THE NEIGHBORS (NTV7)



THE NEIGHBORS (NTV7)
JUMLAH EPISOD: 22 episod
MULAI: 26 Januari,
HARI: setiap hari Ahad
MASA: 9.30 malam.



SINOPSIS THE NEIGHBORS (NTV7)
mengisahkan Marty Weaver (Lenny Venito) yang baru sahaja membeli sebuah rumah di Hidden hills iaitu rumah komuniti berpagar yang turut memiliki padang golfnya sendiri bagi membahagiakan isterinya, Debbie (Jami Gertz) dan tiga orang anaknya Amber, Max dan Abby (Clara Mamet, Max Charles, Isabella Cramp).

Kejiranan Hidden Hills amat ekslusif dan tidak dijual sehingga 10 tahun. Namun keluarga Weaver berasa mereka bertuah kerana berjaya memiliki sebuah unit di situ walaupun pelbagai kisah seterusnya bakal menanti mereka.


Ketika keluarga Weaver berpindah ke kawasan itu, mereka dialu-alukan dengan cara yang pelik oleh jiran-jiran mereka. Kemudian Weaver tersedar bahawa seluruh kejiranan itu didiami makhluk asing yang berasal dari planet “Zabvron” di mana makhluk berjantina lelaki yang menghamilkan anak mereka dan bukan makhluk perempuan dan menangis mengeluarkan cecair hijau melalui telinga dan mendapat nutrisi dengan mata mereka apabila mereka membaca buku.


Digelar sebagai Zabvronians, mereka telah terperangkap di Bumi selama 10 tahun di kawasan tersebut sementara menunggu arahan untuk pulang ke planet mereka. Oleh sebab mereka telah lama mendiami bui mereka terpaksa menyamar sebagai manusia. Mereka juga boleh bertukar rupa ke bentuk asal dengan menepuk tangan mereka di atas kepala masing-masing.

Weaver yang gagal menjual semula rumahnya dalam masa yang singkat terpaksa belajar untuk hidup bersama makhluk-makhluk asing ini yang penug dengan kelakuan aneh yang pastinya membuatkan mereka dalam kacau bilau. Manakala, ketua makhluk asing itu, Larry Bird (Simon Templeman) dan isterinya Jackie Joyner-Kersee (Toks Olagundoye), juga merasakan keluarga weaver amat pelik kerana inilah perhubungan pertama mereka bersama manusia. Namun dalam setiap episode para penonton bakal melihat makhluk asing dan keluarga Weaver akan cuba memahami satu sama lain.

Teruskan bergelak ketawa dengan drama bersiri 22 episod ini dengan durasi 30 minit setiap minggu – The Neighbors – setiap hari Ahad, jam 9.30 malam di ntv7 (Saluran 107) bermula 26 Januari 2014 ini.