• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

SELAMAT HARI LAHIR SONY PSP



Kesemuanya yang Pereka Cerita hajati untuk tahun 2011 telah tercapai. Hari ini merupakan hari bertuah buat perekacerita melaksanakan WISHLIST 2011 yang terakhir yang baru sahaja tercapai.. WISHLIST beli SONY PSP 2000 hasil dari sumber duit berblog.. segala penghargaan dan ribuan terima kasih buat pelawat blog perekacerita yang sentiasa support perekacerita.. korang memang terbaik
SELAMAT HARI JADI SONY PSP (USIA 1HARI)

Ada apa dengan Sony PSP? (Info Google)


Memahami dan mendalami mengenai PSP

Memahami dan mendalami mengenai PSP

PlayStation Portable (PSP) merupakan keluarga produk Playstation, yang dihasilkan oleh Sony Computer Entertainment. Konsol permainan video tangan ini adalah sebahagian daripada generasi ketujuh sama seperti Nintendo Dual Screen (NDS), Wii, PS3 dan sebagainya. Menurut IGN, 60 juta buah sudah terjual di seluruh dunia menjelang 14 Mac 2010.

Kelebihan yang terdapat dalam PSP ialah saudara boleh melayari internet, mendengar lagu, menonton video dan berhubung menerusi Skype. Malahan pemasangan perkakas tambahan seperti kamera.

Media yang menyokong PSP ialah Universal Media Disk (UMD), secara digital (fail berformat .cso dan .iso) dan cakera Blu-Ray (menerusi Remote Play).

Kapasiti storan pula memerlukan Memory Stick Pro Duo atau Duo (M2) sama ada 2, 4, 8 atau 16 GB. Selain itu, PSP menawarkan fungsi capaian Wi-Fi (802.11b) dan sambungan USB.

PSP 1000

PSP 1000PSP 1000 dikenali juga sebagai PSP Phat. Hal ini kerana saiznya yang tembam. Model ini mula diperkenalkan di Jepun pada Disember 2004. Binaan dalam model ini menggunakan papan induk jenis TA-079, TA-081, TA-082 dan TA-086.

Model ini boleh dimodifikasi peralatan tegar untuk memainkan permainan video yang dimuat turun (fail .cso dan .iso) tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, model ini cuma memiliki RAM 32MB sahaja. Bateri boleh dinaik taraf daripada 1800mAh kepada 2200mAh.

PSP 2000

PSP 2000

Edisi yang kedua, Sony telah melancarkan edisi ramping, PSP Slim pada September 2007. Binaan dalam model ini menggunakan papan induk jenis TA-085.v1, TA-085.v2, TA-088.v1, TA-088.v2 dan TA-088.v3.

Naik taraf daripada model sebelumnya ialah RAM 64MB, skrin anti silau. Bateri boleh dinaik taraf daripada 1200mAh kepada 2200mAh.

Walau bagaimanapun, hanya papan induk TA-085.v1, TA-085.v2, TA-088.v1 dan TA-088.v2 sahaja yang boleh dimodifikasi peralatan tegar. Setakat ini, papan induk TA-088.v3 tidak boleh dimodifikasi.

PSP 3000

PSP 3000

Nama lain untuk model ini ialah PSP Brite. Ianya muncul di pasaran pada Oktober 2008. Spesifikasinya hampir sama seperti PSP 2000, cuma butang ‘Hom’ berubah menjadi logo PS.

Peningkatan daripada model yang sebelumnya ialah terdapat mikrofon binaan dalaman, skrin lebih tajam dan jelas. Walau bagaimanapun, bekasnya diragui ketahanannya kerana dikatakan mudah pecah.

PSP go

PSP go

Setahun kemudian, PSP go muncul dengan reka bentuknya yang boleh menggelongsor. Ianya menggunakan papan induk TA-091 dan TA-094.

Model N1000 ini mempunyai cakera keras berkapasiti 16GB. Oleh yang demikian, permainan yang ingin dimiliki boleh dibeli dan dimuat turun menerusi Store PlayStation.

PSP go tidak lagi menggunakan UMD kerana melibatkan kos yang mahal selain kurang sambutan dalam kalangan peminat. Apatah lagi UMD boleh disalin dalam bentuk digital berformatkan CSO dan ISO. Pastinya strategi sebegini Sony dapat membendung gejala menyalin permainan video kepada edisi ‘lanun’.

Kapasiti storan tambahan boleh dibuat dengan membeli M2. Terdapat juga fungsi Bluetooth.




website forum pasal PSP =

1) http://bincang.net/forum/forumdisplay.php?118-Bincang-PSP

2) http://www.pspiso.com/

3) http://www.teknomasi.com/search/label/PSP

4)http://justkhai.com/blog/ada-apa-dengan-playstation-portable-psp/

Senarai Game PSP = http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_PlayStation_Portable_games

Al-Quran for PSP– Malay Translation = http://raise.flavert.com/2009/05/15/al-quran-for-psp-v14-malay-translation/

Download Panduan cara Hack PSP 3000 = http://www.mediafire.com/?mzm3njq1zjm#1

Forum Lowyat Malaysia — Ada bahagian garage sales di sana. Rajin-rajinkan mencari dan bertanya.

Lelong Malaysia — Sila gunakan fungsi carian di sana. Besar kemungkinan ada Sony PSP murah, berserta dengan aksessorinya sekali.

Mudah.com.my — Ini ramai yang dah tahu, sama macam Lelong Malaysia, sila cari di sana. InsyaAllah akan jumpa kalau ada.


ASIAN BROADCASTING NETWORK (ABN) vs ASTRO




Satu perkhidmatan TV berbayar akan memasuki pasaran yang kini di’monopoli oleh Astro ini seawal enam bulan pertama tahun 2012.

Perkhidmataan baru ini akan di’kenali sebagai Asian Broadcasting Network (ABN) yang telah mensasarkan 3 juta pelanggan dalam masa lima tahun operasi berjalan.

ABN adalah merupakan idea & projek utama Nilamas Corporation yang di’pengerusikan oleh Sreedhar Subramaniam — berkata kepada media yang ABN tidak berniat untuk mencabar penyedia servis sama yang sedia ada.

Malah matlamat utama ABN adalah untuk menyediakan perkhidmatan baru & alternatif kepada lebih 4 juta rakyat Malaysia yang tidak memiliki sebarang perkhidmatan TV berbayar hari ini.

Teknologi yang di’miliki ABN juga di’katakan mampu menyediakan hampir 1,000 saluran buat pelanggan mereka nanti & turut menjanjikan kualiti penerimaan yang jauh lebih baik.

Yang lebih penting, ABN di’khabarkan akan menawarkan kadar yuran langganan yang lebih murah dari penyedia kini dan mensasarkan 500,000 pengguna awal selepas setahun beroperasi.

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 18 (AIM18)


Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18)
TEMA: “Bergermelapan dan Glamor”
TEMPAT: Stadium Putra,
TARIKH: 12hb November,
SALURAN TV:Astro Ria
MASA: 8.30 ( Karpet Biru), 9.00 malam (Siaran Langsung AIM18),
HOS PENGACARA: Zizan Razak dan AC Mizal.



PERSEMBAHAN : Yuna, Nashrin, Jaclyn Victor dan Shila Amzah hinggalah ke Ella, AXL, Mega, 6ixth Sense, Azlan aand the Typewriter, dan Meet Uncle Hussein bersama Hazama Najwa Latiff, dan Greyson Chance dan ramai lagi

PENYAMPAI ANUGERAH: Dato M. Nasir, Zainal Abidin, Search, Nora, Sarimah, Tony Eusoff, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Remy Ishak, Ramlah Ram, Adi, Reza dan Dina


DOWNLOAD ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 18 (AIM18)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


KEPUTUSAN PENUH PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 18 (AIM18)
  1. PEMENANG KATEGORI ARTIS BARU TERBAIK – Najwa
  2. PEMENANG KATEGORI LAGU POP TERBAIK – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  3. PEMENANG KATEGORI LAGU NASYID TERBAIK – Pedoman (Nora Feat V.O.U)
  4. PEMENANG KATEGORI LAGU POP ETNIK TERBAIK – Joget Tak Senag Hati (Adibah Nor)
  5. PEMENANG KATEGORI LAGU INGGERIS TERBAIK – Got To Go (Najwa)
  6. PEMENANG KATEGORI PERSEMBAHAN VOKAL B’KUMPULAN TERBAIK – Beribu Sesalan (Jac,Ning,Shila Hamzah)
  7. PEMENANG KATEGORI LAGU ROCK TERBAIK – Pelita (A.P.I)
  8. PEMENANG KATEGORI VIDEO MUZIK TERBAIK – Susun Silang Kata (Aizat)
  9. PEMENANG KATEGORI LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Ku Menunggu (Rossa)
  10. PEMENANG KATEGORI KHAS ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK – 6ixth Sense
  11. PEMENANG KEMBARA – Yuna
  12. ANUGERAH SRI WIRAMA – Beh Suat Pheng
  13. PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  14. PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Penakut (Yuna)
  15. PEMENANG KATEGORI ALBUM TERBAIK AIM 18 – The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)
  16. PEMENANG LAGU TERBAIK AIM 18 – Penakut (Yuna)

KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)
CANSELOR
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SSAP., SIMP., DK (Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ., PAT.

Majlis Konvokesyen ke 6 Universiti Malaysia Pahang (UMP) 2011

Ucapan Tahniah kepada semua student UMP yang berjaya mendapat ijazah dan diploma untuk majlis konvo kali ini. UMP yang dulunya dikenali sebagai KUKTEM telah berjaya mengadakan majlis konvokesyen untuk kali ke 6 dan juga merupakan majlis konvokesyen yang ke2 bagi admin blog PEREKACERITA. First masa zaman diploma dan hari ini buat kali ke2 untuk ijazah sarjana muda kejuruteraan.

UMP banyak memberi 1001 pengajaran dan jasa buat student UMP. Niat admin masuk belajar sarjana muda adalah untuk mendapat perkerjaan yang baik setelah tamat dari universiti. Dengan berbekalkan cita cita untuk menjadi seorang Engineer yang dikatakan boleh hidup mewah dengan gaji yang mahal.. Tamat juga tempoh admin sebagai mahasiswa UMP.
Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Kini cita cita telah tercapai untuk mendapat title "Engineer" dengan gaji melebihi RM2K tetapi terasa agak kosong di hati?? banyak kerja yang diberi memerlukan knowledge engineering yang kuat tetapi disebabkan niat awal masuk UMP sudah kurang tepat menyebabkan admin perlu study banyak pekara kerana zaman belajar dulu kurang fokus hanya mengejar "LULUS SEKADAR TINGGIKAN POINTER" setelah habis belajar ilmu banyak yang lupa..

Saat suka duka di UMP pasti akan dikenang buat selamanya oleh para graduan UMP.
Terima kasih daun keladi
Jasa budi UMP sentiasa dihati
Doa diberikan keberkatan ilmu yang telah dipelajari
Pastinya ilmu akan diamalkan kami sampai mati

Untuk info konvokesyen UMP dengan lebih detail korang boleh masuk website UMP - http://konvo.ump.edu.my/


Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)

PENGENALAN EXPOCONVO 2011

EXPOCONVO Universiti Malaysia Pahang adalah salah satu acara tahunan UMP yang wajib diadakan pada setiap tahun bagi meraikan para graduan yang telah telah tamat pengajian mereka dan menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP). Pelbagai acara yang diketengahkan. Acara –acara yang ada bukan sahaja mengasah minda dan mempunyai unsur ilmiah, sinonim dengan tertubuhnya UMP sebagai gedung ilmu, namun, terdapat juga acara yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Acara-acara ini menerapkan semua nilai Jasmani, Rohani, Emosi, dan Intelektual (JERI) yang digariskan oleh pihak UMP. Kombinasi ini tidak disangkal telah merangkumi semua nilai teras UMP serta kemahiran insaniah yang digariskan oleh Kementrian Pengajian Tinggi Malaysia.

Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP)




PROGRAM TV RAYA (ASTRO)




HARI RAYA BERSAMA SAMA ASTRO

ASTRO RIA (SALURAN 104)


Fantastika Raya Impian
Selasa, Jam 12 Tengahari, 30 Ogos 2011
Drama muzikal yang mengumpulkan alumni AF dari musim 1 hingga 9 musim menyampaikan lagu hits Raya terbaik didalam suasana kampung.
Artis: AF1 hingga AF9

Kepohnya Raya
Selasa, Jam 4 petang, 30 Ogos 2011
Satu segmen yang akan memaparkan gosip-gosip terbaru dari dunia hiburan tempatan dikala orang lain sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya.
Pengacara: Reza dan Fara Fauzana

Mega Raya 2011
Selasa, Jam 6 petang, 30 Ogos 2011
Satu program khas Raya yang dihoskan oleh Aznil Hj. Nawawi, menampilkan selebriti-selebriti tempatan. Banyak aktiviti-aktiviti yang disediakan disamping gosip-gosip terkini, permainan, temu bual dan juga duit raya!
Pengacara: Aznil Hj Nawawi

Astana Aidil Fitri 2011
Rabu, Jam 12 tengahari, 31 Ogos 2011
Dihoskan oleh Anita Sarawak bersama selebriti-selebriti jemputan melihat persiapan Hari Raya di rumah-rumah mewah.
Pengacara: Anita Sarawak

OPOCOT!
Rabu, Jam 4 petang, 31 Ogos 2011
Satu permainan yang menyeronokkan dan penuh dengan gelak ketawa menampilkan selebriti tempatan yang terkenal dengan ciri-ciri unik mereka 'melatah'.
Pengacara: AC Mizal
Artis: Jambu, Ida Moin, Didie Alias, Opie Zami, Amyza Adnan

Atas Nama Cinta – Rossa
Khamis, Jam 5 petang, 1 September 2011
Konsert khas selebriti dari Indonesia, Rossa di Kuala Lumpur. Khas untuk semua peminat di Malaysia.
Artis: Rossa

Raya Sakan Nabil
Rabu, Jam 6 petang, 31 Ogos 2011
Menampilkan Juara Raja Lawak musim ke 2, Nabil mencari duit raya di jalanan. Sambil berjumpa dengan orang ramai.
Artis: Nabil

Mari Berdansa Aidilfitri
Rabu, Jam 5 petang, 31 Ogos 2011
Pasangan selebriti & pasangan dari Mari Menari menunjukkan tarian mereka untuk menentukan siapa yang bakal memenangi wang dan akan disumbangkan kepada badan-badan amal pilihan mereka.
Pengacara: Awal Ashaari dan Lisa Surihani

Ada Sudir Ada Pak Nil
Khamis, Jam 6 petang, 1 September 2011
Aznil Hj Nawawi akan membawa penonton kembali ke zaman silam, mengenang kembali muzik gemilang pada zaman kegemilangan Sudirman Hj. Arshad.
Pengacara: Aznil Hj Nawawi

Stylista Raya Si Manja
Khamis, Jam 4 petang, 1 September 2011
Beberapa pereka baju terkenal mendapat tugasan mereka baju Raya untuk anak-anak selebriti. Dalam tugas itu, tumpuan akan diberikan kepada hubungan antara ibu bapa selebriti dan anak-anak mereka. Ppanel hakim kemudiannya akan memilih seorang pemenang selepas anak-anak mereka membuat pertunjukan "Catwalk".
Erra Fazira, Nora Danish & Dynas Mokhtar

Akustik Raya 2011
Jumaat, Jam 6 petang, 2 September 2011
Sebuah rancangan berkonsepkan "busking" menampilkan bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Hazama, Lena, Hafiz, Akim dan ramai lagi serta penyampai radio ERA. Mereka menyanyikan sekelsi lagu-lagu raya di lokasi-lokasi menarik seperti Berjaya Times Square, KL Sentral dan Bazaar Taman Tun Dr Ismail.
Hafiz, Akim, Aril, Adira, Hazama, Lena dan penyampai radio ERA


ASTRO PRIMA (SALURAN 105)


Drogba dan Rooney
Selasa, Jam 12 Tengahari, 30 Ogos 2011
Mengisahkan 2 orang anak muda, Johan dan Zizan. Meraka adalah peminat tegar Liga Perdana Inggeris dan sentiasa memasang impian untuk pergi melihat secara langsung pasukan kegemaran mereka iaitu Chelsea dan Manchester United. Saksikan pelbagai kisah menarik bagaimana mereka berdua berjimat untuk mencari duit perbelanjaan bagi mengecapi impian untuk ke London!
Pelakon: Johan dan Zizan

Jangan Bakar Mayat Anakku
Rabu, Jam 12 Tengahari, 31 Ogos 2011
Menceritakan kisah seorang anak lelaki (Rahmat) yang dibesarkan oleh ibu tunggal sejak bapanya meninggal dunia. Rokiah (ibunya) sangat miskin tetapi dia bekerja keras untuk memberi kehidupan yang baik bagi Rahmat.
Pelakon: Fauziah Nawi, Fauzi Nawawi, Lisdawati

Satu Permintaan
Khamis, Jam 12 Tengahari, 1 September 2011
Sepasang suami isteri yang sudah berkahwin selama 15 tahun tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata. Setelah berbincang, mereka memutuskan untuk mengambil anak angkat di sebuah rumah anak yatim.
Pelakon: Fauziah Nawi, Eja, Mia Sara

Flamenco Di Hatiku
Jumaat, Jam 12 Tengahari, 2 September 2011
Sebuah kisah cinta Sara, Irsyad dan Azhan. Takdir menentukan segalanya apabila Sara bertemu semula dengan Irsyad di Spain.
Pelakon: Fahrin Ahmad, Sari Yanti, Ady Putra

Harapan
Sabtu, Jam 12 Tengahari, 3 September 2011
Menceritakan tentang Linda, seorang jururawat yang sanggup berhenti kerja kerana bakal suaminya iaitu Razak. Malangnya, Linda mendapati Razak berlaku curang kepadanya. Linda berhasrat untuk kembali bekerja sebagai jururawat. Azman, seorang penyakit leaukimia mengambil Linda untuk menjadi jururawat peribadinya. Saksikan bagaimana kisah cinta mereka!
Pelakon: Fizz Fairuz, Nur Fatiah

Sesungguhnya
Ahad, Jam 12 Tengahari, 4 September 2011
Menceritakan tentang seorang gadis bernama Lena.
Pelakon: Sharifah Amani, Beto Kusyairy

Jalan-Jalan Cari Saka
Ahad, Jam 9 malam, 4 September 2011
Sebuah telemovie kelakar seram mengenai Enab.
Pelakon: Nadia Mustafa, Zul Ariffin, Qazem Nor


ASTRO WARNA (SALURAN 132)

Kiah Beraya Solo
Rabu, Jam 2 petang, 30 Ogos 2011
Tahun ini merupakan tahun pertama Kiah bakal menyambut Hari Raya keseorangan di kampung. Walaupun sebelum ini, Kiah tetap beraya berseorangan kerana bekas suaminya akan pulang ke kampung isteri pertama. Kiah mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan online bersama Wan dan Tipah ketika musim raya ini untuk mencuba kelainan.Bekas suami Kiah, Farouk mendapat tahu Kiah sudah berjaya menjalankan perniagaan di kampungnya. Perancangan awalnya adalah untuk mendapatkan sedikit keuntungan yang dikecapi Kiah. Tanpa pengetahuan isteri Farouk, Rosmah, dia pulang ke kampung dengan alasan kerja. Tipah dan Wan dapat tahu Farouk sebenarnya berpura-pura dan berfoya-foya dengan kedua mereka. Demi membetulkan keadaan, Kiah membawa Tipah dan Wan untuk beraya di Kuala Lumpur. Di KL pula tidak terasa suasana hari raya jadi mereka pulang semula ke kampung pada malam raya. Tanpa persediaan apa-apa mereka menyambut hari raya ala kadar sahaja iaitu bersendirian juga.
Pelakon: Rozita Che Wan, Sabrina Ali, Azza Elite, Ebby Yus, Shahir AF


Maharaja Lawak Raya
Jumaat, Jam 3 petang, 2 September 2011
Satu program yang menemukan para finalis Maharaja Lawak di dalam satu program Komedi muzikal yang berlatarkan kisah Hari Raya. Lihatlah telatah dan gelagat Sepah, Jozan, Nabil dan Jambu dan persiapan mereka sempena menyambut hari Raya Aidilfitri.
Artis: Sepah, Jozan, Nabil, Jambu

Cikgu Syida
Rabu, Jam 10 malam, 31 Ogos 2011
Mengesahkan tentang dua orang wartawan cik Baba dan Loqman yang mendapat tugasan untuk mencari cikgu shida di parit, perak bagi liputan eksklusif surat khabar keluaran pagi raya aidiladha. Tugasan itu perlu diselesaikan dalam tempoh 72 jam sebelum hari raya.
Pelakon: Omar Abdullah, Cikgu Shidah dari Parit, Azad Jasmin

Senandung Aidilfitri
Ahad, Jam 10 malam, 4 September 2011
Malam sebelum Hari Raya Aidilfitri Dato Samsol berada di pejabat bersama Kamal, pembantunya untuk menyelesaikan kontrak projek lanskap Pulau Rawa. Dia memaksa Kamal untuk bekerja pada malam raya tanpa kisah esoknya hari raya. Semakin malam, Kamal meminta untuk pulang dan dengan berat hari Dato Samsul membenarkannya dengan syarat Kamal perlu masuk pejabat semula selepas solat pagi aidilfitri.
Pelakon: Rashidi Ishak, Kamal Adli, Vanida Imran


ASTRO CITRA (SALURAN 131)

Ngangkung
Ahad, Jam 10 malam, 4 September 2011
"Ngangkung" menceritakan kisah Azim pemandu lori dengan gaya hidup yang sederhana bersama Suri isterinya dan anak perempuannya. Tasnim dan Wan mula mempengaruhi Azim membuat taruhan terhadap loteri. Mereka melakukan aktiviti Ngangkung ini dan Azim telah berjaya. Dia terus selesa dengan perbuatan ini.
Pelakon: Shaheizy Sam, Eira Syazira


ASTRO OASIS(SALURAN 106)

Xian Ramadan Syawal
Selasa, Jam 10.30 malam, 30 Ogos 2011
Persiapan para penduduk Cina di Xian menghadapi bulan Ramadan dan meraikan kedatangan Syawal.

Imam Muda Raya Di Perantauan
Sabtu dan Ahad, Jam 3.30 petang, 3 Sept dan 4 Sept 2011
Program ini membawa Imam Muda musim ke 2, beraya di Vietnam. Disana mereka akan bersama-sama menyambut dengan komuniti muslim dan anak rantau Malaysia yang berada di Vietnam.
Artis: Imam Muda Musim ke 2

Laman Raya Imam Muda
Selasa hingga Jumaat, Jam 3 petang, 30 Ogos hingga 2 September 2011
Memaparkan sambutan hari raya di mana Imam Muda musim kedua meraikan aidilfitri bersama Pengetua mereka. Aktiviti santai ini juga dihadiri oleh beberapa artis dan anak yatim juga dijemput sebagai tetamu istimewa mereka.
Artis: Imam Muda musim 1 dan 2


ASTRO BINTANG (SALURAN 141)


Opera Van Java Awards
Rabu, Jam 3 petang, 31 Ogos 2011
OVJ Awards adalah episod khas yang menghargai selebriti-selebriti terkemuka di Indonesia yang pernah tampil di dalam rancangan tersebut. Di antara mereka adalah seperti Candil, Wendy Cagur, Dewi Gita, Vincent, Olga Syahputra, Widyawati dan ramai lagi. Kali ini, mereka beraksi dalam pentas yang berbeza di samping penambahan beberapa para pelawak yang turut berlakon di dalam episode khas ini. Kategori hadiah yang diperkenalkan juga mungkin berbeza dan boleh membuatkan kita tidak kering gusi.

Opera Van Java: Malam Takbiran
Selasa, Jam 9 malam, 30 Ogos 2011
Opera Van Java (OVJ) adalah pertunjukkan komedi. Pelakon dan Artis terkenal diberi isyarat untuk berlakon tanpa menghafal, tetapi dengan panduan seorang dalang(tukang karut). Setiap adegan disusuri dengan pelawak terkenal, seperti Nunung Srimulat, Azis Gagap, dan Sule. Dalang diperankan, Parto Patrio. Terdapat juga ahli musik tradisional yang lengkap dengan alat musik khas Jawa menyanyikan lagu pop. Setiap selebriti yang tampil memeriahkan setiap episod. Lakonan yang dimodifikasi adalah tentang cerita seseorang yang terkenal, cerita rekaan, cerita hantu, cerita dari negara luar, atau cerita-cerita yang sensasi.
Artis: Nunung Srimulat, Azis Gagap, dan Sule. Dalang diperankan, Parto Patrio

Bukan Empat Mata: Semalam Bersama Si Burung Camar
Selasa, Jam 3 petang, 30 Ogos 2011
Program bual bicara khas untuk Hari Raya bersama pengacara Tukul Arwana, iaitu salah seorang komedian yang terkemuka di Indonesia. Episod eksklusif ini digandingkan dengan tetamu istimewa, Vina Panduwinata bersama teman-temannya, Rezza dan Vivi Aldian.
Artis: Vina Panduwinata, Rezza dan Vivi Aldian


ASTRO PELANGI (SALURAN 142)


Kabayan Jadi Milyuner
Selasa, Jam 4 petang, 30 Ogos 2011
Sebuah kampung di Jawa Barat mula tidak tenteram setelah seorang pengusaha hartanah, Boss Rocky yang ingin membeli tanah untuk mendirikan sebuah resort. Namun, bukanlah senang baginya untuk merealisasikan hajatnya itu. Seorang pemuda yang cerdik bernama Kabayan bersama sahabatnya, Armasan berjaya membuat Boss Rocky untuk pusing tujuh keliling. Tetapi Boss Rocky mula sedar akan Kabayan sudah jatuh cinta dengan akauntannya, Iteung. Oleh itu, Boss Rocky mempunyai idea yang bernas untuk mengalahkan Kabayan dengan menyuruh Iteung untuk rapat dengannya dan meyakinkannya untuk menandatangani perjanjian itu. Apa yang akan terjadi? Adakah Boss Rocky mendapat apa yang diinginkannya?
Pelakon: Jamie Aditya, Rianti Cartwright, Amink, Christian Sugiono, Melly Goeslow, Meriam Bellina

Get Married (2007)
Rabu, Jam 10 malam, 31 Ogos 2011
3 Jejaka dan seorang gadis yang tinggal di perkampungan yang sama telah berkawan sejak kecil hingga ke dewasa. Mae (Nirina Zubir), seorang anak gadis yang masih di bawah jagaan bapanya, Mr. Mardi (Jaja Mihardja) dan ibunya, Mrs. Mardi (Meriam Bellina). Untuk meringankan beban, mereka memutuskan untuk mencari calon suami untuk anak gadis mereka. Namun, setiap jejaka yang datang asyik dikejar oleh Guntoro (Desta 'clubeighties'), Eman (Amink) dan Benni (Ringgo Agus Rahman) yang disuruh oleh teman mereka, Mae. Rendy (Richard Kevin), seorang jejaka tampan yang sudah bosan dengan gadis Bandar, mendapat tahu tentang Mae. Rendy pergi ke rumah Mae, dan dia jatuh cinta pada pandang pertama. Tetapi, 3 kawan Mae telah salah tafsir dan memukul Rendy. Pada suatu hari, ibu Mae jatuh sakit dan Mae mementingkan ibunya dari apa-apa pun. Kemudian, Mae memilih salah satu dari rakannya untuk menjadi bakal suaminya. Rendy yang tidak puas hati, datang ke kampung itu bersama rakan-rakannya. Siapa yang akan menjadi bakal suami Mae?
Pelakon: Nirina Zubir, Jaja Mihardja, Meriam Bellina, Desta 'clubeighties', Amink, Ringgo Agus Rahman, Richard Kevin

