American Sniper (2014)

American Sniper (2014)
DURASI: 2h 13min |
GENRE: Action, Biography, Drama




Tontonan dan realiti kehidupan adalah dua perkara yang berasingan. Itulah yang saya lakukan apabila saya menonton. Bagi saya itu adalah terbaik lebih lagi bila kita ingin menonton sebuah filem yang menyentuh elemen yang sensitive. American Sniper merupakan satu filem yang wajar di tonton tanpa terpengaruh dengan elemen tersebut. Jika mampu berbuat demikian saya yakin filem ini akan menjadi menarik. American Sniper berkisar kisah kehidupan Chris Kyle seorang sniper yang bertugas di Iraq. Plot membawa penonton menyelami kehidupan Chris Kyle bemula sebagai seorang cowboy di Texan sehinggalah di melepasi latihan di SEAL dan bertugas di Iraq.

Buang ke tepi plot yang lari dari kenyataan realiti atau sengaja dibuat atas dasar propaganda, jika dilihat dari aspek plot filem ini sahaja, harus saya katakan saya cukup berpuas hati. Watak Chris Kyle menjalani kehidupan yang cukup menarik untuk ditonton. Bagi saya Chris Kyle adalah by product sesebuah peperangan. Sepanjang 2 jam 13 minit penonton dapat melihat bagaimana perubahan yang di lalui oleh watak Chris Kyle. Bagi saya olahan sebegini amat menarik untuk ditonton. Plot juga mudah untuk di fahami dan tidak terlalu rumit dengan mencampur topik agama dan juga isu peperangan yang menjadi latar cerita filem ini. Fokus utama yang dibuat hanya pada watak Chris Kyle dan isterinya cukup baik. Perubahan watak Chris Kyle amat di rasai di akhir filem dan itu adalah satu kejayaan yang menyebabkan saya begitu menyukai filem ini.

Pemilihan pelakon pula saya rasa tepat. Bradley Cooper berjaya menghidupkan watak Chris Kyle dengan baik. Saya juga berasa senang dengan lakonan yang beliau tampilkan. Bersahaja dan menyakinkan. Elise Robertson sebagai Deby Kyle juga tidak mengecewakan. Gandingannya bersama Bradley Cooper juga baik. Dialog pula hanyalah biasa, tiada yang istimewa dapat dilihat. Hanya membantu penonton memahami plot cerita sahaja, tidak berjaya menambah nilai dalam proses penceritaan. Aksi filem ini sekadar perlu. Tidak dibuat berlebihan untuk memuaskan penonton yang ketagihan aksi berlebihan. Saya suka apa yang dibuat kerana fokus utama adalah emosi yang dilalui oleh Chris Kyle dan bukanlah aksi peperangan yang mahu ditonjolkan.

Overall saya merasakan filem ini berbaloi untuk ditonton tetapi dengan syarat anda boleh anggap ianya sebagai sebuah filem dan bukan satu propaganda yang menghina apa-apa agama mahupun bangsa. Elakkan sekiranya anda terlalu cerewet dan mudah berasa sensitif dengan plot yang di gambarkan. - Fanatik Filem