• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

BEAUTIFUL CREATURES



BEAUTIFUL CREATURES
MULA TAYANGAN: 21 Feb 2013
GENRE:Fantasy / Romance
DURASI: 123 minutes
PENGARAH:Richard LaGravenese
PELAKON:Alice Englert, Ethan Wate, Viola Davis, Jeremy Irons









SINOPSIS BEAUTIFUL CREATURES
Filem ”Beautiful Creatures” ini menceritakan tentang kehidupan seorang gadis bernama Lena Duchannes (Alice Englert), yang berasal daripada sebuah keluarga ahli sihir. Sewaktu Lena ingin menyambut ulangtahunnya yang ke 16 tahun, dia bakal berhadapan dengan ‘Caster’ (sihir untuk orang biasa), di mana pada waktu itu nasib akan menentukan sama ada Lena bakal berada di dalam dunia kegelapan ataupun dunia yang penuh dengan cahaya terang.




Namun begitu, sebelum menjelang ulang tahun Lena yang ke 16, gadis ini telah berteman dengan seorang rakan sekelasya, Ethan Wate (Alden Ehrenreich) dan mereka telah mula menjalinkan hubungan cinta. Antara cinta dan keluarga siapakah yang bakal Lena pilih?

BROKEN VOW (TV3)



BROKEN VOW (TV3)
SLOT: Telenovela TV3
MENGGANTIKAN DRAMA: Legacy
MULAI: 27 Februari.
MASA: 3 petang
HARI: Isnin – Khamis
PELAKON: Bianca King, Gabby Eigenmann, Luis Alandy dan Rochelle.








SINOPSIS BROKEN VOW (TV3)
Melissa (Bianca) seorang wanita yang cantik dan pintar. Tetapi dia mempunyai pengalaman pahit. Dia pernah diculik dan dirogol. Roberto (Gabby) mencintai dan berjanji ingin mengahwini Melissa.



Malangnya, sebelum mereka berkahwin, Melissa mendapati dirinya hamil (tanpa mengetahui siapa yang telah merogolnya sebelum ini). Adakah Roberto akan mengotakan janjinya atau mematahkan janjinya kepada Melissa? Saksikan drama penuh konflik dan air mata di TV3


SPY M (DOWNLOAD)

SPY M (TV3)
MULAI: 3 Disember 2012
HARI: setiap hari Isnin
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Sharifah Shahira, Wan Sharmila, Amyza Adnan, Adik Ahmad Daniel, Zalif Sidek, Addy Ashraf.





DOWNLOAD SPY M
SPY M Episod 01 = DOWNLOAD
SPY M Episod 02 = DOWNLOAD
SPY M Episod 03 = DOWNLOAD
SPY M Episod 04 = DOWNLOAD
SPY M Episod 05 = DOWNLOAD
SPY M Episod 06 = DOWNLOAD
SPY M Episod 07 = DOWNLOAD
SPY M Episod 08 = DOWNLOAD
SPY M Episod 09 = DOWNLOAD
SPY M Episod 10 = DOWNLOAD
SPY M Episod 11 = DOWNLOAD
SPY M Episod 12 = DOWNLOAD
SPY M Episod 13 = DOWNLOAD
kredit: kepalabergetar

SINOPSIS SPY M (TV3)
Sinopsis penuh, kisah bermula apabila sebiji batu meteor yang sedang terbang melintasi planet Bumi telah terlanggar sebuah satelit Malaysia, meyebabkan ia terpesong arah laluannya dan menjunam jatuh ke dalam semak samun di sebuah kampung pendalaman. Malangnya, tiada sesiapapun yang menjadi saksi kepada kejadian misteri tersebut kerana hari sudah lewat malam.