Get Married 2
Khamis, Jam 10 malam, 1 September 2011
Empat tahun sejak pernikahan Mae (Nirina Zubir) dan Rendy (Nino Fernandez). Namun, tidak seperti ketiga sahabat Mae, Eman (Aming), Guntoro (Desta) dan Beni (Ringgo Agus Rahman) yang sudah menikah juga dan memiliki anak, Mae dan Rendy belum dikurniai anak. Saat Rendy gagal datang di acara ulang tahun pernikahannya sendiri, Mae berasa sedih dan meminta untuk pulang ke rumah orang tuanya. Ibu bapanya bukan memujuknya, malah mereka memutuskan untuk Mae menceraikan Rendy kerana gagal memberikan mereka cucu. Mae berasa mungkin ada silapnya juga kera bersikap tegas terhadap Rendy, oleh itu, Mae pergi ke pejabat suaminya dengan berdandan cantik. Tiba di sana, Mae terkejut melihat Rendy ternyata sedang berdua dengan wanita cantik bernama Vivi (Marissa Nasution). Mae terus meminta cerai. Rendy cuba menyuruh ibunya (Ira Wibowo) untuk membawa Mae pulang. Diam-diam ternyata Mae dan Rendy mulai sering bertemu secara senyap. Bisakah Mae dan Rendy bersatu?
Pelakon: Nirina Zubir, Jaja Mihardja, Meriam Bellina, Desta 'clubeighties', Amink, Ringgo Agus Rahman, Richard Kevin, Marissa Nasution, Ira wibowo

PROGRAM TV RAYA (TV9)


PROGRAM TV RAYA (TV9)
TV9 = HANGATNYA RAYA DIHATIKU
DI HATIKU ADA RAYA TV9

TELE-FILEM

SYURGA BAGIKU – 30 Ogos , 6.30 ptg
Razak dituduh memiliki dadah jenis heroindan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Mengimbas kembali kehidupan Razak, kehidupannya bertambah bahagia dengan kehadiran Azizah yang baru dilahirkan. Namun seminggu selepas melahirkan Azizah, isterinya Aminah telah meninggal dunia. Semenjak isterinya meninggal, Razak menjaga dan mengasuh anak kesayangannya Azizah bagai “menatang minyak yang penuh”. Walaupun hanya seorang penoreh getah, Razak berusaha membahagiakan anaknya dan memastikan segala keperluan anaknya mencukupi. Pertemuan Azizah dengan Budin dan Lisa telah merubah kehidupannya. Azizah terpengaruh dengan ajakan mereka untuk menjual dadah dan kini Azizah hidup mewah. Tidak terlintas langsung di hati Razak yang anaknya terlibat dengan dadah. Tanpa disangka polis datang menyerbu rumah Azizah semasa ketiadaannya dan menangkap Razak setelah dia mengaku dadah itu miliknya. Apabila sekian lama berada di penjara, Razak hairan kenapa anaknya tidak muncul menziarahinya di penjara. Adakah Azizah malu dengan perbuatannya atau kejadian lain menimpa Azizah?
Pelakon : Razak Ahmad, Zarina Zainoordin, Syazwan Zulkifli, Nazim Othman dan Amanda Misbun.

ADIKARYA LAZIZAH – 31 Ogos, 6.30 ptg
Lazizah merupakan seorang wanita yang begitu cekal dan gigih menjaga 3 anak perempuannya tanpa suami. Suami pertama meninggal dunia sebagai seorang perajurit dan yang kedua pula berakhir dengan kekecewaan setelah diceraikan oleh suaminya yang merupakan seorang kaki judi dan sanggup untuk menjual Lazizah untuk mendapatkan wang. Makcik Izah tidak disenangi masyarakat sekeliling kerana suatu ketika dahulu, dia merupakan seorang penari di kelab. Makcik Izah amat meminat sastera dan sering menghasilkan puisi secara spontan dan amat melankolik. Keadaan Makcik Izah bertambah tertekan dengan sikap anak-anaknya Hani Wahiza, Ina Azilah dan Sofiah yang sanggup meminggirkannya setelah dewasa. Makcik Izah pernah dihalau oleh anak dan menantunya ketika menziarahi mereka. Lebih syahdu ianya berlaku ketika berkumandangnya azan Ramadan pertama dan Makcik Izah hanya berbuka dengan seteguk air sejuk. Rizky, seorang pemuda kampung, sering singgah di anjung rumah Makcik Izah untuk mendengar celoteh dan berpuisi. Orang kampung menganggap Makcik Izah gila kerana puisi-puisinya. Tidak cukup dengan itu, mereka menuduh Makcik Izah seorang pelacur tua kerana hampir setiap bulan mereka akan terserempak Makcik Izah menemui seorang lelaki tua. Siapakah lelaki tua itu dan adakah anak-anak Makcik Izah akan insaf dengan perbuatan mereka?
Pelakon : Normah Damanhuri, Lisadawati, Amanda Misbun dan Memey Suhaiza.

SEKERING JIWA ENTE – 1 September, 6.30 ptg
Filem ini mengisahkan tentang tiga jejaka orang bernama Hamzah, Ajis dan Abe yang tinggal serumah dan bekerja di tempat yang berasingan. Antara ketiga-tiga mereka, Hamzah mempunyai 2 karektor yang berlainan sehingga mengaburi mata Kak Nor yang mempunyai anak perempuan. Hamzah tidak seperti 2 rakannya yang lebih bersikap sederhana sesuai mengikut kehidupan dan pekerjaan mereka. Walaupun Hamzah seorang despatch, namun dia suka berlagak apabila berhadapan dengan orang. Malahan dia juga sering berlagak alim semata-mata untuk memikat anak Kak Nor. Sepanjang bulan Ramadan, Hamzah berlagak mengenakan jubah dan memegang tasbih dan memberitahu semua orang yang dia hendak ke surau untuk sembahyang terawikh. Tetapi pada hakikatnya dia melencong ke kedai mamak dan lepak menonton tv di sana.
Pelakon : Bell Ngasri, Syed Ali, Eyzendy Aziz, Ramona Zamzam dan Ainina Ahmad.

KAIN PELIKAT ACAT – 2 September, 6.30 ptg
Mengisahkan Acat seorang anak yatim piatu yang gemar berkain pelikat. Kain pelikat itu mengandungi 1000 kisah berkenaan kematian ayah dan ibunya. Sebab itulah dia sangat sayangkan kain pelikat itu biarpun lusuh,buruk dan koyak. Abang Acat iaitu Sam tidak sukakan Acat kerana baginya Acat punca kematian ibu dan bapanya. Sementara itu, kakak Acat bernama Fida amat menyayangi Acat. Ibu dan bapa mereka meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya ketika membeli kain pelikat buat Acat. Sejak itu, Pakcik Ghafar dan Mak Senah, yang merupakan jiran mereka sering mengambil berat terhadap ketiga beradik itu.
Pelakon : Fimie Don, Erin Malik, Talha, Eizlan Yusuf, Aida Aris, Shah Iskandar, Rozita Che Wan dam Shafii Khan.

FILEM
NIYANG RAPIK – 30 Ogos, 1.30 tghari
Lima pemuda yang berkawan rapat dan juga mengambil jurusan Kajian Sejarah telah pergi ke Kampung Niyang Rapik untuk membuat projek tahun akhir. Setahun kemudian, Helmi, Saiful, Zizan dan Amir dikejutkan dengan kematian Zack secara misteri iaitu akibat busung dip perut. Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat di kejutkan lagi dengan cerita di mana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik. Setelah di selidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah “kendil” lama dari kampung Niyang sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di kampung Niyang Rapik.

Atas nasihat seorang bomoh di kampung Zack, mereka berempat di arah untuk memulangkan semula “kendil” tersebut kerana di khuatiri ianya adalah penyebab Zack menderita penyakit busung tersebut. Pengembaraan mereka sangat mencabar dan perlu berhadapan dengan pelbagai jenis rintangan yang menyeramkan. Setibanya mereka ke Kampung Niyang Rapik, mereka terus memulangkan “kendil” tersebut kepada ketua kampung tersebut. Namun, perkara pelik tetap berlaku kepada mereka sehinggalah mereka dapat tahu sebenarnya “kendil” yang diambil bukan menjadi punca mereka tersiksa tetapi ada kesalahan besar yang telah dilakukan oleh salah seorang dari mereka berlima sewaktu berada di Kampung Niyang Rapik setahun yang lalu.
Pelakon : Awal Ashaari, Kamal Adli, Shaheizy Sam, Zed Zaidi, Liyana Jasmay, Fizz Fairuz, Nasir Bilal Khan dan Ahmad Tarmimi Siregar.

