BIDADARI (1 - 18 TAMAT)



BIDADARI
EPISOD : 18 episod
TARIKH : April
SLOT: Lestary TV3
PELAKON : Shah Jaszle, Amyra Rosli, Syazwan Zulkifly, Nonny Nadirah, Sharif Sleeq, Fizo Omar, Zamarul Hisyam, Iieka Simon, Shakilla Khoriri, Amyza Aznan, Zarina Zainuddin, Azhan Rani, Sherie Merlis, Balkisyh Semundur, Mimiey Naomie, Fariddarif




DOWNLOAD BIDADARI (1 - 18 TAMAT)
Bidadari Episod 01 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 02 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 03 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 04 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 05 =DOWNLOAD
Bidadari Episod 06 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 07 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 08 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 09 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 10 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 11 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 12 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 13 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 14 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 15 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 16 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 17 = DOWNLOAD
Bidadari Episod 18 (TAMAT) = DOWNLOAD







SINOPSIS BIDADARI (1 - 18 TAMAT)
Bidadari mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup dengan bapa tiri, Anjang (Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu. Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya.

Malah kepolosan dirinya sering mengundang niat jahat daripada insan bergelar lelaki. Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya sebaik mungkin, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban dalam hidupnya.

Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu. Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa saja demi mencapai impiannya. Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria.

Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segala-galanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan isteri pertamanya bernama Melati yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia. Pada masa sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria. Mampukah Suria berhadapan dengan segala rintangan dan kekal sebagai insan berhati bidadari?