• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

BAHAGIA BUKAN MILIKKU (DOWNLOAD)



BAHAGIA BUKAN MILIKKU (TV3)
SLOT: Cerekarama
HARI: Sabtu
TARIKH: 1 Jun
PELAKON: Farid Kamil, Wawa Zainal, Zahiril Adzim, Anzalna Md Nasir, Mahmod Ali Bashah, Aishah Atan, Aida Khalida, Hisham Ahmad Tajuddin, Izzy Izhar, Fauziah Nawi.
MASA: 10 Malam



DOWNLOAD BAHAGIA BUKAN MILIKKU (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
ZIPPYSHARE = PART1 - PART2
Kredit: kepalabergetar




TONTON FULL MOVIE ONLINE BAHAGIA BUKAN MILIKKU






SINOPSIS BAHAGIA BUKAN MILIKKU (TV3)
Bahagia Bukan Aku mengisahkan Azrai Hakim dan Umairah mula mengenali di antara satu sama lain sejak kecil lagi dan kini mereka berdua telah bertunang dan meniti hari-hari bahagia untuk diijabkabulkan - See more at: http://www.dramatvonline.net/2013/06/tonton-bahagia-bukan-milikku-cerekarama-tv3.html#sthash.GpRUEwPo.dpuf













CINTA PANDANG KE-2 (1 - 13 TAMAT)



CINTA PANDANG KE-2
SLOT: Aurora di TV9.
HARI: Setiap Khamis,
MASA: 8.30 Malam
TARIKH: Akan Datang
PELAKON: Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour,



DOWNLOAD CINTA PANDANG KE 2
Cinta Pandang Ke 2 Episod 01  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 02  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 03  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 04  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 05  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 06  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 07  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 08  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 09  = DOWNLOAD - TONTONonline
Cinta Pandang Ke 2 Episod 10  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 11  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 12  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 13 (AKHIR)  = DOWNLOAD
Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita


mari ramai ramai like fanpage facebook perekacerita - http://www.facebook.com/likeperekacerita


SINOPSIS NOVEL CINTA PANDANG KE-2
"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu....

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------





SINOPSIS DETAIL CINTA PANDANG KE-2

Di sini ZAIRUL HASMAT, seorang mat despatch mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Dia merantau hingga ke Tokyo untuk mengembalikan harga sebuah kepercayaan yang telah dikhianati. Namun kepulangannya tidak juga berjaya melupakan semua yang telah ditinggalkan.Bayangan kenakalan silam yang merobek hati seorang ayah bersama cinta pertama kepada gadis gemuk yang dilukakan hatinya telah menjadikan dia manusia yang hidup dalam bayang-bayang silam.

Sumpahan cinta pertama menghantui dirinya walau dikelilingi ramai wanita jelita.

Katanya "Lelaki kalau hendak memikat, modalnya air liur saja.”

Katanya lagi "Seorang playboy mesti patuh pada undang-undangnya sendiri." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.




Untuk mengembalikan maruahnya, dia berjanji akan dapat berdikari dan menimba pengalaman mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri. Lalu dia mengambil keputusan menjadi seorang mat despatch di syarikat ayahnya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa. Banyak cabaran yang dihadapinya tetapi dia tetap mengentalkan semangat demi membuktikan yang dia juga boleh berjaya tanpa perlu duduk di kerusi empuk.

Di sana AINNUR AZLEEN, seorang gadis naif mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Kegagalan cinta pertama membuatkan dia serik untuk jatuh cinta lagi. Tetapi cinta itu tetap mengundang tanpa pamitan salam. Cinta kedua rupanya juga membawa kecundang. Ke Newcastle jauh dia membawa hati nan lara.


Katanya "Melihat si dia berbahagia, hatinya sudah berlagu ria."
Katanya lagi " DIA dan CINTA tidak akan ada titik pertemuannya. DIA dan CINTA tidak akan ada jodoh bersama." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.

Bukan senang hidup sendiri di perantauan untuk melupakan kenangan pahit dicabul oleh insan yang sangat dipercayai. Siapa menyangka, lelaki yang menjawat jawatan pensyarah telah merobek kepercayaan. Hanya kerana satu kesilapan, dia hampir hilang segala-galanya. Puas dia merayu supaya diperisterikan lelaki durjana itu, tetapi nyata jodohnya dengan lelaki itu tidak ada.

Forgive and forget. Dia belajar untuk memaafkan diri sendiri untuk melupakan kisah silam yang menyakitkan. Lalu anak tunggal yang patuh kepada ibunya ini berjanji akan menjadi anak yang taat. Dia menjadi bos Zairul di pejabat.

Seorang ke Tokyo dan seorang ke Newcastle. Masing-masing ada cerita sendiri.Masing-masing ada hidup sendiri. Selepas berbelas-belas tahun rupanya mereka bertemu kembali di bawah satu bumbung yang sama. Di situlah segala yang disimpan tersingkap perlahan-lahan. Zairul Hasmat bertemu kembali dengan Ainnur Azleen. Masing-masing cuba menyembunyikan identiti diri di zaman silam.Kedua-dunya sedar, mereka pernah bermusuh dan bersengketa. Ainnur bahagia dengan permainan yang sedang diaturnya. Namun Zairul terpaksa mengalah, bimbang cinta pertama yang pernah berputik hanya akan memakan dirinya sendiri.

Di Phuket satu kejadian tidak disangka telah menguji cinta sejati. Ainnur telah diperangkap oleh bekas pensyarahnya yang mahu membalas dendam kepada ibu Ainnur. Ainnur dipenjarakan di Phuket. Tatkala dilanda musibah, hanya Zairul yang ada untuk membantu. Tanpa disangka, Ainnur mengaku yang Zairul adalah suaminya. Zairul tiada pilihan selain dari meneruskan drama yang dicipta Ainnur. Dia berusaha untuk membebaskan Ainnur dari penjara dengan mengahwini gadis itu pada majlis akad jarak jauh.

Zairul berjaya membawa Ainnur pulang. Tetapi kepulangan mereka telah menyingkap segala. Rupanya mereka berdua memang telah lama saling menyinta. Hanya pada cinta pandang kedua segalanya menjadi nyata.
Kerana peristiwa itu, Zairul telah menemukan harga dirinya kembali. Dia pulang sebagai anak yang akan mewarisi Venture Holding. Mat despatch itu berjaya menyelesaikan semua kemelut di sana.

BRAVO 5



BRAVO 5
GENRE: Perang
PENGARAH : Fauzi Nawawi
PELAKON: Remy Ishak, Beto Kusyairy, Sofi Jikan, Shashitharan, Xavier Fong dan Normah Damanhuri.



SINOPSIS BRAVO 5
Filem Bravo 5 berlatarkan tahun 1989 mengisahkan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Kawasan tengah semenanjung dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata.


Lima komando terbabit berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka. Tetapi, malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 anggota gerila komunis. Sebelum pertempuran bermula, mereka ada menulis wasiat.

HANTU BUKIT CINA

HANTU BUKIT CINA
GENRE: Seram
MULA TAYANGAN: 6 Mac 2014
PENGARAH: Norliza Ismail, T.S Jeffry
PELAKON: Fouziah Gous, Gambit Saifullah, Fazurina, T.S Jeffry



SINOPSIS HANTU BUKIT CINA
Hantu Bukit Cina mengisahkan keadaan di sebuah perkampungan iaitu Kampung Bukit Cina. Pada awalnya kampung itu aman dan permai, namun di sebalik kedamaian itu tersimpan misteri yang tidak berani dikupas penduduk kampung. Atas nasihat Pak Tam (Kamarool Yusof), seorang penggiat makyung yang berasal dari Thailand, penduduk kampung menjauhkan diri dari Bukit Cina, tempat persemadian mayat kaum Cina yang terletak di pinggir kampung mereka. Akur nasihat Pak Tam yang selama ini banyak menolong penduduk kampung yang suka menderma dan mampu mengubati orang dirasuk, penduduk kampung menghormatinya.

Begitupun, Pak Tam bukanlah seorang dukun yang mengubat pesakit dengan cara serius seperti bomoh dan pawang lain. Pak Tam berimej seperti orang biasa dan apabila ada yang terkena sampuk, Pak Tam akan memberi air jampinya sambil menggunakan cara psikologi untuk mententeramkan pesakit. Setiap pesakitnya didapati terkena sampuk hantu Bukit Cina, lantas Pak Tam menasihati pesakitnya dan orang kampung agar tidak pergi ke bukit itu. Pada masa sama, sebuah kolej seni dari Kuala Lumpur mengadakan rombongan sambil belajar ke Kelantan untuk menyaksikan satu persembahan seni tari. Sandra, Luna dan Josephine atau Jo ketinggalan bas rombongan kerana mereka terlewat bangun.

Ketika itu, guru vokal mereka, Zach mahu ke Sungai Kelantan dengan kawan baiknya Ken untuk memancing. Kenderaan dipandu Ken tiba-tiba rosak. Mereka terpaksa berkhemah di situ sementara menunggu mekanik datang membaiki keesokannya. Pada malam itu, ada gangguan di perkhemahan mereka. Jo tidak selesa dengan sikap aneh Ken lalu mengesyaki semua angkara itu adalah perbuatan Ken, sedangkan mereka tidak tahu sedang berada di Bukit Cina.

CINTA ILLAHI (TV3)



CINTA ILLAHI (TV3)
SLOT: Zehra
PELAKON : Johan Asari dan Heliza Helmi.
TERBITAN : JS Picture



SINOPSIS DRAMA CINTA ILLAHI

Hud bekerja sebagai mat despatch.Satu hari, kehadiran seorang gadis bernama Maryam telah membuatkannya jatuh hati. Dia mengekori gadis itu hinggalah ke masjid. Terpegun dengan kecantikannya dan keluhuran yang mengajar kanak-kanak mengajar Al-Quran telah membuatkan hatinya tertawan. Namun, Maryam rupa-rupanya anak Pak Imam di Masjid itu.

SESUCI CINTAMU (TV1)

SESUCI CINTAMU (TV1)
PELAKON: Nelydia Senrose, Mah Kit Wai,
SLOT: Panggung 1
TARIKH: 3 Mac depan,
MASA: 2.00 petang di TV1
PELAKON: Nelydia Senrose, Mah Kit Wai, Abdul Razak, Safura Yaacob, Mandy Chong, Amar Bahrin, Syawal dan Shakila Koriri.



SINOPSIS SESUCI CINTAMU (TV1)

Aishah tanpa pengetahuan ibubapanya telah menerima undangan keluar makan bersama Chong dengan syarat ia ditemani oleh sepupunya yang juga kawan rapatnya di universiti yang sama. Perjumpaan tersebut telah membibitkan perasaan yang lebih mendalam di antara mereka tambahan pula Chong merasakan keunikan keperibadian Aisyah berbanding dengan remaja wanita lain yang pernah ditemuinya.Jason yang dahulunya berperangai agak kasar dan tidak berapa memperdulikan pengajiannya sebelum itu telah banyak berubah dan mula melihat kepada masa depannya. Ibu Jason, seorang ibu tunggal yang dahulunya selalu bimbang dengan masa depan Jason yang tidak prihatin kepada pelajarannya juga dapat melihat perubahan pada diri Jason.

Namun ibu Jason mula bimbang apabila mendapat tahu yang Jason kini sedang dilamun cinta dengan seorang gadis yang bukan sahaja berlainan bangsa dan agama bahkan pula seorang yang berpegang kuat kepada agama. Dia takut sekiranya Jason akan mengalami kekecewaan dan kelak akan berubah kembali. Dia cuba menasihati Jason namun Jason sebaliknya memberikan kepastian kepada ibunya yang dia telah pun menemui sinar yang hanya akan membawanya ke jalan yang lebih sempurna dan bukan sebaliknya.

Chong dan Aisyah sering berhubung melalui internet. Aisyah walau pun dalam diam amat tertarik dengan Chong cuba sedaya upaya untuk tidak menampilkan perasaan tersebut kerana tahu hubungan mereka tidak akan dipersetujui ibu bapanya terutama sekali bapanya, Tuan Hj Shafie. Tn Hj Shafie juga sebenarnya telah berura-ura untuk menjodohkannya dengan Azman, anak kepada saudara jauh mereka, Hj Misnin.

Tidak lama selepas itu, bapa Aisyah telah mendapat tahu tentang hubungan mereka. Dia begitu marah bercampur malu kerana tidak menyangka Aisyah yang dididiknya tentang ilmu agama secukupnya sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang telah diterapkan kepadanya sejak dari kecil lagi. Setelah dipujuk oleh ibu Aisyah, bapanya cuba untuk memujuk Aisyah dengan pendekatan yang lebih positif dan menyatakan kepada Aisyah betapa pentingnya pilihan suami yang akan membentuk kehidupannya kemudian. Aisyah katanya memerlukan Imam yang benar-benar boleh membimbingnya dan anak-anak ke arah kehidupan Islam yang sejahtera. Dan sudah pastinya Chong yang beragama lain tidak dapat memberikan semua itu.