ANTOO FIGHTER – 31 Ogos, 1.30 tghari
Kisah bermula apabila Sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu di zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy (Awie), kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat dan hantu-hantunya telah mengembara ke Kuala Lumpur dan menawan Menara KL sebagai operasi mereka. Objektif utama Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan “Lord Sharon” iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu , Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu “Delyla” , di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din ( salah seorang Antoo Fighter terakhir pada zaman 50an). Antoo fighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.
Pelakon : Radhi OAG, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palare, Nasrizal Ngasri dan Soffi Jikan.

LU FIKIRLAH SENDIRI – 1 September, 1.30 tghari
Mengisahkan tentang impian, cita-cita dan cinta. Nabil (Nabil) dan Natasha (Puteri Sarah) saling meminati tetapi tidak mahu meluahkan hati dan perasaan masing-masing. Pada masa yang sama, mana mungkin mereka boleh bersama kerana mereka mempunyai prinsip hidup yang berbeza. Seorang anak hartawan, seorang lagi pekerja biasa yang menanggung keluarga. Mereka mempunyai pandangan hidup berbeza, seorang pelajar universiti, seorang lagi jejaka yang suka bertukar-tukar kerja. Pada pertemuan pertama, Nabil dan Natasha sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh disebabkan prinsip hidup masing-masing. Walaupun sebenarnya cinta berputik di hati, tetapi mereka cuba menafikan. Akhirnya benci menjadi rindu.
Pelakon : Nabil, Puteri Sarah Liyana, Qazem Nor, Zizan dan Faizal Tahir.

EVOLUSI KL DRIFT – 2 September, 1.30 tghari
File mini memaparkan tentang sebilangan remaja yang masih tercari-cari lagi hala tuju kehidupan serta perubahan dalam kehidupan mereka. Zack (Syamsul Yusof) dan Sham (Farid Kamil) adalah rakan karib dan berkongsi hobi yang sama iaitu meminati bidang perlumbaan kereta ‘drift’. Kelazimannya, hobi ini didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan tradisi itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira menarik dan agresif. Sejarah silam Fasha telah mendorong Zack lebih mengambil berat dan bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Zack akan menghalang Fasha daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat. Dalam pada itu, tanpa disangka, Sham telah jatuh hati kepada Fasha tetapi terpaksa diketepikan perasaan itu kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack. Joe dan Karl pula berasa tercabar apabila Zack telah menghalang mereka untuk mengkhayalkan anak-anak muda untuk meminati bidang lumba kereta ‘drift’. Bagi menyelesaikan masalah antara Zack dan Joe, mereka telah membuat keputusan untuk berlumba bagi mengekspresikan keegoan masing-masing.
Pelakon : Syamsul Yusof, Fasha Sandha, Farid Kamil, Aaron Aziz, Iqram Dinzly & Diana Danielle.

EVOLUSI KL DRIFT 2 – 2 September, 1.30 tghari
Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack kini merupakan pelumba “Drifter” profesional. Kemalangan yang dialami Sham tahun lalu membuatkan dia bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bernama Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya cemburu dengan kehebatan Zack di litar lumba. Sementara itu, Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery, orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe. Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini?
Pelakon : Syamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Fasha Sandha, Scha, Shaheizy Sam, Hetty Sarlene, Remy Ishak.

PISAU CUKUR – 4 September, 1.30 tghari
Filem ini mengisahkan tentang dua orang gadis mata duitan iaitu Bella (Maya Karin) dan Intan Mastura (Nur Fazura). Memegang motto “kalau tidak berduit, saya takkan pandang” mereka bercuti di sebuah kapal pelayaran mewah, Putri Duyung untuk mengumpan lelaki kaya. Bella mendampingi Dato’ Hisham yang kematian isteri. Sementara Intan menggunakan Faqir dalam mencapai hasratnya. Dia telah memujuk lelaki itu belajar tarian ballroom untuk menjadi pasangannya. Intan juga telah membantu penyiasat peribadi, Ari untuk menyelesaikan misteri pembunuhan Datuk Zakaria. Mereka berjaya membongkar rahsia suspek pembunuhan itu yang terdiri daripada ketiga-tiga isteri Zakaria dan dua anaknya. Apakah rahsia tersebut? Dan adakah Bella dan Intan berjaya mencapai impian mereka memerangkap lelaki kaya dan mengikis harta mereka?
Pelakon : Maya Karin, Nur Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Dato’ Rahim Razali, Khatijah Tan, Umie Aida, Sharifah Sofia, Liyana Jasmay.


PROGRAM MAJALAH TV9
Ketupat Rendang Kopi O – 30 Ogos hingga 4 September, 8.00 pagi
Ketupat Rendang Kopi O gamat dengan kehadiran selebriti popular tanah air pada Hari Raya ini! Disiarkan secara langsung bermula hari raya pertama, ramai artis serta kenamaan terkenal seperti Ana Rafali, Intan Ladyana, David Teoh, Sham Kamikaze dan Kenchana Dewi akan bertandang ke studio untuk menjamu selera di samping membincangkan pelbagai topik-topik hangat bersama hos-hos rancangan popular ini. Bukan mereka sahaja, malah pasangan kembar tercomel Malaysia, Upin & Ipin juga ada! Pastikan Ketupat Rendang Kopi O menjadi pilihan anda untuk memulakan keceriaan Hari Raya Aidilfitri.

Raya Pertamaku – 30 Ogos, 11.30 pagi
Mari kita saksikan pengalaman pasangan selebriti Sazzy Falak dan Nadzril Idrus yang pertama kali menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai ibu dan bapa kepada anak kembar mereka iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose. Pasti Syawal ini lebih bermakna dan meriah buat mereka sekeluarga.

Beautiful Places – 1 September, 10.00 malam
Ikuti Syarifah Nur melancong ke tempat-tempat paling indah di seluruh dunia melalui dokumentari mingguan ini. Bukan sahaja akan anda terpegun dengan keindahannya, malah anda juga dapat menyaksikan betapa kuatnya pengaruh Islam di negara-negara seperti Turki, Mesir, Indonesia, India dan China. Selami juga komuniti Islam di sana yang kaya dengan adat resam, sejarah, makanan, muzik dan seni.

AQ5 di Bumi Anbiya – 3 September, 10.00 pagi
Empat finalis Akademi Al-Quran Musim Kelima menjelajahi bumi Anbia Madinah dan Mekah bagi menjejaki peristiwa dan tinggalan Nabi Muhammad SAW. Setiap tempat yang dilawati akan disertai dengan ayat Al-Quran yang menceritakan sejarah dan kaitannya dengan masa kini.

Halaqah Sentuhan Qalbu Edisi Lebaran
“Agungnya Fitrah” – 2 September, 11.30 pagi

Kupasan menarik untuk penonton memahami dan merasai dengan hati tentang makna dan semangat sebenar Hari Raya Aidilfitri. Dalam episod menarik, “Agungnya Fitrah” yang disampaikan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian lebih dokus kepada pengertian, kefahaman, hubung kait fitrah dari ramadhan hingga adil fitri dalam konteks kehidupan umat Islam.

Lagu Raya Untuk Aizat – 1 September, 11.00 malam
Berkisar kepada perjalanan dan aktiviti seni serta pembabitan Aizat Amdan dalam aktiviti sosial (di rumah kebajikan Down Syndrome) yang akan memberikan inspirasi khususnya kepada golongan muda untuk melakar kejayaan dalam apa jua bidang termasuk seni.

Saffiya Eid Ul Fitr… Istanbul – 11 September, 6.00 petang
Pengacara Saffiya, Liyana Hisham, ke Turki untuk menyambut Hari Raya penuh mulia ini. Pelajari bagaimana wanita-wanita moden Islam di Turki menjalani kehidupan harian mereka sambil terus menghidupkan aspek dan kepercayaan Islam.

Program Variasi TV9 Sempena Aidilfitri 2011

Apa Saja FBI Beraya – 30 & 31 Ogos, 11.00 malam
Apa Saja FBI kali ini akan berpuasa dan beraya di Indonesia. FBI akan menyelami kelainan berpuasa dan beraya di seberang. Pelbagai kisah lucu yang terjadi semasa FBI di sana dan FBI ditemani oleh artis jemputan Nidji. Saksikan gelagat lucu Faizal Ismail yang akan membuatkan anda tidak kering gusi!

Galaksi Raya 2011 – 2 September, 9.00 malam
Rakaman Galaksi Raya telah berlangsung di Menara Kuala Lumpur yang mempunyai suasana rumah-rumah tradisional pelbagai negeri yang terletak di situ. Kemunculan artis-artis popular seperti kumpulan lawak Sepah, Enot, Ifa Raziah, Fida, Kumpulan indie Awan Band, gitaris lagenda popular Rosli Mohalim bersama anaknya seorang pelapis generasi hero gitar tempatan iaitu Afiq, Didie Alias, Ida Moin, dan Kilafairy telah menggamatkan suasana dengan keletah spontan dan lucu mereka. Pengacara Galaksi Ikhwan Hot FM tidak ketinggalan turut tampil mengendalikan program ini. Tarikan Galaksi Raya bukan sekadar itu, malah seperti kelazimannya dipadatkan lagi dengan paparan berita dan cerita sensasi. Eksklusif di program ini ialah rakaman detik-detik terakhir keadaan penyanyi era 60an Hasnah Harun sehari sebelum beliau dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi I.C.U dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Rakaman eksklusif ini dilakukan ketika majlis tahlil di rumah keluarga allahyarhamah di Johor Bahru.

