• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

BINTANG MENCARI BINTANG MUSIM 2 (DOWNLOAD)

BINTANG MENCARI BINTANG 2 (TV3)
HARI: Setiap Ahad
MASA: 9 malam



DOWNLOAD BINTANG MENCARI BINTANG 2 (TV3)
Bintang Mencari Bintang 2 Minggu 01 = DOWNLOAD 23/2
Bintang Mencari Bintang 2 Minggu 02 = DOWNLOAD 2/3
Bintang Mencari Bintang 2 Minggu 03 =
Bintang Mencari Bintang 2 Minggu 04 =
Bintang Mencari Bintang 2 Minggu 05 =
Bintang Mencari Bintang  2 Minggu 06 = DOWNLOAD
Bintang Mencari Bintang 2  Minggu 07 = DOWNLOAD
Bintang Mencari Bintang 2 Minggu 08 = DOWNLOAD
Bintang Mencari Bintang 2 Minggu 09 =DOWNLOAD 27/4
Bintang Mencari Bintang 2 Minggu 10 =


SINOPSIS BINTANG MENCARI BINTANG MUSIM 2 (TV3)
Bintang Mencari Bintang sudah meluncur laju tanpa memerlukan faktor penolak yang kuat. Tanpa disangka-sangka program realiti untuk mencari generasi pelapis penghibur yang berkebolehan dalam kedua-dua bidang iaitu sketsa komedi dan nyanyian ini mencetuskan fenomena global.

Ketika mula disiarkan tahun lalu, ia secara automatik telah mendapat tempat di hati masyarakat tempatan. Kini, ‘Bintang Mencari Bintang’ kembali memulakan pencarian bakat baru yang berkebolehan dalam kedua-dua bidang iaitu sketsa komedi dan nyanyian untuk musim kedua! Membariskan 6 sifu yang bukan calang-calang orangnya seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail (FBI), Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus, Bintang Mencari Bintang musim baru ini mempertaruhkan hadiah wang tunai sebanyak RM 200,000 untuk bakal juaranya.

FILEM ANTARA SATU (2015)

FILEM ANTARA SATU
GENRE: Drama Romantik
PENGARAH: Jason Chong
PELAKON: Ezzaty Abdullah, Remy Ishak, Bront Palarae, Kartina Aziz, Aisyah Hasnaa, Kartina Aziz, Hasnol Rahmat dan Megan Tan.



SINOPSIS FILEM ANTARA SATU
Kisah dalam filem Antara Satu berkisar tiga watak utama iaitu Remy yang memegang watak sebagai Kamal, Bront (Harris) dan Ezzaty (Alya). Kamal amat menyayangi Alya yang dipelihara keluarganya sejak kecil.

Namun, Alya tidak tahu dia hanyalah anak angkat dan dalam diam sebenarnya Kamal menyimpan rasa cintanya terhadap Alya. Namun, perasaan itu terpaksa dipendamkan apabila mendapat tahu Alya jatuh cinta terhadap kawan baiknya, Harris, seorang jurulatih selam di tempat Alya menjalani latihan praktikal.

Alya kemudiannya berkahwin dengan Harris dan berbulan madu di sebuah pulau. Di pulau itu, Harris berjanji sesuatu kepada Alya dan pergi menyelam di tengah laut, tetapi malangnya, Harris tidak pulang. Beberapa bulan kemudian, Harris ditemui di selatan Thailand

Adakah Alya akan kembali bersama Harris atau meneruskan sisa hidupnya bersama Kamal? Adakah Harris masih mengingati dan mencintai isterinya, Alya?

Sanggupkah Kamal berkorban sekali lagi demi cinta hati yang paling disayanginya sejak dari kecil?

Sama-sama nantikan ia di pawagam apabila ia ditayangkan pada musim 2015 kelak.

AKU ADA WALI (TONTON ONLINE)



AKU ADA WALI (TV AL HIJRAH)
PENGARAH : Aidil Fitri MY
MULAI:14 Januari 2014
HARI: Setiap selasa
MASA: 10 Malam
PELAKON: Siti Saleha, Shawal Ruslan, Kathy Azian, Puteri Chi Chi, Sabhi Saddi, Zoey Rahman, Zahiril Adzim, Ayda Jebat.




Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Syumaila mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.


