STARDUST (TV3)



STARDUST (TV3)
TARIKH: 1 Januari 2014
HARI: Rabu
MASA: 9.00 malam
PELAKON : Claire Danes, Charlie Cox, Sienna Miller, Jason Flemying, Mark Strong, Rupert Everett, Peter O’Toole, Michelle Pfeiffer, Robert De Niro



SINOPSIS STARDUST (TV3)
Tristan Thorn mahu mencari bintang yang jatuh dari langit untuk dihadiahkan kepada Victoria dan seterusnya melamarnya. Bintang itu jatuh di sebuah kerajaan magis, Stormhold yang terletak bersebelahan dengan sebuah perkampungan biasa di England iaitu Wall Village.

Ayah Tristan, Dunstan telah membongkarkan rahsia bahawa ibu kandung Tristan sebenarnya Puteri dari Stormhold, Una. Dengan menggunakan ‘Babylon candle’ yang dapat menjejaki lokasi bintang itu, Tristan berjaya mendapatkan bintang itu.

dia tidak menyangka bahawa bintang itu sebenarnya jelmaan seorang gadis yang cantik dan mempunyai kuasa magis iaitu Yvaine. Yvaine juga menjadi buruan ahli sihir perempuan yang mahukan hatinya supaya kekal muda. Tristan telah merantaikan Yvaine untuk membawanya pulang berjumpa dengan Victoria.

Namun, perjalanan pulang ke Wall Village tidak semudah yang disangka kerana Tristan perlu berhadapan dengan serangan ahli sihir yang mahukan hati Yvaine.