MERAH GAUN PENGANTIN (DOWNLOAD)

MERAH GAUN PENGANTIN
EPISOD : 13 episod
TARIKH : 12 November 2015
HARI: Isnin-Khamis,
MASA: 3.05 petang
SIARAN : Slot Bidadari TV1 (RTM)
PELAKON : Nad Zainal, Fazreen Rafi, Syafiq Kyle, Felisha Crossley, Syed Ali, Faye Kusairi, Mimi Ernida, Raja Ema, Mubarak Majid, Mubarak Majid, Norlia Ghani, Rahhim Omar, Nor Albaniah



DOWNLOAD MERAH GAUN PENGANTIN
Merah Gaun Pengantin Episod 01 = DOWNLOAD
Merah Gaun Pengantin Episod 02 = DOWNLOAD
Merah Gaun Pengantin Episod 03 = TONTON
Merah Gaun Pengantin Episod 04 = TONTON
Merah Gaun Pengantin Episod 05 = TONTON
Merah Gaun Pengantin Episod 06 = TONTON
Merah Gaun Pengantin Episod 07 =  TONTON
Merah Gaun Pengantin Episod 08 =
Merah Gaun Pengantin Episod 09 =
Merah Gaun Pengantin Episod 10 =
Merah Gaun Pengantin Episod 11 =
Merah Gaun Pengantin Episod 12 =
Merah Gaun Pengantin Episod 13 =




SINOPSIS MERAH GAUN PENGANTIN
Mengangkat watak Almy, gadis kampung yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di ibu kota. Dia bercita-cita untuk membuka syarikat perunding perkahwinan suatu hari nanti. Almy menumpang rumah mak saudaranya, Datin Maimon yang hidup mewah tetapi sangat merendah diri dan tidak berlagak sombong, begitu juga dengan suaminya, Dato Alias. Mereka melayan Almy dengan begitu baik apatahlagi mereka tidak memiliki anak sendiri.

Pada hari pertama Almy menjejakkan kaki ke ibu kota, Datin Maimon telah berusaha untuk mengubah penampilan Almy supaya lebih moden, sesuai dengan kehidupan remaja di bandar. Almy lebih senang berdikari sendiri untuk ke kolej dengan menaiki bas dari menaiki kereta mewah.

Suatu hari ketika mengejar bas untuk ke kolej, dia hampir dilanggar oleh Heykal yang menaiki kereta mewah bersama ibunya, Datin Balqis. Almy di marah oleh Heykal tapi ditenangkan oleh Datin Balqis. Almy sakit hati dengan perangai berlagak Heykal yang tidak tahu minta maaf dan ego. Sikap Almy yang baik hati amat di senangi oleh rakan-rakannya terutamanya Faisal yang menaruh hati dalam diam pada Almy.

Nadia seringkali bercakap tentang Faisal yang dianggap sering menjadi tumpuan murid-murid perempuan dalam kolej. Akhirnya Nadia, Almy dan Faisal menjadi satu kumpulan untuk menyiapkan beberapa projek kolej. Hubungan mereka menjadi rapat kerana masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri. Ketika Almy balik dari kolej, dia telah bertembung dengan Datin Balqis. Mereka berdua kemudiannya mula menjadi sahabat baik apabila mengetahui bahawa Almy berbakat sebagai jururunding perkahwinan. Almy yang jujur telah menceritakan siapa dirinya yang sebenar sebelum datang ke ibu kota.

Faisal menyatakan perasaannya terhadap Almy pada Nadia. Tapi Nadia tersalah sangka. Dia sangkakan Faisal jatuh cinta padanya. Hakikatnya Faisal menggunakan Nadia sebagai orang tengah. Mereka saling berjalan bertiga, ini membuatkan Nadia sangkakan Faisal benar-benar menyayanginya. Mereka bertiga bercadang untuk membuka kedai perunding perkahwinan setelah tamat pengajian kelak. Faisal memang mahir dengan kamera foto kesayangannya, suka megambil berbagai gambar. Nadia pandai mereka cipta pakaian gaun pengantin sementara Almy bijak dalam soal pemasaran. Fasial memberanikan diri meluahkan perasaannya yang sebenar tapi Almy tidak mahu melayan. Dia anggap Faisal hanya bergurau kerana memang itu sifatnya semasa di kolej, semua orang tahu.

Sementara itu Dato’ Bahar kecewa dengan sikap Heykal yang masih tidak membuat persediaan majlis perkahwinannya dengan Suzie yang tinggal tidak berapa bulan saja lagi. Perkahwinan ini penting untuk perniagaan mereka. Datin Balqis serba salah, sejak awal lagi dia tidak berapa setuju dengan rancangan perkawinan ini tetapi tidak berani menentang. Heykal kecewa dengan pilihan ayahnya kerana dia kenal sangat siapa Suzie sebelum ini.

Suzie jadikan Heykal seperti pelabuhan, sesuka dia datang dia akan datang, bila bosan dia akan pergi bersama orang lain. Datin Balqis sendiri sudah jemu dengan sikap keanak-anakan Suzie. Datin Balqis selalu memujuk Heykal supaya bersabar sajalah dan terima saja apa pilihan ayahnya demi masa depan keluarga mereka.
Datin Balqis menawarkan Almy menjadi perunding perkahwinan untuk Heykal dengan Suzie. Pada mulanya Almy menolak tetapi akhinya dia berubah fikiran dengan galakan yang diberikan Faisal dan Nadia. Heykal menyesal dengan sikap sombongnya terhadap Almy dan menghantar bunga untuk memujuk Almy. Mereka kemudiannya saling berhubung membincangkan majlis perkahwinan Heykal. Mereka selalu bertemu dan hubungan mereka bertambah rapat. Heykal mula jatuh cinta pada Almy dalam diam. Sehari tidak bertemu dan mendengar suara Almy, dia mula menjadi rindu.

Sementara itu, Almy kian rapat dengan Faisal semenjak mengendalikan perancangan perkahwinan Heykal. Mereka sama-sama merindui tetapi takut meluahkan perasaan, bimbang persahabatan mereka akan putus. Almy takut mengakui perasaan cintanya pada Faisal kerana dia tahu, Nadia amat menyintai Faisal dalam diam. Begitu juga dengan Faisal yang mula menyintai Almy. Mereka hanya meluahkan apa yang terbuku melalui ruang chatting FB secara bergurau. Masing-masing tidak mampu meluahkan perasaan secara berhadapan.

Namun siapakah jejaka yang menjadi pilihan Almy? Bagaimana pula dengan cita-cita mereka mahu membuka perniagaan bersama? Ikuti kesudahannya hanya di TV1.