Keesokan harinya, Milah (Sharifah Shahira) pagi-pagi lagi dikejutkan dengan suara Kak Besah yang mengadu gelangnya hilang. Kak Besah meminta bantuan Milah yang sememangnya terkenal di kampung mereka dengan kebolehan menyiasat untuk mencari gelangnya. Pada waktu yang sama, anak perempuan Milah, Salsabila (Wan Sharmila) pula terpaksa tinggal di rumah untuk menjaga adiknya, Fiq (Adik Ahmad Daniel) yang mengidap sakit lelah.

Tiba-tiba, Fiq terlihat satu cahaya misteri yang datang dari batu meteor berhampiran semak di belakang rumah mereka dan bergegas keluar untuk melihat dengan lebih dekat apakah punca sinaran itu. Salsabila yang cuba menghalang Fiq dengan secara tidak sengaja menyebabkan Fiq tersentuh batu meteor itu. Kedua beradik amat terkejut apabila ada satu arus elektrik yang mengalir keluar dari batu itu dan menyambar mereka berdua. Sal dan Fiq terus jatuh pengsan manakala batu meteor itu hancur meletup. Sebaik sahaja tersedar, Sal dan Fiq mula rasakan yang ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka.

Gembira dengan penemuan gelangnya hasil siasatan Milah, Kak Besah menyarankan agar Milah mencuba nasib meminta kerja sebagai ejen penyiasat peribadi selepas terbaca iklan jawatan kosong di Madam J PI, sebuah agensi penyiasat terkenal di kawasan itu. Bukan sahaja Milah gagal mendapat kerja, malah penampilan ala kampungnya diketawakan Madam J. Ketika pulang, Milah berkenalan dengan Datin Que yang menawarkan Milah ganjaran yang lumayan jika berjaya menjejaki kucingnya yang hilang.

Siasatan Milah telah membawa kepada penemuan rahsia kejahatan orang gaji Datin Que yang bernama Seri. Rupa rupanya, Seri merupakan dalang utama kepada kes kecurian kucing kesayangan Datin Que. Seri telah menjual kucing Datin kepada orang lain dan merancang dengan teman lelakinya untuk merompak semua barang kemas Datin Que. Oleh kerana takut rahsia dan komplot jahatnya dibongkar Milah, Seri terus memukul kepala Milah sehingga pengsan dan menyembunyikan Milah di rumah teman lelakinya. Seri turut mencederakan Datin Que dan mengugut supaya wanita kaya itu mengikut kehendaknya dan membuka peti emasnya.

Sementara itu Sal yang berada di rumah menjadi semakin risau apabila kelibat ibunya tidak muncul-muncul selepas seharian keluar menghadiri temuduga di syarikat Madam J PI. Sal ingin berkongsi rahsia dengan ibunya tentang penemuan batu meteor dan kuasa luar biasa yang terdapat pada dirinya. Sal sedar yang dia berupaya membaca pemikiran orang lain apabila disentuh serta mengimbas kembali akan perbuatan yang dilakukan individu berkenaan sejurus sebelum waktu kejadian. Seakan tidak percaya, Fiq pula mampu untuk bergerak dengan pantas walaupun secara logiknya fizikal adik lelakinya tidak begitu mengizinkan kerana penyakit lelahnya.

Bimbang akan sesuatu yang buruk telah menimpa ibu mereka, Sal dan Fiq pergi berjumpa Madam J untuk menjejaki Milah. Berkat kebolehan ‘luar biasa’ Sal, mereka berjaya menemui Milah yang dikurung Seri dan menumpaskan sindiket yang dijalankan bersama teman lelakinya. Untuk membalas jasa Milah dan keluarga, Datin Que berbesar hati membuka sebuah syarikat penyiasatan yang akan diterajui oleh Milah dan diberi nama SPY M.

Bagaimana keadaan Milah selepas mengetahui tentang kelebihan ‘luar biasa’ yang ada pada anak-anaknya? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SPY M menerusi slot Aksi, bermula 3 Disember 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengetahui kesudahannya.

