• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

OPAH (TV1)




OPAH (TV1)
PENGARAH : Mohd Zaman Ibrahim
PELAKON: Fadhilah Mansor, Shaharudin Tambi, Norlia Ghani, Zizan Nin, Anne Ngasri, Hairie Othman, Aida Khalida, Sharifah Nadia dan ramai lagi.
SLOT: Koleksi Emas



SINOPSIS OPAH (TV1)
Opah merupakan sebuah drama melayu bersiri popular terbitan Unit Drama RTM dan kini meneruskan kesinambungan generasi kedua keluarga Opah yang lebih moden. Mengisahkan Jenab, 66 tahun anak sulung Opah yang tidak berpelajaran tinggi, namun berusaha keras dalam bidang perubatan tradisional serta pertanian herba dengan cara moden.

THE WOLVERINE



THE WOLVERINE
PENGARAH: James Mangold
BAHASA: English
GENRE: Action
DURASI : 126 min
MULA TAYANGAN: 25 Jul 2013






SINOPSIS THE WOLVERINE
Mengisahkan kisah Logan selepas X-Men: The Last Stand, Logan mula hilang hala tuju setelah kehilangan kekasihnya Jean dan Prof X. Namun pada suatu malam muncul Yukio, seorang mutan yang diperintahkan oleh tuannya, Yashida untuk membawa Logan ke Jepun dengan hajat untuk berterima kasih kepada Logan atas jasa baik Logan dulu sewaktu berlaku peperangan di Jepun.




Namun apabila tiba di Jepun semuanya berubah dan Logan sedikit demi sedikit berjaya mengetahui agenda Yashida. Logan juga jatuh hati dengan cucu perempuan kepada Yashida yang bernama Mariko setelah beberapa insiden yang berlaku sewaktu Yakuza ingin menculik Mariko.

Selain berlatih dengan samurai, Logan terpaksa menghadapi Yakuza, menteri yang korup dan melihat tunangnya jatuh ke tangan musuh.

Selain The Wolverine, Jackman dijadual muncul dalam filem terbaru X-Men: Days of Future Past.

LOVE IN PARIS (TV3)

LOVE IN PARIS (TV3)
HARI: setiap Isnin hingga Khamis
MASA: 2 petang hanya
JUMLAH EPISOD: 116 episod.
PELAKON: Dimas Anggara (Reno), Rio Dewanto (Rafa), Michelle Ziudith (Yasmin), dan Yunita Siregar (Aqila)



SINOPSIS LOVE IN PARIS (TV3)
Yasmin (Michelle Ziudith) berangkat ke Paris atas undangan Pusat Kebudayaan untuk membuat pameran fotografi. Sesampainya di sana, ia tidak menemukan Rafa (Rio Dewanto), sahabat semasa kecilnya, yang ternyata telat menjemput. Kejadian tidak menyenangkan pun menimpa Yasmin, dua orang pencuri mencuri kamera miliknya. Beruntung ada Reno (Dimas Anggara), pemuda kaya raya asal Indonesia, yang telah menolong Yasmin.


Dalam keadaan bingung, Yasmin yang berjalan kaki secara tidak sengaja melanggar Aqila (Yunita Siregar) hingga iPad milik Aqila jatuh dan hancur. Lantaran Yasmin tidak memiliki wang untuk mengganti Ipad tersebut, Aqila lantas memaksa Yasmin membantu membereskan apartmen miliknya.


Tidak ada yang mengetahui kalau Aqila dan Yasmin sebenarnya adalah saudara kembar dari pasangan Arif (Surya Saputra) dan Farah (Amara). Keduanya tertukar akibat perbuatan Jihan (Maeeva Amin), sahabat Arif dan Farah. Rupanya Jihan sakit hati karena tidak bisa memiliki Arif. Jihan yang berprofesi sebagai seorang dokter nekad mengambil satu anak kembar yang dilahirkan Farah.

Kepada Arif dan Farah, perempuan itu mengatakan bahwa salah satu bayi kembar mereka, yang setelah dewasa bernama Aqila, tidak bisa diselamatkan. Aqila kini kuliah di Perancis, dan menjadi sahabat Rafa. Di sisi lain, Aqila masih terus mengejar cinta Reno.