DOWNLOAD AKU ADA WALI (TV AL HIJRAH)
Aku Ada Wali Episod 01 = TONTON ONLINE
Aku Ada Wali Episod 02 = TENGOK ONLINE
Aku Ada Wali Episod 03 = TONTON ONLINE
Aku Ada Wali Episod 04 = TONTON ONLINE
Aku Ada Wali Episod 05 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 06 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 07 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 08 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 09 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 10 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 11 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 12 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 13 =
Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita



SINOPSIS AKU ADA WALI
Aku Ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan. Seorang gadis yang baik dalam persahabatan sentiasa membimbing, menyelesaikan masalah dan mengambil berat perihal kawan. Rakan-rakan bukan Muslim juga sangat menyenanginya.

Gadis yang dimaksudkan ialah Khazinatul Asrar yang juga pemimpin pelajar yang rutinnya sangat sibuk dengan pelajaran, program persatuan, usrah dan sukan. Dia meletakkan prioriti di alam kampus untuk fokus mencintai Allah. Cinta Agung itu menjadi sumber penggerak untuknya bermotivasi tinggi mencintai ilmu, menggilap kepimpinan diri dan memimpin warga kampus.

Dia menjadi kegilaan rakan sekelasnya, Tsabit kacukan Libya-Melayu yang mencuba memikatnya dengan pelbagai taktik. Namun Khazinatul Asrar berjaya menolaknya. Dia juga disukai seorang pelajar perubatan, Mukhlisin. Jejaka ini menggunakan Hijriah, rakan sebilik Khazinatul Asrar untuk menghantar nota misteri kepadanya.

Bagaimanapun, Khazinatul Asrar tidak memberi peluang kepada lelaki itu untuk berkawan dengannya. Asraf, keluarga angkat gadis ini pula sering menghantar surat dari Turki tetapi sampai ke tangan Hijriah. Surat itu dibalas Hijiriah kerana dia tidak mahu sesiapa menjadi penghalang antara Khazinatul Asrar dengan Mukhlisin.


Khazinatul Asrar juga diuji dengan tingkah laku Hijriah, namun tanpa rasa jemu dan bosan, dia membimbing Hijriah supaya kembali ke pangkal jalan.


MY LOVE FROM THE STAR



MY LOVE FROM THE STAR
TAJUK: My Love From The Star (English title) / You Who Came From the Stars (literal title)
PENGARAH: Jang Tae-Yoo
PENULIS: Park Ji-Eun
JUMLAH EPISOD : 21
MULA TAYANGAN: December 18, 2013 - February 27, 2014





SINOPSIS MY LOVE FROM THE STAR

mengisahkan mengenai Kim yang memegang watak sebagai Do Min Joon seorang guru yang sebenarnya adalah makhluk asing.

Hidupnya mula didekati oleh Chun Song Yi seorang wanita yang garang, mementingkan diri dan mempunyai pelbagai masalah dalam kerjayanya.

Mereka mula bertemu dengan cara yang teruk tetapi secara perlahan-lahan, Do mula mempunyai perasaan terhadap Chun dan akhirnya jatuh cinta.

JANJI JASLINA (DOWNLOAD)




JANJI JASLINA (TV3)
MULAI: 31 Mac 2014,
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MASA: 4.00 petang
JUMLAH EPISOD: 20 episod
PELAKON: Eira Syazira (Jaslina), Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Nizen Ayob (Dr Arif), Ana Dahlia (Atira), Shaharudin Thamby (Pak Ayob), Fadilah Mansor (Mak Kiah), Mustafa Kamal (Dato Kamal’), Raja Emma (Datin Nora), Erry Putra (Fiq) dan adik Wafiy Irfan Ariffin (Iman).



DOWNLOAD JANJI JASLINA (TV3)
Janji Jaslina Episod 01 = DOWNLOAD 31/3
Janji Jaslina Episod 02 = DOWNLOAD 1/4
Janji Jaslina Episod 03 = DOWNLOAD 2/4
Janji Jaslina Episod 04 = DOWNLOAD
Janji Jaslina Episod 05 = DOWNLOAD 7/4
Janji Jaslina Episod 06 = DOWNLOAD 8/4
Janji Jaslina Episod 07 = DOWNLOAD 9/4
Janji Jaslina Episod 08 =DOWNLOAD 10/4
Janji Jaslina Episod 09 = DOWNLOAD 14/4
Janji Jaslina Episod 10 = DOWNLOAD 15/4
Janji Jaslina Episod 11 = DOWNLOAD 16/4
Janji Jaslina Episod 12 = COMING SOON 17/4
Janji Jaslina Episod 13 =
Kredit: Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita

mari ramai ramai like fanpage facebook perekacerita - http://www.facebook.com/likeperekacerita




SINOPSIS JANJI JASLINA (TV3)
JANJI JASLINA mengisahkan pasangan suami isteri, Jaslina dan Johan yang dianugerahkan 2 orang anak, Nina dan Iman. Jaslina berkahwin dengan Johan pada usia yang muda. Apabila Nina disahkan mengidap penyakit asma pada umur 10 tahun, Jaslina telah berhenti kerja bagi menjaga anaknya tetapi dimarahi oleh Johan. Tanpa diketahui oleh Jaslina, Johan masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, Rahayu.