Ada Bran? – 4 September, 5.30 petang
Ada Bran? merupakan sebuah rancangan yang mencabar orang ramai yang ingin mendapatkan duit. Rancangan ini penuh dengan dengan aksi fizikal dan gelagat lucu peserta. Pengacara, Alif Satar, akan bertanya pada orang ramai secara rawak “Siapa yang ingin mendapat duit?”. Peserta akan dibawa ke satu tempat untuk diberitahu tugasan dan berapa harga tugasan tersebut. Selain orang ramai terdapat penampilan istimewa dari artis popular tanahair seperti Tomok, Faizal Tahir, Saiful Apek, Fizo Omar, Wan Sharmilla, Shahz Jaszle dan ramai lagi! Kepada yang berani menyahut cabaran pasti akan masyuk… dengan duit.


Program Kids TV9 Sempena Aidilfitri 2011
Upin & Ipin : Rindu Opah – 29 Ogos 2011, 7.00malam
Upin & Ipin begitu bersemangat untuk menyambut kedatangan Syawal. Akan tetapi, tahun ini mereka akan beraya tanpa insan yang amat mereka sayangi. Apa yang akan berlaku pada Upin & Ipin? Bagaimana mereka menyambut Syawal pada tahun ini?

Chalkzone: The Big Blowout – 30 Ogos, 4.00 petang
Chalkzone: The Big Blowout akan menemui adik-adik pada Raya Pertama ini jam 4 petang di mana adik-adik dapat mengenali Ruby Tabotie, seorang kanak-kanak biasa namun dengan sebatang kapur ajaib, dia boleh memasuki ke dunia fantasi Chalkzone. Dalam dunia tersebut segala benda yang terconteng dan terpadam akan muncul sebagai benda hidup. Apakah benda atau makhluk yang akan muncul dalam Chalkzone bersama Ruby?

My Life as a Teenage Robot – 31 Ogos, 4.00 petang
Apabila anda adalah robot pada luaran tetapi seorang remaja biasa di jiwa, hidup seringkali menjadi tidak adil. Jenny atau XJ9 sudah letih dan penat untuk mengawasi Bumi. Dia lebih rela membuat aktiviti menarik seperti mengikuti perkembangan artis pop, membaca majalah remaja dan meluangkan masa bersama rakan-rakannya, Brad dan Tuck. Jika anda rasa hidup sebagai remaja adalah susah, cuba jadi 6 kaki dan diperbuat dari besi. Adakah Jenny akan dapat membahagikan masa untuk menyelamatkan dunia dan menghadiri prom?

iCarly: iGo to Japan – 1 September, 4.00 petang
Carly, Sam dan Freddie menerima satu jemputan ke majlis anugerah iWeb di Jepun apabila laman web iCarly dinominasikan untuk kategori komedi terbaik. Walaubagaimanapun, Puan Bendson tidak membenarkan anaknya, Freddie, untuk pergi sendirian, lalu dia dah Spencer ikut serta. Bayaran penerbangan hanya diberikan kepada krew iCarly, jadi Spencer dan Puan Benson telah mencari tranportasi yang lain iaitu satu kapal terbang yang akan dibawa oleg Freightdog dan diisi dengan opossi. Apabila kapal terbang itu tiba-tiba hendak mendarat di Korea, mereka telah terjun keluar dengan payung terjun.

Go, Diego, Go!: Tuga Helps the Moon – 2 September, 4.00 petang
Rancangan kartun ini akan menyaksikan hero dan penyu, Luna, mencari sebahagian dari bulan untuk memastikan dia dapat pulang ke rumahnya.

Spongebob Squarepants: Truth or Square – 3 September, 4.00 petang
Krusty Krab menyambut ulangtahunnya yang ke-117! Spongebob, Patrick, Squidward dan Mr. Krabs telah terkunci di dalam peti ais sebelum mempunyai peluang untuk menyambut ulangtahun itu. Semasa mencuba untuk cari jalan keluar dari peti ais itu, mereka telah mengingati kembali peristiwa-peristiwa manis yang pernah mereka lalui bersama. Sementara itu, Plankton mencari peluang untuk mencuri formula dan resepi rahsia Krabby Patty. Kita akan dapat melihat Spongebob ketika bayi, iklan pertama Krusty Krab, bagaimana Spongebob pertama kali menemui rumah nenasnya, Spongebob dan Sandy berkahwin dan Krabby Patty pertama Spongebob ketika ibunya masih mengandung.

Spongebob Squarepants: WhoBob WhatPants – 4 September, 4.00 petang
SpongeBob WhoBob WhatPants dan bergelak tawa dengan aksi dan keletah Spongebob pada jam 4.00 petang. Spongebob ingin menghabiskan masa bersama teman-temannya. Malangnya apabila semua orang mula melihatnya sebagai seseorang yang berperangai pelik, dia berkemas dan merancang untuk meninggalkan Bikini Bottom selamanya. Apakah yang mengganggu Spongebob sehingga terpaksa meninggalkan tempat asalnya itu?

PROGRAM TV RAYA (TV3)


SALAM SYAWAL TV3

VARIASI:
Sampaikan Merdeka Raya –
Menjelang Raya, 29 Ogos, 11.00malam

Program istimewa berbentuk hiburan berinteraktif menjelang Hari Raya dan Hari Merdeka ini memaparkan ucapan dan pesanan musim perayaan diselangi dengan persembahan nyanyian daripada artis-artis popular tanahair. Penonton boleh mendedikasikan lagu-lagu raya kegemaran dan ucapan raya menerusi kad raya dan mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang tersayang menerusi program ini yang bersiaran di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru), Petaling Jaya.
Artis-artis jemputan: Shiha, Black, Jaclyn Victor, Awie Rafael, Mila, Desiree, Aizat, Alyah, Nubhan…
Pengacara: Wahid, Nabil, Usop Wilcha, AG HOT FM, Sharifah Shakina

VARIASI: Fuhhh! Merdeka Raya –
Raya Kedua (Rabu), 31 Ogos , 11.00malam

Bersempena dengan sambutan dua perayaan yang cukup istimewa iaitu Hari Kemerdekaan ke 54 yang jatuh pada Hari Raya Kedua, program hiburan sensasi, FUHHH! meraikannya dengan konsep jamuan makan BBQ. FUHHH! MERDEKA RAYA yang dihoskan oleh Awal Ashaari menampilkan Datuk Aziz Satar, Pak Kuswadinata, Fizz Fairuz, Saiful Apek, Johan As’ari, Miera Liyana, Eidil Putra dan adik Mia Sara Nasuha berkongsi nostalgia mereka sewaktu menyambut Hari Kemerdekaan dan persiapan untuk Hari Raya menerusi segmen ‘Fesyen Raya’, ‘Info Raya’, ‘Aktiviti Artis-artis semasa Raya’ dan ‘Selongkar Raya’. Turut dipaparkan kisah balu-balu artis seperti balu Allahyarham Ustaz Asri dan Allahyarham Azahari yang kini tabah menjalani hidup tanpa suami tersayang di sisi mereka.

VARIASI: Siapa Terhebat? –
Raya Ketiga, 1 September (Khamis), 7.00malam

Sebuah program gameshow variasi yang penuh dengan aksi fizikal dan gelagat lucu selebriti-selebriti tanahair untuk menentukan siapa yang lebih hebat? Antara segmen yang dipaparkan ialah ‘Ambik Kau”, ‘Em… Sedapnya’, ‘Extreme Make Over’ dan ‘Kuih Raya’. Saksikan persaingan sengit antara pasukan A yang terdiri daripada Eira Syazira, Izara Aishah, Faradhiya dengan pasukan B yang dianggotai oleh Almy Nadia, Izreen Azminda dan Farah Asyikin. Dihoskan oleh Harun Salim Bachik.

VARIASI: Melodi Raya Episod 1 –
Raya Keenam, 4 September. 12.30tengahari

Sentiasa hangat dengan isu-isu sensasi, program hiburan paling popular, MELODI meraikan artis-artis lama dan baru serta para penggiat seni di industri hiburan dengan dua episod khas dalam MELODI RAYA 2011. Tampil dengan konsep ‘3 Dimensi’ yang dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, komedi dan temubual sensasi, saksikan persembahan hebat daripada Hattan, Kumpulan Senario, Yassin, Kumpulan Sepah, Alyah, Datuk M. Nasir, Hafiz, Kumpulan Nasyid Mirwarna, Fauziah Latif, Black dan Awie Rafael. Dihoskan oleh Zizan dan Dira Abu Zahar.