FLIGHT




FLIGHT
MULA TAYANGAN: 21 Feb 2013
BAHASA:English
GENRE:Drama
DURASI: 140 minutes
PENGARAH:Robert Zemeckis
PELAKON:Denzel Washington, Don Cheadle, Kelly Reilly, John Goodman, Bruce Greenwood, and Melissa Leo





SINOPSIS FILEM FLIGHT
Flight mengisahkan juruterbang, Willian "Whip" Whitaker lakonan Washington yang berdepan dengan konflik dirinya iaitu seorang kaki botol dan ketagih dadah.

Pada 14 Oktober 2011, selepas berparti, mabuk, mengambil dadah dan melakukan hubungan seks bersama pramugari, Katerina M·rquez lakonan Nadine Velazquez, Whip terus menjalankan tugas keesokan harinya untuk penerbangan SouthJet 227 menuju Altanta.

Bayangkan, dalam keadaan masih khayal dengan ketagihan alkohol dan dadah, Whip meneruskan penerbangan bersama pembantu juruterbang, Ken Evans (Brian Geraghty).


Nasib tidak menyebelahinya apabila kapal terbang itu gagal berfungsi dalam perjalanan atas kesilapan teknikal menyebabkan ia terhempas.

Bagaimanapun sebaik sedar di hospital dengan kecederaan ringan, Whip diangkat sebagai hero kerana masih menyelamatkan 96 nyawa daripada 102 penumpang.

Keadaan bertambah rumit apabila pihak berkuasa menjalankan siasatan mencari punca kemalangan ngeri itu yang memungkinkannya dibawa ke muka pengadilan.



Walaupun tiada siapa mengetahui keadaan Whip yang sebenarnya tidak stabil sebelum penerbangan, namun Whip berdiri atas rasa bersalah.

Temannya ingin menyelamatkan Whip dari terus disabitkan kesalahan. Tambahan pula Whip punya peluang besar untuk lari dari kesilapannya kerana Katerina turut terbunuh dalam kemalangan itu.

Namun, Whip masih tidak mampu mengubah sikap buruknya dengan ketagih dadah dan alkohol.

Adakah Whip akan bebas selaku hero yang menyelamatkan 96 penumpang dalam kemalangan itu atau dia bersikap jujur dengan mengaku salahnya berada di bawah pengaruh dadah ketika penerbangan?

THE HOBBIT - AN UNEXPECTED JOURNEY (DOWNLOAD)

 

THE HOBBIT- AN UNEXPECTED JOURNEY
MULAI: 13 Disember 2012
MASA: 2 Jam 40 minit.
PELAKON: McKellen, Cate Blanchett, Orlando Bloom, Ian Holm, Christopher Lee, Hugo Weaving, Elijah Wood, Andy Serkis, Richard Armitage, Jed Brophy, Adam Brown, John Callen, Stephen Fry, Ryan Gage, Mark Hadlow, Peter Hambleton, Stephen Hunter, William Kircher, Sylvester McCoy, Bret McKenzie, Graham McTavish, Mike Mizrahi, James Nesbitt, Dean O'Gorman, Lee Pace, Mikael Persbrandt, Conan Stevens, Ken Stott, Jeffrey Thomas, Aidan Turner, Luke Evans, Benedict Cumberbatch, Evangeline Lilly, dan Barry Humphries.



DOWNLOAD THE HOBBIT- AN UNEXPECTED JOURNEY DVDRip 700Mb Mkv
ZIPPYSHARE = PART1 , - PART2, - PART3, - PART4
Kredit: ddmf


SINOPSIS THE HOBBIT- AN UNEXPECTED JOURNEY
The Hobbit: An Unexpected Journey, prekuel dari "The Lord of the Rings" yang sekaligus merupakan bagian pertama dari trilogy The Hobbit


The Hobbit: An Unexpected Journey mengisahkan tentang seorang Hobbit bernama Bilbo Baggins bersama-sama dengan ahli sihir Gandalf dan 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin Oakenshield, dalam usaha epik untuk menuntut kembali tanah orang kerdil, Erebor daripada tawanan naga menakutkan, Smaug. Ketika dalam usaha tersebut, Bilbo Baggins bukan sahaja menemui kebijaksanaan dalaman dan keberanian yang turut mengejutkan dirinya, tetapi dia turut memiliki cincin 'berharga' yang terikat dengan takdir bumi dengan cara yang tidak ketahuinya.


