FEAR FACTOR SELEBRITI MUSIM 2 (ASTRO RIA)



FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA MUSIM 2 (ASTRO RIA)
MULAI: 15 February 2014
SALURAN: Astro Ria (104) dan Mustika HD (134)
EPISOD : 13 Episod
HARI: setiap Sabtu,
MASA: 9 malam
SELEBRITI:





SINOPSIS FEAR FACTOR SELEBRITI MUSIM 2 (ASTRO RIA)
Fear Factor Malaysia Musim Kedua yang akan menampilkan 39 cabaran dan 16 pasukan yang akan merebut RM320,000. Siapakah bakal menampilkan persembahan terhebat musim ini?


Musim terbaharu 'Fear Factor Malaysia' kembali! Menariknya kali ini, selain penglibatan peminat berpasangan dengan selebriti popular, program yan diadaptasi daripada format program popular antarabangsa ini mencabar para peserta memakan makanan pelik-pelik.


Justeru bagi memastikan tidak berlaku sebarang isu atau kontroversi, pihak Astro menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan makanan-makanan pelik tersebut tidak dipertikaikan status halalnya.


"Walaupun program 'Fear Factor' di negara luar memberikan cabaran ngeri dengan meminta peserta makan makanan yang luar biasa, tapi kita pula tidak lah nak boleh begitu.


"Sebaliknya sebagai langkah berjaga-jaga, pihak kami menjalinkan kerjasama dengan Jakim untuk memastikan cabaran memakan makanan pelik itu adalah halal," katanya.


Sebanyak 16 pasangan peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap pasangan terdiri daripada seorang selebriti dan peminat.



Kumpulan A menampilkan Ungku Ismail dan Fify, Syed Ali dan Tatt, Norman Hakim dan Zarina, Nas-T dan Kairul, Ryzal Jaafar dan Sam, Sari Yanti dan Anbia, Dira Abu Zahar dan Azura serta Erin Malek dan Redha.



Kumpulan B pula terdiri daripada Izzue Islam dan Emri, Shuib (Sepahtu) dan Zakaria, Bambang Soteto dan Faisal, Shah Iskandar dan Kartini, Yana Samsudin dan Janice, Azura Zainal dan Rachel serta Thanuja dan Joy.



"Pada setiap minggu, Kumpulan A dan B akan menempuh cabaran dan proses penyingkiran turut dilakukan pada setiap minggu.


"Ini bermakna para penonton hanya dapat menyaksikan peserta Kumpulan A pada minggu pertama manakala peserta daripada kumpulan B boleh ditonton pada minggu berikutnya sehinggalah ke peringkat akhir,"