THE JOURNEY



THE JOURNEY
GERNE: Drama
MULA TAYANGAN: 30 Januari 2014
PENGARAH: Chiu Keng Guan
PELAKON: Lee Sai Peng, Ben Andrew Pfeiffer



SINOPSIS THE JOURNEY
Pakcik Chuan adalah seorang lelaki konservatif dan berfikiran kolot. Harapannya adalah untuk bertemu semula dengan satu-satunya anak perempuan, Ah Bee yang bakal kembali dari luar negara selepas tamat pengajian dan tinggal bersama seperti keluarga tradisional lain.

Walaubagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila Ah Bee membawa pulang teman lelakinya, Benji yang merupakan jejaka asing dan membuat keputusan untuk berkahwin. Pakcik Chuan cuba mengubah fikiran anaknya, tetapi gagal.

Mengikut adat budaya Cina, menantu dikehendaki menghantar jemputan perkahwinan bersama bapa mertuanya. Oleh itu Pakcik Chuan dan Benji perlu mengembara bersama walaupun tidak menyukai antara satu sama lain.