VAMPIRE ACADEMY

VAMPIRE ACADEMY
GENRE: Fantasi
MULA TAYANGAN: 13 Februari 2014
PENGARAH: Mark Waters
PELAKON: Zoey Deutch, Lucy Fry, Danila Kozlovsky



SINOPSIS VAMPIRE ACADEMY
Filem arahan Mark Waters ini mengisahkan Rose Hathaway yang merupakan seorang dhampir iaitu separuh manusia, separuh pontianak dilatih untuk menjadi penjaga di Akademi St. Vladimir bersama orang lain sepertinya.

Terdapat Pontianak baik dan juga jahat dalam dunia mereka. Moroi adalah pontianak yang hidup secara aman bersama manusia dan hanya mengambil darah daripada penderma serta mempunyai keupayaan untuk mengawal salah satu daripada empat elemen iaitu air, bumi, api dan udara.

Manakala Strigoi, pontianak yang membunuh untuk menghisap darah manusia. Rose dan penjaga dhamir yang lain ditugaskan untuk melindungi Moroi dan membunuh Strigoi. Bersama sahabat baiknya, Puteri Vasilisa Dragomir, Rose perlu melarikan diri untuk melindungi Lissa daripada bahaya.