Bagian keduanya berjudul The Hobbit: Desolation of Smaug akan tayang pada 2013, sementara bagian akhirnya The Hobbit: There And Back Again akan ditayang 2014.

MASAK LOMAK CILI API (TV2)

MASAK LOMAK CILI API MUSIM 3
MULAI: 17 Februari ini,
HARI: setiap Ahad,
MASA: 9.30 malam
PELAKON: Roy Azman, Amyza Adnan, Khaty Azean, Nisha Dirr dan Mak Jah,Ebby Yus dan Fadilah Mansor



SINOPSIS MASAK LOMAK CILI API (TV2)
dimulakan dengan babak tiga tahun selepas perceraian Mak Bedah dengan Pak Yob dan setahun selepas kematian suami kedua Mak Bedah, Mak Bedah ambil keputusan untuk kembali semula ke kampung dan mengurangkan aktiviti sebagai seorang Chef.

Mak Bedah menyerahkan Akedemi Masakan dan restorannya kepada Maya dan Puan Dewi untuk menguruskannya. Bagaimanapun Mak Bedah terkejut mendapati Pak Yob juga pulang ke rumah mereka yang kini didiami oleh Arman. Arman terpaksa tinggal serang diri di rumah tersebut selepas isterinya Juita kembali ke bandar. Juita tidak selesa tinggal di kampung, dia balik semula ke bandar untuk bekerja.


Sesekali Arman pulang ke Kuala Lumpur begitu juga sebaliknya. Mak Bedah ambil keputusan untuk tinggal di rumah Lisa yang kosong selepas kematian bapanya Kamal dan ibunya Jannah balik ke kampung asalnya.

Pak Yob pulang untuk memberitahu Arman yang dia akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Arman tekejut Pak Yob memilih gadis muda menjadi isterinya. Perkahwinan itupun diaturkan oleh sepupu Pak Yob, Salmah. Pak Yob setuju mengahwini Mardiana kerana Mardiana pandai masak lemak cili api.


Pak Yob membawa Mardiana ke rumah Arman untuk memperkenalkan Arman dengan bakal ibu tirinya. Mardiana tidak begitu sukakan Pak Yob tetapi dia dipaksa kawin oleh ibunya Jamilah dengan harapan Mardiana hidup senang kerana Pak Yob orang berada. Bagaimanapun Pak Yob pernah hendak membatalkan perkahwinan itu kerana Jamilah bersifat mata duitan dan mula meminta itu ini. Jamilah mengugut akan menyaman Pak Yob jika Pak Yob membatalkan perkahwinan itu.

Mak Bedah mendengar berita perkahwinan Pak Yob dengan perasaan sayu. Dia menafikan masih cintakan Pak Yob tetapi perasaannya sedih mengetahui Pak Yob akan menjadi suami orang tak lama lagi. Begiu juga dengan Pak Yob, pertemuan semula dengan Mak Bedah mengembalikan ingatan lama kepada percintaan kedua-duanya. Apabila Mak Bedah terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana urusan akedemi masakannya, Pak Yob begitu rindu kepada Mak Bedah. Pak Yob akhirnya mengambil keputusan mempercepatkan perkahwinannya dengan Mardiana.