Di Jakarta, Alya (Marcella Daryanani) lari dari rumah karena kesal pada kedua orang tuanya. Adik Yasmin itu merasa kalau Arif dan Farah lebih menyayangi Yasmin ketimbang dirinya. Alya tidak pernah mengetahui bahawa perlakuan beza itu semata-mata karena Yasmin disahkan menderita leukimia dan didiagnosa berumur tidak lebih dari 20 tahun. Naas, Alya yang kabur bersama Dygta (Haykal Kamil), kekasihnya, mengalami kecelakaan hingga koma. Di rumah sakit tempat Alya dirawat, Arif dan Farah kembali bertemu Jihan.

Di Perancis, Yasmin berhasil lari dari apartemen Aqila di tingkat lima melalui jendela. Pada saat bersamaan, Reno berhasil menangkap tubuh Yasmin yang nyaris jatuh. Setelah Yasmin siuman dari pingsan, Reno mengatakan bahwa dia bersedia membawa gadis itu ke tempat sahabat Rafa, asalkan Yasmin mau menolong dirinya. Setelah mengubah penampilan Yasmin, Reno lalu membawa Yasmin ke pesta ulang tahun Aqila, dengan memperkenalkan gadis itu sebagai kekasih Reno. Tidak hanya Aqila, Rafa yang juga datang ke acara itu pun kaget melihat sosok Yasmin bersama Reno. Sementara itu sejak bertemu dengan Yasmin, Reno sebenarnya sudah jatuh hati. Seiring waktu, cinta Rafa dan Reno kepada Yasmin ternyata terus berkembang. Sementara itu Yasmin yang jatuh cinta kepada Reno memutuskan untuk tidak membiarkan cintanya berkembang lantaran penyakit leukemia yang diderita Yasmin.


Keputusan Yasmin itu membuat Reno kecewa. Meskipun begitu, Reno pantang menyerah untuk mengejar cinta Yasmin. Di lain pihak, Rafa akhirnya menyatakan cinta pada Yasmin. Hingga suatu hari Rafa mengalami musibah kecelakaan, sementara di satu sisi, Reno terkena serangan jantung. Baik Rafa maupun Reno dirawat pada rumah sakit yang sama. Secara tidak sengaja, Yasmin menemukan kad derma jantung milik Rafa. Saat itu pula Yasmin mengalami dilema hebat. Di satu sisi dia harus menyelamatkan Reno, orang yang dicintai, di sisi lain Yasmin tidak mungkin mengorbankan Rafa, sahabatnya sendiri.


Belum sempat berbuat apa-apa, Yasmin harus pulang ke Indonesia karena masa tinggalnya di Perancis sudah berakhir. Apa boleh buat, dengan membawa hati yang hancur, Yasmin pulang ke Tanah Air tanpa mengetahui nasib baik Rafa maupun Reno. Sesampainya di Jakarta, Yasmin mencoba menelepon Aqila. Sayang, tidak seorang pun mengangkat telepon dari Yasmin. Keruan saja ia bertambah khawatir teringat keselamatan Rafa dan Reno. Hingga suatu ketika, Yasmin bertemu Reno di Jakarta.

MALAIKAT DI PINTU (DOWNLOAD)

MALAIKAT DI PINTU (TV3)
TARIKH: 24hb Ogos
HARI: Sabtu
MASA: 10.00 malam – 12.00 tengah malam
PELAKON: Awie, Yana Samsudin, Fazli Daniel, Fakhrusy Syakirin, Puteri Balqish, Aziz Singah.
PENGARAH: Yeop Hitler



DOWNLOAD MALAIKAT DI PINTU (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS MALAIKAT DI PINTU (TV3)
Ridwan sebelum ini dibesarkan di rumah anak yatim. Namun kini ibu saudaranya, Zai akan mengambil Ridwan untuk dijaga. Walaupun sudah beberapa tahun berkahwin, namun Zai dan Mus tidak dikurniakan anak.

Mus kurang senang dengan kehadiran Ridwan namun dia mengikut sahaja permintaan isterinya kerana tidak mahu bertelagah. Walaupun Ridwan merupakan seorang anak yang baik dan patuh pada kata, Mus tetap tidak senang kerana baginya Ridwan merupakan orang luar.

Zai mula berbincang dengan Ummi untuk menghantar Ridwan semula ke rumah anak yatim selepas hari raya nanti akibat desakan Mus. Sepanjang Zai di tempat kerja, Ridwan dibiarkan sendirian di rumah sehingga dia bertemu rakan baru iaitu Alif.

Mereka berdua mendapat idea untuk mengumpul duit dengan melakukan perkhidmatan seperti membersihkan halaman rumah, mengutip botol, plastik dan surat khabar lama. Pada sebelah malam pula, mereka menjual bunga api dan mercun ‘pop pop’.

Suatu hari, selepas membersihkan halaman Cik Munah, Ridwan dan Alif memberanikan diri pergi ke sebuah rumah yang tidak mereka kenali. Sejurus tiba di rumah tersebut, Ridwan memberanikan diri membuka pintu.

Tiba-tiba mereka ternampak kelibat seseorang yang menakutkan. Sebelum mereka sempat melarikan diri, mereka telah ditangkap penghuni rumah tersebut iaitu Tok Bad.

CHENNAI EXPRESS



CHENNAI EXPRESS
MULA TAYANGAN: 08 Aug 2013
BAHASA:Hindi
GENRE:Action / Comedy / Romance
DURASI: 180 minutes
PENGARAH:Rohit Shetty
PELAKON:Shahrukh Khan, Deepika Padukone, Sathyaraj



SINOPSIS CHENNAI EXPRESS
mengisahkan tentang perjalanan hidup Rahul (Shah Rukh Khan), seorang peniaga dari Mumbai yang diamanahkan oleh neneknya untuk membawa pulang abu datuknya kepada Rameshwaran di India. Dalam perjalanan, dia telah bertembung dengan Meena Amma (Deepika Padukone) yang cuba melarikan diri daripada berkahwin dengan Tangaballi (Nikitin Dheer) yang telah diatur oleh Don Bapa (Satrayaj).


Malang buat Rahul, dia terpaksa menaiki keretapi Chennai Express dan dibawa pulang ke kampung Meena untuk berlakon sebagai pasangan kekasih. Di sinilah riot komedi dan perbalahan tercetus.


KARLOS (1 - 13 TAMAT) + KARLOS BOLOS SPECIAL RAYA


KARLOS (TV3)
MENGGANTIKAN DRAMA : Spy M
MULAI: 4 Mac
HARI: setiap hari Isnin
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, dibantu oleh Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy Moin, Ika Zulkifli, Nur Risteena dan Jay Iswazir.



DOWNLOAD KARLOS (1 - 13 TAMAT)
Karlos Episod 01 = DOWNLOAD
Karlos Episod 02 = DOWNLOAD
Karlos Episod 03 = DOWNLOAD 18/3
Karlos Episod 04 = DOWNLOAD 25/3
Karlos Episod 05 = DOWNLOAD 1/4
Karlos Episod 06 = DOWNLOAD 15/4
Karlos Episod 07 = DOWNLOAD 6/5
Karlos Episod 08 = DOWNLOAD 13/8
Karlos Episod 09 = DOWNLOAD 20/5
Karlos Episod 10 = DOWNLOAD 27/5
Karlos Episod 11 = new-DOWNLOAD 3/6
Karlos Episod 12 = DOWNLOAD 10/6
Karlos Episod 13 (TAMAT) = DOWNLOAD 17/6
Kredit: kepalabergetar FB pereka cerita,

KARLOS BOLOS
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepelabergetar



SINOPSIS KARLOS (TV3)
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Rashid, seorang kaki judi yang sangat membenci Irwan dengan alasan yang tidak diketahui. Dendam dan marahnya pada anak ini sampai sanggup tidak memberikan belanja dan tidak mahu melihat Irwan ketika dia berada di rumah.

Tanpa perhatian dan kasih sayang seperti adik-beradiknya yang lain, Irwan cuba membina kehidupan di atas kakinya sendiri. Irwan belajar membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.
Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan.


Sebagai pelatih baru, Irwan tidak mempunyai kawan. Malah, dia hampir diliwat oleh Adib (Jay Iswazir) tetapi mujurlah dia diselamatkan oleh seorang lagi pelatih bernama Kenji (Syazwan Zulkifly). Bagi Kenji, melihat Irwan seperti melihat dirinya, dia sangat memahami apa yang sedang dilalui oleh Irwan. Sejak itu, Irwan mula berkawan baik dengan Kenji dan orang kanan Kenji, Joey. Pada waktu yang sama, Adib menyimpan dendam terhadap Irwan kerana menyebabkannya dihukum oleh warden. Suatu hari, Kenji menegur nama Irwan kerana merasakan nama itu tidak sesuai untuk seorang samseng. Pada mulanya, Irwan tidak dapat menerima hakikat tersebut namun tidak lama kemudian, Irwan mula menggelarkan dirinya dengan nama ‘Karlos’.

Kenji dan Joey dibebaskan sebulan lebih awal, kini tinggal Irwan seorang diri di pusat pemulihan ini. Irwan dibebaskan ketika berusia 18 tahun kerana berkelakuan baik. Dia cuba pulang ke rumah tetapi dihalau oleh Rashid yang sudah tidak mengaku Irwan sebagai anaknya. Ketiadaan tempat untuk mengadu dan berteduh, Irwan kembali ke tepi sungai dan dengan wang yang pernah disimpan dahulu, dia cuba untuk memulakan hidup baru.

Irwan cuba mencari pekerjaan tetapi oleh kerana rekod jenayahnya, tiada majikan yang sanggup menggajikan Irwan. Irwan terus berdoa, dia tidak pernah terlepas bersolat dan bermuhasabah tetapi realiti di dunia luar ini, Tuhan bagaikan tidak mendengar rintihannya langsung. Bagaimanapun, nasib Irwan berubah apabila dia bertembung dengan Kenji yang bekerja sebagai penjual DVD cetak rompak di pasar malam.

Oleh kerana tidak mempunyai pilihan lain, Irwan menumpang di rumah sewa Kenji dan mereka bekerja bersama-sama. Irwan juga mula selesa dengan panggilan ‘Karlos’. Tetapi suatu malam, pergaduhan antara Kenji dan Karlos dengan satu kumpulan lain yang menuntut kawasan berlaku. Mereka berdua terpaksa melarikan diri sementara. Sekali sekala, Irwan (Karlos) akan menjengah ibunya di rumah.
Di bawah bimbingan Kenji, demi kehidupan Karlos mempelajari bagaimana hendak menyamun dan pecah rumah. Dari kedai runcit dan restoran mamak, mereka sudah berani memecah masuk rumah orang kenamaan demi pulangan yang lebih besar. Setiap kali mendapat wang, Irwan (Karlos) akan menghantar sedikit kepada ibunya.

Sekali lagi Inspektor Mahadhir diberi kepercayaan untuk menyiasat kes jenayah yang semakin meruncing ini. Dia mula membuka fail-fail lama untuk menganalisa suspek. Ternyata suspek utama sangat sinonim pada hemat Mahadhir, namun mampukah beliau memberkas penjenayah paling dikehendaki negara ini? Apakah Irwan atau sisi gelapnya, Karlos menyedari akan setiap kesalahan yang dilakukan?

SETIA HUJUNG NYAWA (1 - 28 TAMAT) + SPECIAL RAYA

SETIA HUJUNG NYAWA (TV3)
MULAI: 24 Disember 2012,
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MASA: 7.00 malam.
NOVEL: Pengantin perempuan lari




  SINOPSIS SETIA HUJUNG NYAWA (1 - 28 TAMAT)
 Setia Hujung Nyawa Episod 01 = ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 02 = HOTFILE - ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 03 = HOTFILE - ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 04 = ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 05 = HOTFILE - ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 06 = ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 07 = ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 08 = ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 09 = HOTFILE - ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 10 =HOTFILE- YOUTUBE - ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 11 = ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 12 = ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 13 = ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 14 = ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 15 = ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 16 = HOTFILE - ZIPPYSHARE
 Setia Hujung Nyawa Episod 17  = MEGALOAD-HOTFILE - ZIPPYSHARE
Setia Hujung Nyawa Episod 18 = HOTFILE - ZIPPYSHARE -
Setia Hujung Nyawa Episod 19 = HOTFILE - ZIPPYSHARE
Setia Hujung Nyawa Episod 20 = HOTFILE - ZIPPYSHARE
Setia Hujung Nyawa Episod 21 = HOTFILE - ZIPPYSHARE
Setia Hujung Nyawa Episod 22 = ZIPPYSHARE - HOTFILE
Setia Hujung Nyawa Episod 23 = HOTFILE -ZIPPYSHARE
Setia Hujung Nyawa Episod 24 = ZIPPYSHARE - HOTFILE NEW
Setia Hujung Nyawa Episod 25 = HOTFILE
Setia Hujung Nyawa Episod 26 = HOTFILE
Setia Hujung Nyawa Episod 27 = HOTFILE - MEDIAPRIMA - ZIPPYSHARE NEW
Setia Hujung Nyawa Episod 28 (TAMAT) = HOTFILE -MEDIAPRIMA - ZIPPYSHARE NEW
INFO = drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Slot Akasia TV3 menggantikan drama Setia hujung nyawa (tamat)
Kredit: kepalabergetar, FB pereka cerita, 


 SETIA HUJUNG NYAWA SPECIAL RAYA
HOTFILE = DOWNLOAD



SINOPSIS SETIA HUJUNG NYAWA (TV3)
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?



Sinopsis dari novel: Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

TOK OMPEK SIMPANG OMPEK



TOK OMPEK SIMPANG OMPEK
MULAI: Akan Datang
PELAKON: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (Tok Ompek), Baharuddin Haji Omar (Pak Mihat), Khaty Azean (Musalmah), Ibu Aida (Maimunah), Munir (Aswad), Syawal AF (Alif), Nisha Dirr (Aisyah), Aripah Damanhuri (Nenek Besah), Zul Handy Black (Jusoh), Aman Shah (Jaafar), Zarina Zainuddin (Midah).





SINOPSIS TOK OMPEK SIMPANG OMPEK

Tok Ompek Simpang Ompek mengisahkan dilema Tok Ompek Baharuddin yang mahu mempertahankan kesinambungan Adat Perpatih. Dia yang dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang memegang kuat Adat Perpatih, begitu menjaga dan mencintai adat ini.

Walaupun dia pernah merana kerana adat pernah menghalang cinta pertamanya, namun dia tetap teguh mempercayai bahawa adat yang dijunjung bersendikan hukum itu perlu dipertahankan.

Meskipun ada orang luar atau generasi muda termasuk anaknya sendiri mempertikaikan mengenai adat ini, Tok Ompek tetap teguh dengan pendiriannya.

Banyak rintangan yang terpaksa dihadapi Tok Ompek dalam memastikan kesinambungan adat itu terus teguh terpelihara termasuk sikap anaknya sendiri yang mahu melanggar adat. Tok Ompek serba-salah apabila orang kampung mula bercakap-cakap mengenai perihal anak-anaknya itu.



ANUGERAH DENDAM YANG TERINDAH (DOWNLOAD)



ANUGERAH DENDAM YANG TERINDAH (ASTRO FIRST)
WAKTU TAYANGAN: 12.00am, 1.50am, 3.40am, 5.40am, 7.30am, 9.20am, 11.10am, 1.00pm, 2.50pm, 4.40pm, 6.30pm, 8.20pm, 10.10pm.
SALURAN: Astro First
PELAKON: Aaron Aziz , Nadiya Nisaa, Elfiza Ul Haq serta Amar Baharin




DOWNLOAD ANUGERAH DENDAM YANG TERINDAH
HOTFILE = DOWNLOAD
ZIPPYSHARE = PART1, - PART2
TONTON ONLINE = ONLINE
Kredit: kepalabergetar





SINOPSIS ANUGERAH DENDAM YANG TERINDAH

Kalau dalam Adam dan Hawa, Nadiya Nisaa tidak dapat menerima hakikat dia dikahwinkan dengan Aaron Aziz, dalam Anugeran Dendam Yang Terindah pula Aaron Aziz tidak dapat menerima hakikat apabila Nadiya Nisaa berkahwin dengan adiknya.


Anugerah Dendam Yang Terindah berkisar mengenai Azman (30an) seorang anak yang terkilan dengan sikap ibunya yang lebih memberi perhatian kepada adiknya, Aril (lewat 20an) dalam segala hal. Azman membawa diri ke Australia untuk belajar sambil bekerja setelah kecewa kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan Aril.

Suatu hari, Izatul yang sedang hamil datang memujuk Azman supaya balik menjenguk ibunya dan Aril yang sekarang sudah lumpuh. Dari situ, satu demi satu rahsia terbongkar.