• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

Sepanyol juara Piala Dunia FIFA 2010



salam... hari ni post pertama aku untuk sem terbaru ni... selamat datang diucap kepada semua student UMP yang baru mendaftar.. " dulu pelajar kini mahasiswa" . harini aku nak share kemenangan pasukan spain keatas belanda.. aku kurang minat dengan belanda disebabkan kes negara belanda yang banyak kes menghina islam. hari ni mesti kecoh kejayaan ramalan 100% tepat paul sotong fifa, bagi aku semuanya kebetulan, maybe paul ni suka bendera yang ada warna merah hoho... kejayaan spain juga menandakan orang bertubuh kecil pon boleh berjaya.. tapi aku tengok sampai kul 4:30 jer.. giler tension tengok kedua dua banyak attack tapi semua tak masuk gol!! so, harini aku share beberapa info..



TENGOK HIGLIGHTS SEMUA PELAWANAN FIFA 2010
Korang boleh layan highlight fifa kat website http://wchighlights.com/ tapi untuk student ump kena pakai proxy la coz website ni kena block


BERITA UTUSAN
JOHANNESBURG – Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama. Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.

BERITA HARIAN ONLINE

ANDRES Iniesta (kiri) menjaringkan gol kemenangan Sepanyol, dalam  perlawanan akhir Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City,  Johannesburg, awal pagi ini. - Foto Reuters
ANDRES Iniesta (kiri) menjaringkan gol kemenangan Sepanyol, dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, awal pagi ini. - Foto Reuters
JOHANNESBURG: Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 selepas menewaskan B elanda 1-0 pada perlawanan akhir di Soccer City sebentar tadi. Gol kemenangan juara Eropah itu dijaringkan Andres Iniesta pada minit ke-116.


KEPUTUSAN FIFA 2010
1) Juara - Spain
2) Naib Juara - Belanda
3) ketiga - Jerman
4) keempat - Uruguay


BINATANG SENSASI FIFA

KUALA LUMPUR: Setelah seekor sotong kurita bernama Paul semakin popular kerana ramalan tepatnya mengenai keputusan kalah menang antara Jerman dan pasukan lawannya, kini muncul pula seekor burung yang membuat ramalan sama dan terbukti turut betul. Namanya, ‘Mani Si Nuri’, seekor burung nuri yang menetas di Malaysia dan kini dipelihara di Singapura, mula menjadi sebutan apabila meneka tepat Belanda menewaskan Brazil pada perlawanan peringkat suku akhir. Semalam Mani dikatakan meramalkan Belanda bakal menjadi juara dalam edisi Piala Dunia 2010 untuk menewaskan Sepanyol pada perlawanan akhir lusa, manakala Paul memilih Sepanyol. Paul juga dilaporkan membuat ramalan bagi menentukan tempat ketiga Piala Dunia antara Jerman dan Uruguay awal pagi esok dan pilihannya ialah Jerman. ‘Mani Si Nuri’ adalah sebagai pembantu tukang tilik kepada seorang tukang tilik dikenali sebagai Muniyappan di Singapura. Haiwan kecil ini bersama tuannya mencari rezeki di Jalan Serangoon, Little India di Singapura dan pada musim Piala Dunia, kedua-duanya ‘tumpang sekaki’ membuat ramalan keputusan perlawanan Piala Dunia dengan menggunakan daun pakau. Apa yang pasti, perlawanan akhir Piala Dunia 2010 kali ini bukan saja bakal menyaksikan pertembungan antara Belanda dan Sepanyol, malah medan menguji keupayaan haiwan di darat dan di air meramal dengan tepat keputusan perlawanan akhir itu. Edisi Ke-19 Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan ibarat ‘cerita 1,001 malam’ turut diserikan dengan kisah ramalan oleh sotong dan burung.

vs

KEPUTUSAN KESELURUHAN FIFA 2010