Bagaimanapun pada hari pernikahan, Mardiana menghilang diri dari rumah. Mardiana lari ke rumah teman lelakinya kerana tidak mahu mengahwini Pak Yob. Kamil memujuk Mardiana pulang. Apabila Mardiana sampai di rumah, Pak Yob sudah pun pergi selepas membatalkan perkahwinannya dengan Mardiana. Jamilah menawarkan diri menggantikan anaknya tetapi Pak Yob tidak mahu. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Dapatkah Pak Yob dan Mak Bedah bersatu semula?

CLOUD ATLAS



CLOUD ATLAS
MULA TAYANGAN: 21 Feb 2013
GENRE:Drama / Mystery / Science Fiction
DURASI: 172 minutes
PENGARAH: Lana Wachowski, Andy Wachowski, Tom Tykwer
PELAKON:Tom Hanks, Halle Berry, Hugh Grant, Hugo Weaving, Jim Strugess, Donna Bae, Ben Wishaw



SINOPSIS CLOUD ATLAS
Claud Atlas merupakan sebuah filem sains fiksyen dan epik drama yang dihasilkan oleh Lana dan Andy Wachowski serta Tom Tykwer. Filem ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel yang ditulis oleh David Mitchell sekitar tahun 2004 dan plot ceritanya merentasi enam era yang berlainan.


1849 – Era ini mengisahkan tentang kehidupan seorang peguam yang bernama Adam Ewing. Adam telah mengikuti sebuah pelayaran, di mana dia diminta untuk menguruskan perniagaan bapa mertuanya di kepulauan Chatham. Namun begitu, sewaktu berada di atas kapal Adam telah diracun oleh seorang doktor yang tidak bertanggungjawab dan nasibnya baik kerana telah diselamatkan oleh seorang hamba berkulit hitam yang dikenali sebagai Autua.


1936 – Pada era ini terdapat seorang ahli muzik berbakat yang dikenali sebagai Robert Frobisher dan dia adalah seorang lelaki yang bersifat biseksual. Pada awalnya Robert telah tinggal dan bekerjasama dengan seorang komposer terkenal bernama Vyvyan Ayrs. Konflik antara kedua-dua individu ini tercetus apabila masing-masing mendapat ilham dalam mencipta sebuah lagu berjudul “The Cloud Atlas Sextetz.” Sewaktu dalam proses pembikinan, Robert Frobisher telah membuat keputusan untuk mencipta lagu tersebut seorang diri dan menjadikannya sebagai hasil karya perseorangan tanpa mahu berkongsi dengan Ayras. Insiden tersebut telah membuatkan Ayras marah sehingga tercetusnya pergaduhan antara kedua-dua individu ini. Frobisher akhirnya telah berani menembak Ayras dan melarikan diri dengan hasil karya tersebut.


1973 – Terdapat seorang wartawan wanita yang dikenali sebagai Luisa Rey. Pada suatu hari, Rey telah sempat berkenalan dengan seorang ahli fizik nuklear yang bernama Sixsmith. Akan tetapi perkenalan mereka tidak kekal lama kerana Sixsmith telah mati dalam sebuah kemalangan yang dirancang. Namun begitu, Rey telah dihubungi oleh seorang lagi individu yang dikenali sebagai Isaac Sachs. Nasib Sachs sama juga seperti Sixsmith, dimana sebelum sempat menyampai makluamt penting kepada Rey, dirinya telah mati ditembak oleh seorang pembunuh upahan. Setelah satu demi satu insiden pembunuhan berlaku, dapatkah Rey mencari bukti dan maklumat sebenar yang diinginkan


2012 – Dalam sebuah majlis makan malam, seorang pengarang buku yang dikenali sebagai Dermot Hoggins telah menjadi terkenal secara tiba-tiba setelah dia berjaya membunuh seorang individu yang suka mengkritik hasil penulisannya. Insiden pembunuhan tersebut telah memberi peluang kepada seorang penerbit buku, Timothy Cavendish untuk turut bekerjasama dengan Dermot Hoggins dalam menjual kesemua buku-buku yang ditulis olehnya. Akan tetapi, segalanya menjadi sukar apabila Dermot Hoggins mula meminta wang daripada Cavendish atas kerjasama mereka dan pada ketika itu Cavendish tiada wang kerana amaun yang diminta adalah terlalu besar. Perkara tersebut telah menyebabkan Cavendish terpaksa meminta pertolongan daripada abangnya sehingga menyebabkan dirinya dimasukkan kerumah orang tua-tua. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Cavendish melarikan diri daripada rumah orang tua-tua dan membayar wang kepada Dermot Hoggins?




2144 – Dalam era masa hadapan ini terdapat seorang wanita klon yang dikenali sebagai Sonmi-451. Sonmi merupakan seorang pelayan disebuah restoran dan tugasnya adalah melayan pelanggan yang datang serta menghormati segala tetamu di restoran tersebut. Antara peraturan yang harus dipatuhi oleh Sonmi adalah dirinya dilarang memarahi pelanggan dalam apa jua kaedaan meskipun untuk mempertahankan maruah diri sendiri. Konflik tercetus apabila seorang sahabat karibnya telah melanggar peraturan tersebut dan wanita tersebut telah dihukum mati sewaktu ingin melarikan diri. Bermula daripada insiden tersebut, Sonmi telah diculik dan dibawa keluar oleh seorang jejaka. Setelah melariakan diri, Sonmi sering diburu oleh pihak ‘Union’ sehingga dirinya tertangkap dan akhirnya dimusnahkan seperti klon-klon yang lain.



2321 – Pada era ini terdapat seorang pemuda bernama Zachry. Pada suatu hari Zachry telah menjumpai sebiji batu ajaib dan bermula daripada hari tersebut Zachry telah dapat kuasa yang luar biasa, di mana dirinya boleh melihat serta mendengar bisikan syaitan yang dipanggil sebagai “Old Georgie.” Dengan adanya bisikan-bisikan tersebut Zachry telah membiarkan saudaranya dibunuh oleh sekumpulan kaum kanibal. Pada suatu ketika kampung Zachry telah dikunjungi oleh seorang wanita dari ‘Prescients’ yang dikenali sebagai Meronym. Apakah agaknya tujuan Meronym datang ke kampung Zachry? Mampukah Meronym dapat apa yang diinginkan?



12 SIGNS OF LOVE (TV2)

12 SIGNS OF LOVE (TV2)
TAJUK DI KOREA: twelve men in a year
SLOT: Kristal
MULAI: 17 Februari
MASA: 5.00 petang,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
PELAKON: Yoon Jin Seo, Koh Joon Hee, On Joo Wan, Kim Da Hyun, Kim Jin Woo, Julian Kang, Park Sang Myeon, Kwang Soo, Lee Yong Woo dan Kim Jung Min




SINOPSIS 12 SIGNS OF LOVE (TV2)
Plot kisahnya berkembang dengan watak utama seorang wartawan majalah Mi-Roo (Yoon Seo Jin), berusia 29 tahun percaya bahawa tanda-tanda zodiak menentukan nasib seseorang. Dia lalu mencabar diri sendiri untuk menulis dalam ruangan baru yang mengetengahkan isu dan persoalan cinta. Bagi memperlihatkan tulisannya nampak ‘hidup’, dia telah menggunakan idea yang diperolehi daripada pengalaman cintanya sendiri yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan 12 lelaki berbeza zodiak dalam satu tahun yang sama.



Kisah menarik ini bermula apabila Mi-Roo mula saja-saja menulis artikel menarik yang erotick dengan menggunakan nama pena Sophia. Namun tanpa diduga, ianya tersalah hantar kepada ketua editornya. Menyedari kesilapannya itu, Mi-Roo mengambil cuti sakit untuk mengelakkannya bertemu dan dikenakan tindakan oleh ketuanya itu.


