WADI (1-13 TAMAT)

WADI (TV3)
TARIKH : June 2015
SLOT: Zehra TV3
PELAKON : Syafie Naswip, Fimie Don, Ardell Aryana, Ahmad Iswazir Ismail, Naim Daniel, Lisdawati, Faezah Elai, Zamarul Hisham, Amyza Aznan, Azhan Rani, Adik Khayreena Nur Kemal, Adik Khayrisyah Kemal






DOWNLOAD WADI (TV3)
Wadi Episode 01 = DOWNLOAD
Wadi Episode 02 = DOWNLOAD
Wadi Episode 03 = DOWNLOAD
Wadi Episode 04 = DOWNLOAD
Wadi Episode 05 = DOWNLOAD
Wadi Episode 06 =DOWNLOAD
Wadi Episode 07 =DOWNLOAD
Wadi Episode 08 = DOWNLOAD
Wadi Episode 09 = DOWNLOAD
Wadi Episode 10 =DOWNLOAD
Wadi Episode 11 =DOWNLOAD
Wadi Episode 12 =DOWNLOAD
Wadi Episode 13 ( TAMAT)= DOWNLOAD





SINOPSIS WADI
Wadi (Azwadi, 17 tahun) dan Widya saling menyintai. Mereka belajar satu sekolah. Wadi di kelas Sastera manakala Widya di kelas Sains. Wadi miskin dan tinggal di kampung setinggan. Ayah Wadi (seorang pengawal keselamatan) terkorban ketika cuba menyelamatkan Wadi yang hampir lemas ketika mandi di lombong.

Sejak tragedi itu, Wadi tinggal dengan ibu tirinya, Zainah (38 tahun) dan tiga adik tirinya Zira (13 tahun) dan Zana (10 tahun). Zainah amat membenci Wadi kerana menganggap Wadi punca kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Sejak berkahwin dengan ayah Wadi, Zainah hanya berpura-pura menyayangi Wadi yang ketika itu berusia 2 tahun. Bila ayah Wadi meninggal, Zainah semakin membenci Wadi. Dia suka mendera dan memukul Wadi. Wadi begitu tertekan tapi tidak pernah melawan. Semua penderitaannya dipendamkan saja.


Untuk menghilangkan segala kesedihan, Wadi suka berlari. Berlari membuatkan perasaannya tenang dan tenteram. Wadi tetap bersabar bila Zainah selalu mengusir Wadi. Wadi berazam untuk meneruskan persekolahannya sehingga SPM kerana cita-cita mahu memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana Wadi mahu jadi pelari pecut dan jarak jauh. Wadi memenangi banyak pertandingan larian dan juga mewakili sekolah. Dia amat disayangi oleh guru sukannya, Cikgu Hanafi yang melihat potensi besar dalam diri Wadi sebagai atlit.

Biarpun Zainah selalu memukul Wadi dengan penyapu dan membaling Wadi dengan barang-barang sehingga Wadi cedera, Wadi tetap bersabar membiarkan dirinya diperlakukan dengan kejam. Zira sendiri tidak tahan melihat ibunya mendera Wadi. Zira begitu menyayangi dan bersimpati dengan Wadi. Berbeza dengan Zana yang turut membenci Wadi seperti ibunya. Macam-macam yang dilakukan oleh Zainah dan Zana untuk menyakiti Wadi kerana mahu mengusirnya.


Zainah tidak memberikan Wadi wang saku ke sekolah. Dia juga tidak benarkan Wadi makan dirumah - kalau makan pun hanya diberi kerak nasi dan lauk basi. Wadi tidak dibenarkan tidur dalam rumah (Wadi tidur di pangkin luar rumah. Kalau hujan, Wadi tidur di perhentian bas. Wadi selalu ke sekolah dengan keadaan lapar dan tidak terurus.