SEVENTH SON

SEVENTH SON
GENRE: Pengembaraan / Fantasi
MULA TAYANGAN: 31 Disember 2014
PENGARAH: Sergey Bodrov
PELAKON: Ben Barnes, Alicia Vikander, Jeff Bridges, Julianne Moore, Kit Harington, Djimon Hounsou



SINOPSIS SEVENTH SON
Pada zaman dahulu, sebuah kuasa durjana hampir dilepaskan yang mana perang antara kuasa luar biasa dan manusia akan berulang semula. John Gregory (Jeff Bridges) ialah seorang Spook, seorang yang bertarung dengan Kegelapan. Dia telah berjaya memenjarakan ahli sihir hebat dan kejam, Mother Malkin (Julianne Moore), berabad-abad dahulu.


Malangnya, Mother Malkin telah melepaskan diri. Sebagai cara membalas dendam, Mother Malkin menyeru semua pengikutnya yang pelbagai jenis untuk menakluk dunia. Namun, hanya satu sahaja halangan yang perlu diatasi iaitu John Gregory. Dalam sebuah pertemuan berbahaya, Gregory berdepan dengan kejahatan yang sentiasa digeruni.



Kini, dia hanya mempunyai masa sehingga bulan purnama untuk melatih seorang anak murid, Tom Ward (Ben Barnes) walaupun pada kebiasaannya, latihan yang diberi kepada anak murid baru mengambil masa bertahun-tahun. Nasib manusia bergantung kepada anak lelaki ketujuh kepada anak lelaki ketujuh.