Malang bertimpa bila Mi-Roo sekali lagi cuai telah memberikan kad perniagaan Tanya, temannya kepada Hyun Woo untuk khidmat seks telefon. Mujur kali ini dia berpeluang untuk memperbetulkan kesilapannya dan sejak itu dia sering keluar bersama lelaki itu.


Kolum Sophia yang seterusnya mendapat sambutan hangat. Tetapi Mi-Roo terkejut bila mengetahui bahawa ketua editornya telah meletakkan iklan dalam majalah untuk mencari kekasih Sophia yang seterusnya.

Apabila cinta pertama Mi-Roo menulis surat menyatakan dia akan berhijrah ke Argentina, dia begitu sedih namun pada masa sama mula memikirkan untuk tindakan seterusnya. Dia kemudiannya mengetahui serba sedikit bahawa penulis surat itu yang sebenar adalah Jin Oh selepas membayar sejumlah wang kepada Won Bin untuk meninggalkannya sendirian.

Mi-Roo kemudiannya bertemu janji pula dengan Alex, bekerjaya sebagai jurulatih yang diperkenalkan oleh Tanya. Alex berterus-terang bahawa dia tidak berminat apa-apa kecuali menjalinkan hubungan seks yang membuatkan serba sedikit Mi-Roo berputus asa dengan kerjayanya.

Rancangan Mi-Roo menamatkan artikel Sophia terhenti di tengah jalan bila ketua editor telah mengubah artikelnya. Persoalannya di sini, dapatkah Mi-Roo kembali menulis artikel? Dia kemudiannya memutuskan untuk berehat dan pergi bercuti dengan Tanya. Dia gembira kerana keseluruhan perbelanjaan percutiannya ditaja oleh Majalah XX sekiranya Mi-Roo menulis artikel untuk ruangan majalah mereka. Lalu apakah kesudahannya? Saksikan aksi penuh mendebarkan arahan Oh Jong Rok ini hanya di TV2

BULAN BINTANG DAN KITA (TV9)

BULAN BINTANG DAN KITA (TV9)
SLOT: 9X
HARI: setiap Rabu,
MASA: 10.30 malam.




SINOPSIS BULAN BINTANG DAN KITA (TV9)
Bulan, Bintang dan Kita mengisahkan Andi yang putus cinta dengan kekasihnya Nisha (Anzalna). Andi sebenarnya adalah seorang pemuzik, penyanyi dan komposer hebat dalam sebuah band alternatif popular. Namun kreativitinya semakin merosot sejak putus cinta. Untuk memujuk hatinya yang lara, Andi telah membawa diri ke sebuah tasik. Tanpa disangka, Andi tiba-tiba ternampak sebuah kapal dari angkasa terhempas. Andi bergegas ke tempat kejadian dan terkejut mendapati seorang gadis jelita di sana. Dalam keadaan panik, terus memanggil Jaja dan membawa gadis yang diberi nama Bintang (Amanda Misbun) itu ke rumahnya.

Bintang sukar untuk menyesuaikan diri di bumi terutamanya ketika berada di rumah Andi. Gelagat Bintang yang ‘haru-biru’ dan berbahasa dalam pelbagai bahasa membuatkan membuatkan Andi jatuh cinta kepada Bintang. Bagi Andi, Bintang adalah inspirasinya dan sejak Bintang berada di rumahnya, Andi banyak menghasilkan muzik yang begitu kreatif. Perubahan Andi yang semakin ceria dan kreatif ini membuatkan rakan-rakan Andi berasa lega dan gembira.

Andi dan Jaja terkejut apabila mendapat tahu airmata Bintang boleh menjadi berlian dan setiap kali terkena cahaya, Bintang akan melakukan ‘shuffle’. Bintang mempunyai misi yang besar iaitu ingin berkomunikasi dengan planetnya. Namun, frekuensi yang diterima amat lemah dan ini membuatkan Bintang berasa kecewa.


