DIARI 3G (TV1)

DIARI 3G (TV1)
MULAI: 24 Februari ,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 3.05 petang di TV1.
JUMLAH EPISOD: 13 episod
SLOT: Cindai.
PELAKON: Mimie Farha, Syamiera Farha, Yaya Maembong, Ieda Moin, Salina Saibi dan Ako Mustafa,




SINOPSIS DIARI 3G (TV1)
Didi, Jaja dan Mimi gembira kerana telah berakhir zaman persekolahan menengah mereka. Tiga sahabat ini telah merancang untuk meraikannya. Masing-masing telah menulis impian mereka di dalam diari yang sememangnya dijadikan simbolik persahabatan mereka. Impian yang tertulis di dalam dari mereka ialah untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi bersama-sama. Namun menjadi sebaliknya, apabila rancangan mereka tidak diterima keluarga. Keluarga masing-masing telah mempunyai perancangan mereka sendiri.

Kisahnya berkembang dengan watak Didi telah disuruh ibubapanya untuk mengambil lesen memandu walaupun Didi mengakui dia punya sifat darah gemuruh. Mimi yang chubby pula telah di suruh Molly mengikuti kelas gym dan diet seimbang biarpun Mimi sebenarnya adalah seorang pemakan. Jaja pula telah di suruh Raikal, abangnya untuk bekerja di restoran sedangkan Jaja langsung tidak berminat dan punya sifat kurang sabar. Akhirnya mereka terpaksa bersetuju biarpun masing-masing sebenarnya tidak sukakannya.

Masing-masing mula merealisasikan apa yang telah ditetapkan oleh keluarga masing-masing. Permulaan yang sukar dan mencabar namun tetap diharungi. Ragam tiga sahabat ini mula kelihatan di mana, Jaja telah bergaduh dengan pelanggan dek kerana sifat kurang sabarnya. Mimi pula tidak dapat terima dirinya yang dipaksa diet, namun tetap curi-curi untuk mengambil makanan ringan. Manakala konflik Didi kelihatan baru bermula. Dia yang terpaksa berhadapan dengan Encik Ben guru memandu yang terlebih memberi perhatian pada dirinya.

Didi menghadapi masalah dengan Encik Ben yang semakin hari, semakin dilihat cuba menguratnya. Didi tidak selesa. Didi mula fobia dan tidak mahu ke kelas memandunya. Atas bantuan kawan-kawannya, masalah Encik Ben dapat diselesaikan.

Jaja telah bergaduh dengan pelanggan restorannya. Pelanggan restoran tersebut mahu melaporkannya kepada Raikal. Jaja yang baran tetap tidak mahu putus asa dan mengaku kalah. Didi dan Mimi mula cari jalan supaya keadaan tidak menjadi keruh. Mereka akhirnya telah menghadiahkan Jaja buku mengawal emosi. Mereka mula memancing Jaja dengan perhitungan yang dibuat. Jaja akan diberi ganjaran shopping kegemarannya jika dia dapat mengawal emosinya dalam masa seminggu sahaja.

Mimi telah jatuh pengsan. Doktor telah memaklumkan mengenai Mimi yang punya masalah kolestrol. Mimi disarankan makan dengan betul dan punya zat. Ini bereti dia terpaksa diet seperti yang dimahukan Molly.

Molly, kakak Mimi telah berkenalan dengan Hadif, lelaki yang jauh lebih muda darinya. Molly jatuh cinta dengan Hadif sehingga membuatnya dia gila bayang. Molly mula buang tabiat, make over dirinya menjadi orang muda supaya dilihat sama taraf dengan Hadif. Semua terkejut dengan perubahan drastik Molly terutama Raikal, abang Jaja yang bermusuh dengannya.

Encik Malek, ayah Didi telah punya teman wanita baru. Didi terasa hati kerana salah satu impiannya adalah untuk melihat kedua ibu bapanya kembali bersama. Akhirnya, Didi disaran kawan-kawan supaya make over kan ibunya Linda supaya Encik Malek jatuh hati semula. Linda yang tahu mengenai kekasih Malek tetap nak bersaing. Rupanya Puan Linda pun berjaya kenal seorang lelaki baru. Didi Redha impian tak jadi kenyataan.

Jaja yang kaki shopping telah menghabiskan wang gajinya untuk pembelian online. Akhirnya Jaja tidak sengaja tergunakan wang restoran. Jaja mula panik untuk menggantikannya dan bimbang Raikal akan dapat tahu.

Didi dan Mimi mula berkenalan dengan Airil yang juga salah seorang pelanggan di gym tempat Didi berlatih. Didi dan Mimi masing-masing jatuh cinta pada Airil. Masing-masing guna cara sendiri untuk memikat Airil. Didi yang tak pernah mendaftar di gym terus dapat buat perkara tersebut. Akhirnya Didi dan Mimi telah bermasam muka kerana rebutkan seorang lelaki…

Molly dikunjungi hadiah dari peminat misteri. Molly yang mula fobia setelah ditipu Hadif dulu mula berhati-hati dan serik. Akhirnya, Mimi yang risaukan kakaknya, bercadang untuk melakukan penyiasatan ke atas peminat misteri tersebut. Mimi dan kawan-kawan terkejut apabila mendapat tahu identiti sebenar peminat misteri itu…

Julia dari agensi modeling tealh mencari model majalah keluaran syarikatnya. Dia telah menyuruh 3 sahabat ini mencuba nasib. Jaja yang sememangnya berminat dan sangat teruja tidak mahu lepaskan peluang. Rupa-rupanya Didi pun berminat. Semua terkejut apabila Didi telah dipilih dalam ujibakat tersebut. Didi mula dilanda dilema kerana Jaja mula terasa hati dan merajuk.

Adakah mereka bertiga telah berjaya melaksanakan rancangan keluarga mereka dengan jayanya? Saksikan kesudahannya hanya di TV1.