Rahayu sering bertandang ke rumah Johan. Jaslina tidak menyimpan prasangka buruk terhadap Rahayu. Tambahan pula, Rahayu pandai berlakon dan berpura-pura rapat dengan Nina. Suatu hari, Rahayu dengan sengaja tidak memberikan inhaler kepada Nina yang diserang asma. Tindakannya telah menyebabkan Nina gagal mendapat rawatan segera dan meninggal dunia.

Kematian Nina telah mengakibatkan Jaslina menghadapi tekanan emosi. Tambahan pula, Johan telah berkahwin dengan Rahayu dan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Jaslina dibiarkan terkapai-kapai mencari kehidupan sendiri. Penderitaan Jaslina bertimpa-timpa apabila anaknya Iman disahkan mengidap penyakit leukemia. Wang yang diberikan oleh Johan tidak diserahkan oleh Rahayu kepada Jaslina telah menyebabkan Jaslina hidup dalam kesempitan. Johan tidak sedar akan niat sebenar Rahayu berkahwin dengannya.

Ketika menjalankan tugasnya di Sabah, Johan telah diculik dan Jaslina terus hilang punca sumber kewangan. Jaslina terpaksa keluar dari rumah setelah rumahnya dilelong oleh pihak bank. Jaslina terpaksa menumpang di rumah Pak Ayob dan Mak Kiah. Namun, Pak Ayob mengambil kesempatan atas wang yang didermakan oleh orang ramai untuk kos perubatan Iman. Malah, Pak Ayob juga cuba menggoda Jaslina dan ingin mengahwininya.

Akhirnya, Jaslina meninggalkan rumah Pak Ayob dan bertemu dengan Dr. Arif. Apakah bantuan yang diberikan oleh Dr. Arif ikhlas untuk membantu Jaslina? Kepulangan Johan secara tiba-tiba telah menimbulkan pelbagai persoalan sementara Rahayu juga menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya, Fiq. Apakah yang Johan bakal lakukan selepas rahsia Rahayu terbongkar? Siapakah jodoh sebenar Jaslina?

Jangan ketinggalan untuk menonton JANJI JASLINA yang disiarkan bermula 31 Mac 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.00 petang di TV3

KU PINJAM CAHAYA MU (TV ALHIJRAH)




KU PINJAM CAHAYA MU (TV ALHIJRAH)
TARIKH : 16 Mei 2014
PENGARAH : Ramli Long
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Zamarul Hisham, Zalif Sidek, Mikail Andre dan Syawal Ruslan






SINOPSIS KU PINJAM CAHAYA MU

Selepas 16 tahun berlalu, akhirnya tiga sahabat baik iaitu Anas lakonan Zalif Sidek, Fikri (Mikail Andre) dan Afiq (Syawal Ruslan) yang sekian lama terputus hubungan bertemu semula.


Masing-masing sudah berjaya dalam hidup. Meskipun sudah berjaya, yang pasti mereka tidak pernah melupakan kisah lalu. Masih segar di ingatan masing-masing, jasa dan pengorbanan se­orang insan yang cukup besar dalam hidup mereka iaitu Cikgu Borhan atau dipanggil ‘cikgu Bob’ (Zamarul Hisham) adalah individu penting di belakang kejayaan mereka.


KUALI TERBALIK (DOWNLOAD)

KUALI TERBALIK (ASTRO WARNA)
HARI: setiap Isnin
MASA: 10.00 malam



DOWNLOAD KUALI TERBALIK (ASTRO WARNA)
Kuali Terbalik Episod 01 = DOWNLOAD 24/3 - TONTONonline
Kuali Terbalik Episod 02 = DOWNLOAD 31/3 - TONTONonline
Kuali Terbalik Episod 03 = COMING SOON 7/4 - isnin
Kuali Terbalik Episod 04 =
Kuali Terbalik Episod 05 =
Kuali Terbalik Episod 06 =
Kuali Terbalik Episod 07 =
Kuali Terbalik Episod 08 =
Kuali Terbalik Episod 09 =
Kuali Terbalik Episod 10 =
Kuali Terbalik Episod 11 =
Kredit: Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita

mari ramai ramai like fanpage facebook perekacerita - http://www.facebook.com/likeperekacerita




SINOPSIS KUALI TERBALIK (ASTRO WARNA)
Saksikan program masakan terbaru yang di hostkan oleh Angah, Along dan Mie raja lawak, berjudul Kuali Terbalik yang menggabungkan elemen drama, komedi dan program masakan dalam satu rancangan. Setiap episod akan menampilkan spoof daripada drama terbaik Astro dan juga filem box office. Program ini akan bersiaran setiap Isnin jam 10.00 malam di Astro Warna.

