FAJAR AIMAN (1 - 20 TAMAT)




FAJAR AIMAN (TV3)
MULAI: 5 Mei 2014,
SLOT: Azalea
JUMLAH EPISOD : 20 episod,
HARI: Isnin hingga Khamis
MASA: 4 petang.
PELAKON: Faralyna Idris (Nur Fajar), Syarul Ridzwan (Aiman), Farah Ahmad (Erma), Fauzi Nawawi (Suffian), Watie Sadali (Najwa) dan Azhan Rani (Shafie). 



DOWNLOAD FAJAR AIMAN (TV3)
Fajar Aiman Episod 01 = DOWNLOAD -
Fajar Aiman Episod 02 = DOWNLOAD -
Fajar Aiman Episod 03 = DOWNLOAD -
Fajar Aiman Episod 04 = DOWNLOAD -
Fajar Aiman Episod 05 = DOWNLOAD - TONTON
Fajar Aiman Episod 06 = DOWNLOAD - TONTON
Fajar Aiman Episod 07 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 08 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 09 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 10 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 11 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 12 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 13 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 14 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 15 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 16 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 17 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 18 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 19 = DOWNLOAD
Fajar Aiman Episod 20 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita




SINOPSIS FAJAR AIMAN (TV3)
Mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.


Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.

Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.

Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.

Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.


Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka?