GERAK KHAS 2014 (TV2)



GERAK KHAS 2014
MULAI: Februari 2014





Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu pasukan khas anti keganasan berprofil tinggi dan pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia gabungan Batalion 69 Komando dan Unit Tindakan Khas. Pasukan berberet merah hati atau maroon dan Perang Pasir ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia.

Ditubuhkan khas sebagai pasukan elit yang mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas dan jenayah bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif

terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat, pasukan selam tempur dan pasukan payung terjun. Sebagai pasukan operasi khusus, setiap pegawai dan anggota PGK ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara.