KIFARAH (DOWNLOAD)

KIFARAH (TV3)
TARIKH : 7 March 2014
SIARAN : Setiap Jumaat jam 9.00 hingga 10 malam
EPISOD : -
PENGARAH : Tuan Heykal Hanifah
PENULIS SKRIP : Mama Bella
TERBITAN : Luqsar Kreatif
PELAKON : Syafie Naswip, Erin Malek, Hairi Safwan, Zila Bakarin, Norman Hakim, Faezah Elai, Wan Maimunah, Mikael Andre, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Liza Shadan, Idzham Ismail, Shakilla Khoriri, Liza Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Kazar dan ramai lagi.



DOWNLOAD KIFARAH 
Kifarah Episod 01 = DOWNLOAD - TONTONonline
Kifarah Episod 02 = DOWNLOAD 14/3
Kifarah Episod 03 =  DOWNLOAD 21/3
Kifarah Episod 04 =  DOWNLOAD 28/3
Kifarah Episod 05 = DOWNLOAD 4/4
Kifarah Episod 06 =
Kifarah Episod 07 = DOWNLOAD
Kifarah Episod 08 = DOWNLOAD
Kifarah Episod 09 = DOWNLOAD
Kifarah Episod 10= DOWNLOAD
Kifarah Episod 11 (durian) = DOWNLOAD
Kifarah Episod 12 (Nombor) = DOWNLOAD
Kifarah Episod 13 (sakat) = DOWNLOAD
Kifarah Episod 14 (tabsub) = DOWNLOAD
Kifarah Episod 15 (panjang tangan) =DOWNLOAD
Kifarah Episod 16 =

SINOPSIS KIFARAH
setiap episod mempunyai kisah yang berbeza dan ianya tidak mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain. Antara episod yang akan dipaparkan kepada penonton adalah ‘Badi’, ‘Di Angin Lalu’, ‘Amanah’, ‘Duit’, ‘Bisikan Qarin’, ‘Kudrat Anak’, ‘Wifi Ada Tak?’ dan ‘Zakat Membawa Berkat’.

Berikut adalah antara paparan episod yang menarik dalam drama siri KIFARAH:


Badi (7 Mac 2014)
Mak Cik Rozi mempunyai seorang anak bernama Zara. Mak cik Rozi tidak membenarkan anaknya berkawan dengan Amelia kerana Amelia dikatakan mempunyai badi liat jodoh. Pada suatu hari, Zara telah dipukau dan dirogol. Dek kerana malu, mak cik Rozi merahsiakan musibah itu dari pengetahuan orang kampung. Malah mak cik Rozi turut mengurung Zara kerana sudah mengandung. Setelah Zara selamat melahirkan seorang bayi, mak cik Rozi meletak bayi itu di belakang kedai. Keesokan harinya, Amelia datang untuk memberi kad undangan perkahwinannya kepada mak cik Rozi. Alangkah terkejutnya mak cik Rozi apabila melihat Amelia sedang memangku bayi yang dibuangnya semalam. Mak cik Rozi tidak dapat menerima hakikat Amelia akan menjaga bayi itu dan akan berkahwin dengan Haji Abas kerana sememangnya mak cik Rozi menaruh perasaan pada Haji Abas selama ini…



Di Angin Lalu (14 Mac 2014)
Rafiq membawa kekasihnya, Nurin Tatiana dan orang tua Nurin iaitu Zareen dan Zakri berjumpa ibunya, Ema Tatiana. Alangkah terkejutnya Zakri apabila berjumpa Ema kerana Ema adalah bekas kekasihnya. Zareen pula mula faham mengapa suaminya dahulu beria ingin meletakkan nama Tatinia di hujung nama anak perempuannya itu. Kemesraan di antara Zakri dan Ema membuatkan Zareen cemburu dan takut kehilangan suaminya. Jadi, Zareen dengan bantuan rakan baiknya, Elina pergi berjumpa seorang bomoh untuk menyihir Ema…


Amanah (21 Mac 2014)
Kamal dan Julia masing-masing tidak mahu mengambil hak penjagaan anak mereka Azlan selepas mereka bercerai. Jadi, Azlan tinggal bersama pak ciknya, Johan. Sejak tinggal di rumah Johan, Azlan mula berkawan dengan Shida yang merupakan jiran sebelah rumah Johan. Shida mengambil kesempatan berkawan dengan Azlan bagi mengaburi mata ibu bapanya kerana dia gemar melapak dengan budak-budak nakal. Apabila ibu bapa Shida mendapat tahu Shida sedang mengandung anak luar nikah, bapa Shida membunuh Azlan tanpa usul periksa….


Duit (28 Mac 2014)
Syuib bekerja sebagai tukang paip. Dia mendapat tawaran untuk membaiki paip di sebuah masjid di kampungnya. Selesai membaiki paip, dia masuk ke dalam masjid untuk menyimpan barang. Ketika itu, dia ternampak peti tabung masjid. Kemudian, Syuib mengambil wang di dalam peti tabung masjid itu tanpa pengetahuan sesiapa. Syuib menggunakan wang curi itu untuk membeli rokok, makanan dan mengisi minyak keretanya. Sejak itu pelbagai insiden kecil telah berlaku pada Syuib….



Jangan lupa saksikan KIFARAH di slot Zehra bermula pada 7 Mac 2014, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan ‘Kifarah’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook, Instagram dan Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.