Untuk memastikan Chong keluar dari hidup anaknya, Hj Shafie sendiri telah pergi berjumpa Chong dan menyatakan perkara yang sama. Walau pun pada mulanya Tn Hj Shafie yang berprasangka buruk terhadap Chong agak terkedu apabila melihat keperibadiannya yang baik dan sikapnya yang akur menerima permintaan bapanya dan memahami maksud di sebalik permintaannya untuk melupakan Aisyah.

Dalam pada itu, Bapa Aisyah mengaturkan perjumpaan keluarganya dengan keluarga Azman dengan harapan Aisyah dan Azman dapat berkenalan dengan lebih rapat. Chong pula telah ditawarkan melanjutkan pelajaran di luar negara. Ibu Chong yang pada mulanya tidak merestui perhubungan Chong dengan Aisyah bersimpati dengan kekecewaan hati Chong. Ibunya juga terkejut walaupun Chong terpaksa terpaksa melupakan Aisyah sebagai teman hidupnya, Chong menerima keputusan itu dengan begitu matang sekali dan bertekad untuk memperbaiki dirinya seta menerima tawaran belajar ke luar negara.

Aisyah yang tidak tahu tentang perjumpaan bapanya dengan Chong pula merasakan seperti Chong telah meninggalkannya dalam dilema dan tidak sanggup menyahut cabaran cinta mereka.

Malang tidak berbau, tidak lama selepas itu, Aisyah telah menemui kemalangan yang agak serius dan akibatnya sebahagian dari urat sarafnya yang terluka di bahagaian trakea, Asyah tidak boleh lagi bersuara dan doktor juga tidak dapat memberi kepastian samada keadaanya akan beransur pulih atau tidak.

Kehidupan Aisyah ternyata berubah selepas itu. Dia tidak dapat menerima takdir yang telah menimpanya. Email dari Chong juga tidak lagi dibalasnya. Aisyah merasakan kehidupannya sudah tidak bererti lagi. Dia menganggap dirinya sudah tidak sempurna lagi. Dia tidak mahu bercampur dengan masyarakat dan untuk belajar berkomunikasi, guru untuk mengajar bahasa isyarat juga terpaksa dijemput ke rumah untuk mengajarnya. Ibu bapa Aisyah menjadi buntu dan tidak dapat mengubah keadaan Aisyah, lebih teruk lagi apabila Azman dan keluarganya juga semakin hari menjauhkan diri.

Hampir dua tahun telah berlalu, Aisyah walau pun telah beransur menerima kenyataan, masih tidak boleh bersuara lagi. Ibunya telah memberitahunya yang Chong telah kembali ke tanah air tetapi Aisyah hanya menangis apabila mendengar berita tersebut. Satu pagi yang indah, loceng rumah Aisyah berbunyi. Ibunya tergesa-gesa membuka pintu dan alangkah terkejutnya Aisyah apabila Chong muncul bersama ibunya dan berjalan perlahan-lahan ke arahnya. Lalu masihkah ada jodoh di antara mereka?

3 DAYS TO KILL




3 DAYS TO KILL
GENRE: Aksi / Ngeri / Drama
MULA TAYANGAN: 27 Februari 2014
PELAKON: Kevin Costner, Amber Heard, Hailee Steinfeld, Connie Nielsen, Richard Sammel



SINOPSIS 3 DAYS TO KILL
Ejen Perkhidmatan Rahsia telah ditawarkan satu tugasan terakhir. Dia menerima tawaran itu dengan harapan untuk bersara dan menanggung rawatan perubatan sekaligus cuba memulihkan hubungan dengan anak perempuannya yang renggang.



NON-STOP



NON-STOP
GENRE: Aksi / Ngeri
MULA TAYANGAN: 27 Februari 2014
PENGARAH: Jaume Collet-Serra
PELAKON: Liam Neeson, Julianne Moore, Scoot McNairy, Michelle Dockery, Corey Stoll



SINOPSIS NON-STOP
Filem ini mengambil tempat dalam sebuah penerbangan antarabangsar dari New York ke London. Ketika penerbangan tersebut, seorang marsyal udara persekutuan Amerika Syarikat bernama Bill Marks (lakonan Liam Neeson) menerima pesanan teks berbaur ugutan yang mengatakan setiap seorang penumpang akan dibunuh setiap 20 minit kecuali jika AS$150 juta dipindahkan ke satu akaun bank rahsia.



Apabila akaun bank tersebut diketahui berada di bawah nama Marks dan satu bom ditemui dalam pesawat, Marks telah dituduh sebagai perampas.