KE INDONESIA KE KITA (TV9)

KE INDONESIA KE KITA (TV9)
MULAI: 28 Julai
HARI: setiap hari Selasa
MASA: 9.00 malam
JUMLAH EPISOD : 13 episod





KE INDONESIA KE KITA (TV9)
sekuel rancangan travelog Ke Korea Ke Kita kini beralih melawat bumi Indonesia untuk destinasi seterusnya. Rancangan yang diberi judul Ke Indonesia Ke Kita masih lagi mengekalkan gabungan ikon fesyen Wak Doyok dan juga vokalis kumpulan Oh Chentaku, Myo. Mereka akan mengharungi sedikit cabaran permainan di samping mempromosi lokasi menarik di Indonesia.

Bagi edisi kali ini, tedapat sepuluh lokasi pilihan iaitu Bali, Bandung, Lombok, Surabaya, Malang, Yogyakarta, Bromo dan Jakarta. Setiap lokasi lawatan mereka akan bermain permainan apa sahaja yang diberikan oleh producer mereka. Tugasan diberikan lebih sukar berbanding di Korea, apabila mereka perlu mendaki gunung berapi dan menetap disana. Selain itu, terdapat juga aktiviti menyelam, surfing dan menikmati makanan pelik disana.