KUKEMIS KASIHMU

KUKEMIS KASIHMU
TARIKH : 30 Jun 2015
HARI: Selasa
MASA: 10 malam
SLOT: Citra TV2 (RTM)
PELAKON : Jasmin Hamid, Zamarul Hisham, Livonia Ricky





SINOPSIS KU KEMIS KASIHMU
Selepas berlaku satu kemalangan, Aqala mendapat tahu bahawa dia menghadapi satu penyakit merbahaya yang akan mengakhari nyawanya dalam masa enam bulan. Sejurus mengetahui perkara tersebut, dia mahu berubah dan bertaubat bagi menebus segala dosanya selama ini sebelum terlambat. Aqala pergi bertemu dengan suaminya yang telah sekian lama dia tinggalkan. Ampun dipinta dan Ridhuan dengan seikhlas hati memaafkan Aqala kerana cintanya pada Aqala masih utuh seperti dulu. Aqala juga sedaya-upaya cuba memperbaiki dan mempereratkan lagi hubungannya dengan anak-anak. Selain itu, Aqala enjadi seorang yang amat peka, penyayang dan pemurah. Dia mula membuka mata dan mata hatinya dengan kepayahan hidup orang di sekelilingnya.


Lima bulan telah berlalu, Aqala menguatkan semangatnya pergi bertemu Doktor untuk membuat pemeriksaan sekali lagi. Hasil dari pemeriksaan, Aqala mendapat tahu tumur di kepalanya tidak dapat dikesan lagi. Hilang begitu saja. Doktor mengatakan ia suatu kejadian ajaib, luar dari kebiasaan yang tidak pernah berlaku dalam sepanjang kerjayanya bekerja sebagai pakar otak selama tiga puluh tahun.

Aqala pula menuduh doktor telah melakukan kesilapan apabila dia melakukan dianiogsis awal dan menyatakan niatnya untuk menyaman doktor dan pihak hospital bagi kecuaian yang telah berlaku yang telah menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan yang sangat hebat. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Apakah balasan yang diterima oleh Aqala?