MUSUH BATMAN - BANE

Batman antara superhero yang memiliki ramai musuh. Setiap Musuh-musuh Batman mempunyai karakter dan ciri ciri menarik. setiap musuh musuh batman juga mempunyai kisah silam yang sangat menyedihkan yang menjadikan punca dan alasan mereka untuk menjadi salah seorang penjahat yang popular dalam filem dan komik




BANE
Seperti Batman, Bane adalah orang yang disiplin dan sangat tekun melatih fizikal dan mentalnya hingga menjadi petarung yang hebat. Bane adalah lawan yang sepadan untuk Batman, karena selain memiliki fisik yang kuat, ia juga merupakan ahli strategi. Kisah hidup Bane sendiri cukup menyedihkan. Ia terlahir di penjara tempat ayahnya ditahan dan kemudian harus ikut menanggung hukuman di sana. Ia berlatih dan bertarung di penjara, tumbuh besar di kondisi lingkungan yang keras dan kejam. Pada akhirnya, berkat kekuatan dan kebrutalannya, ia boleh menjadi pemimpin di penjara tersebut. Melihat kekuatan Bane, warden penjaga penjara memaksanya untuk mengikuti sebuah eksperimen misteri bernama “Venom”. Eksperimen ini sudah banyak membunuh orang sebelumnya. Namun meningkatkan kekuatan bane. Bane yang ditonjolkan sebagai watak penjahat utama dalam filem The Dark Knight Rises . Sepanjang filem ini juga kita berasa kagum dengan Bane yang mampu merancang dengan teliti dan mempunyai tentera yang ramai dan berkebolehan dalam usahanya merampas bandar Gotham daripada pasukan Polis. Tentera pimpinannya juga tersusun sampaikan tidak mampu dikesan oleh polis dan jika bukan disebabkan James Gordon, John Blake dan Batman, Gotham mungkin lebih mudah ditawan oleh Bane. Tetapi di penghujung filem ini baru kita disedarkan bahawa semua perancangan Bane adalah dirancangkan oleh watak antagonis yang lain yang lebih bijak daripadanya yang berselindung disebalik watak innocent dan bijak sepanjang filem itu.