BESAN TIGA SEGI (TV3)

BESAN TIGA SEGI (TV3)
HARI: setiap Isnin dan Selasa
SLOT: Senda Pagi
MULAI: 6 Januari 2014
PELAKON: : Kartina Aziz (Rafeah), Fendi Seman (Shafie), Razak Ahmad (Khairul), Zulkifli Ismail (Samad), Khatijah Tan (Siti Sarah), Aznah Hamid (Kartina), Hairi Safwan (Shah Zaman), Ezzaty Abdullah (Shahida), Shah Tapaw (Shah Irwan), Balkisyh Semundur Khan (Zarina), Sheiqa Satar (Syaimalia), Afzan A Rahman (Reyzal).



SINOPSIS BESAN TIGA SEGI (TV3)
Seluruh ahli keluarga Puan Rafeah gemar berjenaka terutamanya Encik Shafie. Setiap kali mereka berkumpul pasti ada sahaja agenda yang akan menggamatkan suasana rumah keluarga ini. Bagaimanapun dengan sikapnya itu, dia didekati oleh Teh, seorang tukang masak di restoran Ben Ali yang berasal dari Yala. Mereka menjalinkan hubungan sehingga membuatkan Puan Rafeah marah dan menghalau Teh balik.

Shah Irwan merupakan seorang yang lurus orangnya dan tidak begitu gemar bersosial. Dia selalu dijadikan bahan jenaka apabila mereka sekeluarga berkumpul. Shah Zaman dan Syahida sangat bijak membuat kedua ibu bapa mereka tergelak besar dan kemudiannya masing-masing akan menghidupkan suasana dengan jenaka sendiri. Puan Rafeah merupakan seorang yang agak cerewet dalam menentukan hala tuju kehidupan anak-anaknya. Encik Shafie agak fleksibel. Padanya, setiap daripada anaknya mendapat pekerjaan yang baik, sebuah keluarga bahagia serta tidak menyusahkan ata memalukan dirinya nyata sudah menenangkan jiwanya.

Manakala Puan Rafeah mahukan setiap daripada anak-anaknya mengikut segala kata-katanya. Dia agak kecewa dengan keputusan Shah Zaman dengan membuat pilihan pasangan hidup yang tidak mengikut ciri-ciri yang ditentukannya. Isteri Shah Zaman iaitu Zarina berasal daripada keluarga sederhana, agak lebih rendah daripada taraf keluarganya. Setiap kali Shah Zaman dan anak isterinya pulang ke rumah Puan Rafeah, layanannya biasa sahaja. Dia tidak kisah jika mereka mahu bermalam di rumahnya atau tidak. Biasanya dia tidak mempelawa mereka atau paling tidak pun sekadar ajak-ajak ayam sahaja.

Bagi menantunya yang kedua iaitu Reyzal, dia ditatang bagai minyak yang penuh. Setiap makanan kegemaran Reyzal dan Saidatul akan dimasaknya. Dia mahu mereka menghabiskan masa lebih banyak di rumahnya. Dia begitu gembira apatah lagi Reyzal selalu membelikannya pelbagai hadiah setiap kali pulang.

Kedua-dua besan Puan Rafeah tinggal di kawasan berhampiran rumahnya sahaja. Dengan sikap Puan Rafeah yang membezakan besan-besan dan menantu, anak-anaknya berpakat untuk mengenakannya Mereka merancang satu peraduan melalui surat khabar. Pemenang akan berpeluang melancong ke China bersama suami. Akhirnya apabila tiba masa yang ditetapkan, Puan Rafeah sendiri malu kerana selama dia berlagak mengatakan hanya dia yang layak menang peraduan tersebut.