GOLDEN CHICKENESS

GOLDEN CHICKENESS
GENRE: Komedi
MULA TAYANGAN: 6 Februari 2014
PENGARAH: Matt Chow
PELAKON: Sandra Ng, Louis Koo, Michelle Chen



SINOPSIS GOLDEN CHICKENESS
"Golden Chickensss" adalah filem ketiga daripada siri "Golden Chicken" yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2002. Filem komedi ini mengisahkan Kam (Sandra Ng), seorang bekas pelacur yang pernah menjadi saksi kepada beberapa kejadian penting di Hong Kong semenjak dia mula bekerja ketika berusia 16 tahun.

Kini Kam menjadi seorang mamasan (ibu ayam) yang menguruskan pelacur kelas atas serta menganjurkan parti untuk lelaki kaya. Dalam filem kali ini, Kam akan membantu seorang bekas gengster, Gordon untuk menyesuaikan diri dan membina kehidupan baru selepas dibebaskan dari penjara.