VARIASI: Melodi Raya Episod 2 –
Raya Ke-13, 11 September (Ahad), 12.30tengahari

Memaparkan sesi temu bual sensasi yang dikendalikan oleh Wahid Senario dan Dira Abu Zahar bersama 2 pengacara jemputan yang bukan calang-calang orangnya iaitu Raja Azura dan Sharifah Shahira. Ikuti luahan hati Natasha Hudson dan Maria Farida dalam segmen ‘Artis Ibu Tunggal”. Segmen S.A.M.A.N (Selesai Apa Masalah Artis Negara) pula memberi peluang kepada Kumpulan Meet Uncle Hussain bersama bekas vokalis mereka, Azlan The Typewriter, Iqram Dinzly dan Arja Lee serta Syamsul Yusof dan Farid Kamil untuk mengubah persepsi penonton terhadap masalah atau gosip yang telah mencalar imej mereka sebagai anak seni. Apakah mereka akan mencurahkan isi hati tanpa berselindung? Pastikan anda menonton Melodi Raya episod 2 untuk mengetahui kesimpulannya.

VARIASI: Jangan Tidur Lagi Raya
Raya Keenam, 4 September, 11.00malam

Menampilkan artis-artis popular seperti Fasha Sanda, Aizat dan seniman veteran Datuk A. Rahman Hassan untuk berkongsi pengalaman dalam topik “3 Generasi Raya”. Jangan Tidur Lagi Raya bakal menyaksikan celoteh pengacara cilik, adik Najwa dan Aidil di samping Adlin Aman Ramli dan Cat Farish. Segmen Skuad JTL memaparkan lawatan artis-artis jemputan melawat ke pesakit kecil yang menghidap sakit jantung, budak cacat sejak lahir dan rumah orang-orang tua. Selain itu, para penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan magik oleh ahli silap mata, Shahril dan persembahan istimewa Aizat berduet bersama Datuk A. Rahman Hassan.

VARIASI: Mentor Raya
Raya ke-13, 11 September (Ahad), 9.00malam

Saksikan persembahan istimewa dan telatah mencuit hati oleh barisan protege dan sifu dari Mentor 5 iaitu Salma & Erra Fazira, Shiha & Datuk Sharifah Aini, Iqa, Aiman, Ayish & Noh Hujan serta Ratnah & Afdlin Shauki yang tampil menggegarkan pentas yang dihias indah dan penuh bercahaya rekaan khas sempena Mentor Raya. Istimewa kali ini, sifu kesayangan ramai Mas Idayu turut tampil berkongsi kemeriahan, di samping ikon Mentor yang cukup popular, Black yang hadir sebagai pelengkap majlis yang santai dan padat denga elemen hiburan. Dihoskan oleh Ally Iskandar.

VARIASI: Kamilah Juara
Raya Kedua, 31 Ogos, 7.00malam

Menghimpunkan nama-nama yang pernah bersinar di pentas Anugerah Juara Lagu seperti Ramlah Ram, Jacyln Victor, Ezlynn, Black, Zahid, Aizat, Ana Raffali, Rahmat Mega dan Farahwahida. Mereka akan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang masing-masing diketuai oleh Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang ditetapkan. Tugasan pertama yang perlu disempurnakan oleh tiga pasukan masing-masing termasuk memotong daging, memproses ayam dan memproses kerepek ubi. Selepas itu, mereka perlu menyediakan hidangan seperti nasi beriyani, ayam masak merah dan dalca daging untuk Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong.

MUZIKAL: Sedetik Muzik
Raya Kelima, 3 September, 5.00petang

Dihoskan oleh Fara Fauzana, konsert ini menggandingkan 5 orang artis dari 2 generasi lama dan baru yang bakal mengegarkan pentas seperti Shyla Amzah, Azlan (The Typewriter), Datuk M. Nasir, Datuk Khadijah Ibrahim dan Black. Antara lagu-lagu yang didendangkan ialah Halaman Asmara (Shyla Amzah & Azlan The Typewriter), Raikan Cinta (Datuk M. Nasir), Doa Buat Kekasih (Datuk Khadijah Ibrahim & Azlan The Typewriter), medley Indah Di Hari Raya / Hari Mulia (Shyla Amzah), medley Srikandi Cintaku / Mentera Semerah Padi/ Lagu Jiwa Lagu Cinta (Datuk M. Nasir & Black), medley Ada Jiwa / Kelibat Si Penyair (Azlan The Typewriter), Ku Gembira Di Samping Mu (Datuk Khadijah Ibrahim), Leia (Black) dan medley lagu raya Lebaran / Aidilfitri oleh semua artis.

MUZIKAL: 3 Gegaran
Raya Keenam, 4 September, 5.00petang

Menampilkan tiga kumpulan rock lagenda seperti May, Lefthanded dan XPDC dalam sebuah konsert yang akan membawa para penonton mengimbau kembali zaman kegemilangan rock kapak dengan lagu-lagu hits, klip dan footage yang penuh nostalgia ! Antara lagu-lagu yang dibawakan oleh Mus (May), Nash (Lefthanded) dan Mael (XPDC) selaku vokalis ialah “Selandang Merdeka’, ‘Debunga Wangi’, ‘Hakikat Perjuangan’, medley “Dari Kacamata” / “Pelayaran”, “Cintamu Mekar Di Hati”, “Sinar”, medley “Ku Di Halaman Rindu”, “Tiada Lagi Kidungmu”, medley “Semangat Yang Hilang”, “Apa Nak Dikata” dan “Talam Dua Muka” dan “Hidup Bersama”.

MAJALAH: Istimewa Majalah Tiga ‘Banzai Raya’
27 Ogos, 9.00malam

Menyingkap kembali kenangan generasi lama tentang suasana Tanah Melayu menyambut Hari Raya semasa zaman penjajahan Jepun. Bagaimanakah cara pengisytiharan Hari Raya pada ketika itu apabila hanya radio yang menjadi medium komunikasi utama pada zaman tersebut? Saksikan episod khas sempena Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri di Majalah 3.

MAJALAH: Istimewa Jejak Rasul
Menjelang Raya, 29 Ogos, 11.00pagi

Episod khas selama 60minit ini memaparkan persiapan masyarakat Muslim di Moscow dan Crimea dalam menyambut Hari Raya. Berlatarbelakangkan lanskap dan seni bina di bandar Moscow dan Crimea, Jejak Rasul episod khas merungkai budaya, sejarah dan adat resam masyarakat Muslim dan menghayati keindahan sinar bulan Syawal di bumi bekas jajahan komunis.

MAJALAH: Istimewa Malaysia Hari Ini
Raya Pertama & Kedua, 30 & 31 Ogos, 6.30pagi

Ayuh, ikuti edisi istimewa Malaysia Hari Ini Raya bersama pengacara Ally Iskandar, Abby Fana dan Mohd Zuklifli (MZul) sambil bermesra dengan artis-artis jemputan ternama tanahair. Kemeriahan Aidilfitri diraikan bersama penonton melalui segmen ‘Sembang Pagi Raya’, ‘Lelong Malam Raya’, ‘Bertugas Di Hari Raya’ dan ‘Salam Perantauan’. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan duit raya dengan menyertai kuiz filem dan drama raya di TV3.

MAJALAH: Inilah Rayaku
Raya Pertama, 30 Ogos, 1.00tengahari

Bagaimanakah keadaan apabila si kecil yang menentukan baju dan kasut baru, perhiasan rumah dan kuih raya ketika membeli belah untuk persiapan Hari Raya? Apabila kanak-kanak diberikan peluang untuk berimaginasi sambutan hari raya yang diinginkan tanpa sebarang pengaruh ibu bapa, apakah yang akan mereka berbelanja berdasarkan peruntukan wang yang diberikan. Ayuh! Mari saksikan kesungguhan mereka untuk merealisasikan impian Hari Raya menerusi program ini.

MAJALAH: Takbir Kembali
Raya Ketiga, 1 September, 1.00tengahari

Program 30 minit mengenai kehidupan bekas penagih dadah tegar lebih 20 tahun yang kini telah bebas dari dadah. Selama 20 tahun, individu tersebut tidak berpeluang menghayati Hari Raya dan Takbir Raya tidak membawa sebarang erti kepadanya. Teguran bekas guru sekolah telah menyedarkannya dan dia telah berubah pada usia 45 tahun. Kini, beliau menjadi seorang yang dihormati kerana menjaga anak-anak pelacur dan penagih dadah di Chow Kit dan menolong mereka yang memerlukan panduan untuk kembali ke pangkal jalan.

MAJALAH: Raya Bapa Merdeka
Raya Kedua, 31 Ogos, 1.00tengahari.

Mengimbas kembali detik bersejarah dalam perjalanan hidup Bapa Kemerdekaan, Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman bermula 1 April 1957 iaitu permulaan puasa sehingga tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957. Bagaimana sambutan dan persiapan beliau di Hari Raya ketika negara bersiap sedia untuk merdeka pada 31 Ogos 1957? Rakaman dijalankan di sekitar Rumah Merdeka, Makam Diraja Langgar Kedah Darul Aman, Masjid Jamek Alam Shah, Memorial Tunku Abdul Rahman dan Arkib Negara Malaysia.

