THE LEGEND OF HERCULES



THE LEGEND OF HERCULES
GENRE: Aksi / Pengembaraan
MULA TAYANGAN: 9 Januari 2014
PENGEDAR: RAINFILM SDN BHD
PENGARAH: Renny Harlin
PELAKON: Kellan Lutz, Gaia Weiss, Scott Adkins, Roxanne McKee, Liam Garrigan, Liam McIntyre, Rade Serbedzija, Johnathon Schaech, Luke Newberry





SINOPSIS THE LEGEND OF HERCULES

Kisahnya bermula sewaktu 1200 Sebelum Masehi (B.C.) dimana King Amphitryon (Scott Adlins) menakluk negara Argos selepas membunuh rajanya secara aksi ‘one-to-one’. Isteri Amphitryon iaitu Queen Alcmene (Roxanne McKee) menentang penaklukan kejam oleh suaminya itu.

Setelah berdoa kepada Hera (isteri dewa Zeus) maka Alcmene ‘dilawati’ oleh Zeus yang akan melahirkan anak separa dewa-manusia yang dinamakan Hercules atau Alcides mengikut panggilan bapa tirinya, Amphitryon.

20 tahun kemudian, dimana Hercules (Kellan Lutz) yang sudah dewasa sentiasa dipinggirkan oleh Amphitryon berbanding abangnya, Iphicles (Liam Garrigan). Konflik kekeluargaan semakin memuncak apabila Hercules cuba melarikan Princess Hebe (Gaia Weiss) iaitu kekasihnya yang dipaksa kahwin dengan Iphicles atas dasar untuk penggabungan empayar milik Amphitryon dan bapa Hebe.

Sebagai hukuman, Hercules telah dihantar bersama bala tentera yang diketuai oleh Captain Sotiris (Liam McIntyre) dalam misi kononnya untuk menentang puak penderhaka kepada Amphitryon. pengembaraan penuh pancaroba oleh Hercules dan Sotiris yang akhirnya berpatah balik ke negaranya untuk membalas dendam serta merebut semula cintanya, Hebe.