Dengan Autobots dan Decepticons mengetahui mengenai sebuah kapal angkasa Cybertronian yang tersembunyi di bulan, kedua-duanya berlumba untuk ke sana dan mendapatkan kuasa rahsia yang mungkin menambahkan lagi kekuatan mereka.



Biarpun beberapa puak Autobots diketuai Optimus Prime berjaya berlindung di bumi, mereka kini berdepan pakatan sulit pihak Decepticons yang mahu menghidupkan Cybertrons dengan bantuan pahlawan ulung Autobots yang berpaling tadah, Sentinel Prime (robot yang pernah menjadi pembimbing kepada Optimus Prime)

Penampilan sulung Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly menggantikan aktres asal, Megan Fox.




Autobots (Protagonis)
  1. Optimus Prime (Trak Peterbilt 379) - Raja dan komander Autobots
  2. Bumblebee (Kereta Chevrolet Camaro 1974 dan 2007) - Pahlawan
  3. Jazz (Kereta Pontiac Solstice) - Pembantu kanan Optimus Prime
  4. Ironhide (Trak pikup GMC Topkick) - Pegawai keselamatan
  5. Ratchet (Kenderaan Hummer H2) - Pegawai perubatan, pencari dan penyelamat



Decepticons (Antagonis)
  1. Megatron (Jet pejuang Cybertron) - Raja dan komander Decepticons
  2. Starscream (Jet pejuang F-22 Raptor) - Wizurai udara Decepticons
  3. Blackout (Helikopter MH-53 Pave Low Sikorsky) - Pahlawan
  4. Devastator (Kereta kebal M1 Abrams) - Pahlawan
  5. Barricade (Kereta polis Saleen S281 Ford Mustang) - polis dan perisikan Decepticons
  6. Frenzy (Alat pemain CD) - Pahlawan
  7. Bonecrusher (Kenderaan Buffalo H Mine Protected Clearance Vehicle) - Pakar letupan
  8. Scorponok (Robot Kala jengking) - Pahlawan