Satu hari Bintang tiada di rumah dan tidak dapat di kesan. Andi dan Jaja menjadi kelam kabut dan mencarinya di merata tempat. Andi terus mencari Ejat kerana menyangka Ejat menculik Bintang. Rupanya bintang diculik oleh ejen X dan Z. Namun, Bintang dapat melarikan diri kerana setiap kali dalam keadaan panik, Bintang akan menjadi lebih agresif dan berjaya menewaskan kedua ejen tersebut.

Bintang gembira apabila menerima isyarat daripada ibu dan bapanya di angkasa. Bintang bersiap sedia menunggu kedatangan mereka untuk membawa Bintang pulang ke angkasa. Keadaan ini membuatkan Andi berasa sedihkerana dia telah menaruh hati terhadap Bintang. Setelah “berpisah” dengan Bintang, Andi meneruskan menumpukan kariernya dalam bidang muzik.

Setelah enam bulan berlalu Andi tiba-tiba didatangi oleh seorang gadis yang memperkenalkan diri sebagai peminat nombor satu Andi. Kehadiran gadis itu benar-benar membuatkan Andi terkejut! Siapakah gadis misteri dihadapan Andi itu? Adakah Nisha, kekasih yang mengecewakan Andi atau adakah ianya Bintang?

DARAH PANAS



DARAH PANAS
PENERBIT: White Merpati Entertainment Sdn. Bhd.
TAYANGAN: Akan Datang
GENRE: Cinta
PELAKON: Sharnaaz sebagai Adi dan Soffi Jikan (Aloi), Nur Fathia sebagai Syahana, selain Adam Corrie (gangster), Datuk Jalaluddin (bapa), Aznah Hamid (ibu) dan Ruminah Sidek (nenek)




SINOPSIS DARAH PANAS
Darah Panas mengisahkan Syahana, seorang gadis yang berpegang pada agama, namun bercita-cita menjadi seorang model muslimah kerana terpengaruh dengan video di laman sosial. Syahana berkenalan dengan Fandi melalui laman sosial dan meminta bantuan Fandi bagi mencapai cita-citanya.


Syahana menyatakan hasrat kepada keluarganya, namun ditentang ayah dan abangnya. Syahana tetap mahu meneruskan cita-citanya, lalu mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.


Setibanya di ibu kota, Fandi membawa Syahana ke dunia pelacuran. Syahana tidak sangka nasibnya jadi begitu. Cicak, ketua rumah pelacuran turut terbabit dalam sindiket dadah. Cicak membeli Syahana daripada Fandi. Adi bekerja di bawah Kumpulan Cicak, namun dia seorang yang menghormati wanita Islam.




Darah Panas sarat dengan pergolakan hidup anak kota, isu yang diketengahkan berlaku tanpa disedari. Darah Panas ada;ah filem kelima terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd.

THE VAMPIRE DIARIES MUSIM 3 (8TV)




THE VAMPIRE DIARIES MUSIM 3 (8TV)
EPISOD: 22 episod
HARI: setiap Isnin,
MASA: 10.30 malam.


SINOPSIS THE VAMPIRE DIARIES MUSIM 3 (8TV)
The Vampire Diaries mengisahkan cinta dua beradik drakula, Stefan dan Damon yang taksub dengan seorang gadis cantik bernama Elena. Pada masa sama, mereka perlu berjuang untuk mengawal ketenteraman bandar tempat mereka tinggal.


Musim terbaru siri ini menyaksikan motif sebenar Klaus yang mahukan Stefan berada di sisi gelap dan bagaimana perhubungan Damon dan Elena yang semakin intim. Selain itu, roh jahat yang muncul dalam kehidupan lampau Jeremy terus menghantar mesej kepadanya yang mampu memberi impak terhadap perhubungan beliau dengan Bonnie.