MR LONDON MS LANGKAWI



MR. LONDON MS. LANGKAWI
TARIKH : 2015
PARA PELAKON : Zul Ariffin, Izara Aisyah, Amar Baharin, Nur Zahirah ,Wan Wala, Yaya Zahir, Shah Rezza, Watie Sadali, Lizza Abdullah, Kismah Johar
Sinopsis Mr. London Ms. Langkawi





SINOPSIS MR. LONDON MS. LANGKAWI
Mr. London Ms. Langkawi mengisahkan tentang Aidid Mukhlis yang merupakan seorang berpelajaran tinggi serta mempunyai kerjaya yang bagus. Aidid Mukhlis membesar di luar negara dan itu membuatkannya tidak tertarik untuk kembali ke negara asal. Namun kerana dipaksa oleh bapanya, Aidid Mukhlis akur dan pulang ke kampung halaman.

Walaupun pada mulanya Aidid Mukhlis enggan menurut permintaan dari bapanya itu namun fikirannya berubah selepas dipujuk oleh mamanya. Semasa berada di langkawi, sedang Aidid Mukhlis menunggu untuk dibawa pulang ke rumah ‘Tok Wan’ di kampung dia telah bertemu dengan seorang gadis yang digelar ‘Liyana The Samseng’.


Nurul Liyana merupakan cucu kepada Tok Wan dan gadis biasa di kampung itu. Pelajaran Liyana juga tidak setinggi mana. Liyana hanya mempunyai SPM yang kelulusannya hanyalah paras hidung. Namun, walaupun pelajaran Liyana sedikit corot, jiwanya tetap besar dan semangat mencintai tanahairnya cukuplah menebal dalam dirinya. Ini membuatkan Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana tidak sebulu dan sering bertengkar apabila bertemu. Aidid Mukhlis merupakan seorang yang serius manakala Nurul Liyana pula adalah seorang gadis nakal.

Tetapi mungkinkah keserasian akan lahir dari perbezaan pendirian dan prinsip mereka?