WARKAH KEHIDUPAN (TV ALHIJRAH)

WARKAH KEHIDUPAN (TV ALHIJRAH)
TARIKH : 13 April 2014
MASA: 10 malam
SIARAN : Slot Ahad
PELAKON : Remy Ishak, Mustapha Kamal, Syatilla Melvin dan Kamariah MD.DOM



SINOPSIS WARKAH KEHIDUPAN
Mengisahkan seorang graduan muda iaitu Amin yang berusaha merubah nasib diri dan keluarga setelah kematian ayahnya, namun beberapa kali gagal. Akhirnya dengan berkat usaha dan sokongan keluarga beliau berjaya dalam perniagaannya.

BLACK COMEDY



BLACK COMEDY
GENRE: Komedi / Romantik
MULA TAYANGAN: 3 April 2014
PENGARAH: Wilson Chin
PELAKON: Wong Cho-lam, Chapman To, Kimmy Tong, Jim Chim, Susan Shaw





SINOPSIS BLACK COMEDY
Detektif Johnny Du merupakan seorang yang bijak dan handal namun ketinggiannya yang hanya mencecah 5 '4' kaki itu telah menghalangnya daripada menyertai Pengawasan G4 untuk Ketua Eksekutif.




Kekasihnya Angel turut membulinya menyebabkan dia berasa tertekan untuk berada di rumah dan di tempat kerja. Kelemahan Johnny Du berjaya menarik minat Vincent, putera Syaitan dan Jim, malaikat untuk mempertahankan jiwanya





THE MACHINE




THE MACHINE
GENRE: Aksi / Fiksyen Sains
MULA TAYANGAN: 3 April 2014
PENGARAH: Caradog W. James
PELAKON: Caity Lotz, Toby Stephens, Denis Lawson



SINOPSIS THE MACHINE
Filem ini mengisahkan tentang dua orang pakar komputer telah mencipta satu mesin teknologi canggih untuk membantu manusia.


Bagaimanapun keadaan berubah kepada malapetaka apabila ia telah dicuri oleh pihak penjahat yang menjadikan ia senjata berbahaya.

TARZAN



TARZAN
GENRE: Animasi / Kekeluargaan
MULA TAYANGAN: 20 Mac 2014
BAHASA: English
PENGEDAR: NUSANTARA EDARAN FILEM
PENGARAH: Reinhard Klooss
PELAKON: Kellan Lutz, Spencer Locke, Anton Zetterholm, Jaime Ray Newman



SINOPSIS TARZAN
Filem ini adalah berdasarkan cerita klasik "Tarzan Of The Apes" yang ditulis oleh Edgar Rice Burroughs. "Tarzan 3D" ialah sebuah filem animasi keluarga yang dibintangi Kellan Lutz, Spencer Locke, Anton Zetterholm dan Jaime Ray Newman.

Filem ini berkisarkan perjuangan Tarzan dan Jane Porter dalam menentang tentera yang dihantar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Greystoke Energies.

Ketua Pegawai Eksekutif CEO Greystoke Energies merupakan lelaki yang mengambil alih syarikat Greystoke Energies selepas kematian ibubapa Tarzan dalam kemalangan kapal terbang.


OH MY GHOST




OH MY GHOST
GENRE : Komedi / Romantik
MULA TAYANGAN: 3 April 2014
BAHASA : Thai
PENGARAH: Puttipong Pormsaka Na-Sakonnakorn
PELAKON: Celine Horwang, Anusorn Maneethed





SINOPSIS OH MY GHOST
Pelakon Celine Horwang yang memainkan watak Bee, seorang model yang berasal dari Bangkok telah mengalami kemalangan jalan raya dan menemui ajal.


Rohnya telah meninggalkan jasad dan cuba untuk berkomunikasi dengan kekasihnya melalui Kitty yang dilakonkan oleh superstar komedi Tukky Sudarat Budtporm.


Filem ini juga menampilkan Anusorn Maneethed yang memainkan watak Yong yang juga lebih dikenali sebagai penyanyi utama kumpulan indie popular Armchair.