I, FRANKENSTEIN



I, FRANKENSTEIN
GENRE: Ngeri / Seram
MULA TAYANGAN: 23 Januari 2014
PENGARAH: Stuart Beattie
PELAKON: Aaron Eckhart, Yvonne Strahovski, Bill Nighy, Miranda Otto, Jai Courtney



SINOPSIS I, FRANKENSTEIN
"I, Frakenstein" ialah sebuah filem seram / thriller hasil produksi bersama Amerika dan Australia yang ditulis dan diarah oleh Stuart Beattie. Filem ini berdasarkan novel grafik dan skrip yang asalnya ditulis oleh Kevin Grevioux. Aaron Eckhart memainkan watak utama Adam Frankestein, raksasa Frankenstein yang mengambil nama penciptanya. Dia terlibat dalam satu perang antara dua klan yang hidup kekal abadi di bandar kuno.

mengambil latar dunia zaman sekarang yang menyaksikan perebutan kuasa antara dua puak bermusuh iaitu gargoyle dan roh jahat.

Gargoyle yang berpanjikan pegangan agama Kristian sedaya upaya menyembunyikan makhluk ciptaan Victor Frankenstein bernama Adam (Aaron Eckhart) dari ditemui oleh ketua roh jahat, Putera Naberius (Bill Nighy).


Secara luarannya, Adam tiada beza seperti manusia biasa walaupun seluruh tubuhnya dipenuhi kesan jahitan yang diperolehi sewaktu Victor menghidupkannya kira-kira 200 tahun lalu.

Namun hati Adam yang tidak berjiwa membuatkannya diburu oleh roh-roh jahat agar jasadnya boleh dirasuk bagi menumpangkan roh jahat yang telah mati.

Tidak lama kemudian, peperangan kecil terjadi antara dua puak hingga mengakibatkan puluhan gargoyle mati dan Leonore dijadikan tebusan sebelum roh jahat memiliki jurnal usang Victor Frankenstein.


Jurnal milik saintis terunggul itu mengandungi rahsia bagaimana untuk menghidupkan sesuatu yang telah mati dan ianya sangat penting kepada Naberius bagi membentuk sekumpulan besar roh jahat.

Adam yang tidak pernah mengetahui cerita sebenar di sebalik kewujudannya berasa terpanggil untuk merampas semula jurnal tersebut dari tangan Naberius.

Sebaik sahaja membaca jurnal berkenaan, Adam yang pada asalnya ingin mematahkan niat jahat Putera Naberius mula mempunyai perancangan lain.

Persoalannya kini, apakah yang terkandung di dalam jurnal tersebut hingga Adam sanggup meminta bantuan dari salah seorang orang suruhan Putera Naberius?