THE TRANSCEND

THE TRANSCEND
GENRE: Seram / Romantik
MULA TAYANGAN: 9 Januari 2014
PENGARAH: James Wong, Ryon Lee
PELAKON : Mindee Ong, Teddy Chin, James Wong, Cheng Kam Cheong






SINOPSIS THE TRANSCEND
"The Transcend" mengisahkan seorang penulis novel muda, Yang Dong yang berhadapan masalah dengan kerjaya penulisannya selepas dia menerbitkan novel bercorak ghaib dan seram. Dia sentiasa dikritik kerana karyanya.


Pengurusnya, Bao Jin tiada pilihan lain selain daripada membuat keputusan drastik bagi memulihkan keadaan tersebut. Bao Jin telah mencabar Yan Dong untuk pergi lebih jauh ke alam yang tidak diketahui bagi menghasilkan karya yang dipercayai.


Dia telah mencadangkan Yan Dong menggunakan pelbagai cara tradisional untuk membuka 'mata ketiga' bagi membolehkannya melihat roh dan hantu sekaligus merasai pengalaman sebenar.