NEED FOR SPEED

NEED FOR SPEED
GENRE: Aksi
MULA TAYANGAN: 13 Mac 2014
PENGARAH: Scott Waugh
PELAKON: Aaron Paul, Imogen Poots, Dominic Cooper, Ramon Rodriguez, Michael Keaton, Dakota Johnson



SINOPSIS NEED FOR SPEED
mengisarkan tentang seorang pelumba berbakat besar, Tobey Marshall (lakonan Aaron Paul) yang menyertai pertandingan lumba haram sebagai sumber utama untuk menampung kos perbelanjaan bengkel keretanya.

Bagaimanapun, dek kerana kesuntukan wang, Tobey terpaksa berkerjasama dengan musuh ketatnya, Dino Brewster (lakonan Dominic Cooper) untuk mengubahsuai sebuah kereta lumba yang kemudiannya berjaya dijual dengan harga lumayan.

Disebabkan sikap iri hati dan egois, Dino yang juga merupakan bekas pelumba NASCAR itu telah menjadikan Tobey sebagai ‘kambing hitam’ dalam satu perlumbaan maut dan menyebabkan Tobey meringkuk di penjara selama 2 tahun.

Selama tempoh itu, dendam kesumat Tobey kepada Dino tidak pernah luput di ingatan, lebih-lebih lagi apabila kemalangan tersebut telah meragut nyawa salah seorang teman karibnya, Pete (lakonan Harrison Gilbertson). Namun, adakah hutang darah tersebut akan dibayar dengan darah juga?