SELAMAT PENGANTIN MADU (1 - 13 TAMAT)

SELAMAT PENGANTIN MADU (TV3)
HARI: Rabu dan Khamis,
MASA: 9.00 Malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
PELAKON : Fasha Sandham, Aiman Hakim Redza, Eina Azman, Dilla Ahmad, Marisa Yasmin, Falisha Crossley



DOWNLOAD SELAMAT PENGANTIN MADU (TV3)
Selamat Pengantin Madu Episod 01 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 02 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 03 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 04 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 05 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 06 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 07 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 08 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 09 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 10 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 11 = DOWNLOAD
Selamat Pengantin Madu Episod 12 = DOWNLOAD 22/10
Selamat Pengantin Madu Episod 13 (TAMAT) = DOWNLOAD 23/10
Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita





SINOPSIS SELAMAT PENGANTIN MADU (TV3)
Selamat Pengantin Madu mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya.


Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.


Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.



Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.


Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira?



Saksikan “Selamat Pengantin Madu” di slot Lestary setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam hanya di TV3 untuk mengetahui apakah yang bakal terjadi kepada keluarga Hana.