MAJALAH: Di Bawah Rimbunan Madrasah
Raya Keempat, 2 September, 1.00tengahari

Mengikuti kisah hidup dan perjuangan seorang mualaf solehah, Hajah Aesya Scott Abdullah yang berasal dari England. Beliau telah memeluk Islam pada usia 13 tahun dan suka menghafal hadith sejak kecil. Bersama suaminya Hajah Aesya telah membina sebuah madrasah di Kuala Kubu Bahru yang pernah dikunjungi oleh ulama, sasterawan dari luar negara seperti Mufti Myanmar, Penulis Iran dan Penyair Indonesia.

MAJALAH: Al Hidayah Raya
Raya Keempat, 2 September, 1.30tengahari

Menampilkan cara hidup masyarakat Islam khususnya wanita sebagai ‘role model’ kepada masyarakat lain. Al Hidayah Aidilfitri menampilkan kehidupan seorang wanita yang berasal dari Abu Dhabi, Marwa Libya di mana keutamaan mereka menjalankan tuntutan ibadah di samping menjalani kehidupan moden dengan cara hidup Islam sejati.

MAJALAH: Al Kuliyyah Aidilfitri
Raya Keempat, 2 September, 5.00petang

Bersama dua panelis, YBhg. Ustaz Haji Mohd Shukri Haji Ali, Pegawai Agama Istana Terengganu dan Ybhg Ustaz Kamaruddin Omar, Pegawai Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu untuk membincangkan topik ‘Remeh Temeh Aidilfitri’ mengenai perkara remeh yang berlaku dalam sambutan Aidilfitri seperti pulang kampung dengan tergesa-gesa, melupakan ibadah kerana terlalu gembira menyambut Syawal dan lain-lain.

MAJALAH: Nona Raya
Raya Keenam, 4 September, 2.00petang

Edisi istimewa sempena sambutan Syawal, saksikan gandingan bekas perantara Nona, Datin Seri Normala Samsudin bersama Vanidah Imran meraikan sambutan Aidilfitri di kediaman ibu Normala Samsudin yang terletak di Segamat. Antara tetamu istimewa yang diraikan dalam Nona Raya ialah primadona filem Melayu Datuk Maria Menado, Datin Rosnani Jamil, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan bersama kelahiran keluarga baru iaitu cucu sulungnya, keluarga besar Sofea Ibrahim dan Datuk Khadijah Ibrahim. Paling istimewa, Nona turut berpeluang menyelami luahan rasa Normala Samsudin yang tersentuh jiwa apabila mengimbau kenangan menjelang Aidilfitri.

DRAMEDY: Dari Kedah Ke KL
Raya Pertama, 30 Ogos 2011, 10.00pagi

4 hari sebelum Hari Raya, Zamri mengikuti bosnya untuk bermesyuarat di Kedah. Malangnya, Zamri terpaksa berikhtiar untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana tiket bas telah habis dijual dan tiada teksi yang mahu mengambilnya. Zamri telah berkenalan dengan Khai yang telah membantunya mendapatkan balik dompet yang diseluk. Zamri mempelawa Khai untuk pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama. Sejak itu, ada sahaja masalah yang timbul atas keputusan yang diambil oleh Khai seperti teksi rosak dan dimasukkan lokap kerana tersewa kereta curi. Zamri mempersalahkan Khai dan mula menganggapnya sebagai beban kerana dia semakin terdesak untuk pulang ke Kuala Lumpur supaya dapat beraya bersama keluarganya. Tanpa pengetahuan Zamri, sebenarnya Khai ialah seorang pesakit skizofrenia (schizophrenic) yang hidup sebatang kara di dunia ini.
Pelakon: Jep Sepah, Achong, Tiz Zaqyah, Kazar, adik Mia Sara Nasuha.

DRAMEDY: Senario Raya Hero Cilik
Raya Keempat, 2 September, 11.00malam

Haikal ialah seorang budak lelaki berusia 8 tahun yang banyak bercakap dan nakal. Oleh itu, ibu bapanya menghantar Haikal pulang ke kampung bersama datuknya apabila tibu cuti sekolah menjelang raya. Haikal sengaja menimbulkan pelbagai masalah dengan harapan akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur. Namun datuknya ialah orang yang sangat penyabar. Tiada siapa yang sudi berkawan dengan Haikal kecuali Ujang yang sebaya dengannya. Orang kampung tidak sedar yang Karim dan Karam ialah pencuri yang sering mencuri harta benda orang-orang kampung kerana mereka pandai menyembunyikan kejahatan dengan berpura-pura baik. Apabila Pak Jamil yang kaya dan kedekut memberitahu Karim dan Karam bahawa dia akan ke rumah saudaranya, mereka berdua telah mulakan rancangan jahat. Secara kebetulan, perbualan mereka didengari oleh Haikal dan Ujang. Bermulalah misi Haikal dan Ujang untuk menyelamatkan rumah Pak Jamil daripada rompakan Karim dan Karam. Berjayakah dua cilik itu melaksanakan misi mereka?
Pelakon: adik Izuan Fitri, Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet, Wahid, Sharifah Shahira, Ijoy.

DRAMEDY: Kopi Susu Kopi O
Raya Kelima, 3 September, 11.00malam

Mengisahkan tentang 2 pemilik restoran, Janda dan Duda yang sering bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Restoran Janda sering dikunjungi oleh ramai pelanggan lelaki manakala restoran Duda pula ramai pelanggan wanita. Mereka gemar mengemas kini status akaun “Twitter” pada masa lapang. Janda tidak sedar bahawa salah seorang kenalan di Twitter yang disukainya ialah anak kepada Duda. Suatu hari, restoran Janda disabotaj dan Duda dipersalahkan. Duda berazam membantu Janda untuk mencari siapakah dalang di sebalik sabotaj tersebut untuk membersihkan namanya. Akhirnya, Janda menyedari cinta daripada Duda dan mereka telah berbaik-baik sejak hari itu. Maka, lahirlah Café Jandud atas cinta mereka.
Pelakon: Ebby Yus, Ziela Bakarin, Misha Omar, Azad Jasmin, Zed Zaidi, Sobri Anuar & Irma Hasmie.

SKRIN RAYA: Duyung
Minggu Raya Pertama, 2.00petang

Duyung merupakan filem komedi fantasi romantik menceritakan tentang Jimmy yang merupakan pencinta alam sekitar. Dia tinggal di perkampungan nelayan menghabiskan masa seharian mengutip sampah untuk memelihara kebersihan perkampungan tersebut. Dia percaya kisah lagenda dahulu kala yang diceritakan oleh ibunya, bahawa jika persekitaran bersih, duyung akan muncul. Adakah kepercayaan tersebut benar? Dapatkah dia bertemu dengan duyung seperti yang diimpikannya itu?
Pelakon: Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani, Awie, Yassin Yahya.

SKRIN RAYA:Jin Notti
Minggu Raya Pertama, 3.00petang

Notti merupakan seorang gadis jin berusia 17 tahun yang sangat baik, lembut dan jujur. Dikenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara selama beratus tahun, Notti kemudiannya dihantar turun ke dunia oleh Majlis Penghakiman Jin. Di dunia, Notti dikehendaki melakukan kejahatan dan harus melepasi skala kejahatan bagi membolehkannya bebas daripada hukuman. Sepanjang berada di dunia, Notti telah memasuki tiga tubuh manusia iaitu Ruby (gadis punk), Y’vonne (Perempuan berbangsa Cina) dan Sharifah (peguam). Bagaimana pun, ketika menjalani hukuman, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Aziz.
Pelakon: Mawi, Fara Fauzana, Cat Farish, Corie, Bob Lokman, Adibah Noor, Acappan, Hafidzuddin Fazli, Sazzy Falak, Sheila Mambo, Betty Banafe

SKRIN RAYA:Senario Ep 1
Minggu Raya Pertama, 2.00petang

Filem ini mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi bintang. Mazlan, Azlee dan Wahid datang dari kampung dan negeri yang berbeza. Tujuan mereka hanya satu iaitu menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal tanah air. Malangnya, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut. Paling mengharukan apabila tibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka telah ditangkap pihak polis kerana wajah mereka saling tak tumpah dengan wajah kumpulan perompak bersiri yang menjadi buruan pihak polis. Mereka amat bimbang kerana uji bakat semakin hampir sedangkan mereka masih lagi di lokap. Persiapan persembahan masih lagi belum dilakukan. Apabila mereka dibebaskan, bermacam-macam lagi halangan menanti seperti tidak membenarkan mereka menghadiri uji bakat tersebut. Namun berkat kesabaran dan ketabahan mereka mengejar cita-cita, mereka berjaya sampai ke tempat uji bakat.
Pelakon: Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet, Wahid, Fauziah Nawi, Piee, Zaibo, Osman Kering, Zul Huzaimi, Julia Hana, Zaidi Omar, Ropi Cecupak, Shamsul Ghau Ghau.

SKRIN RAYA: Syurga Cinta
Minggu Raya Pertama, 2.00petang

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Disebabkan terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut ialah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Berjayakah Irham mencuri hati Syuhadah dan menangani perasaan kasih yang sudah mula timbul? Apa pula reaksi Syuhadah setelah mengetahui yang Irham hanya berpura-pura mencintainya?
Pelakon: Awal Ashaari, Heliza Helmi, Adik Hadziq, Vincent Kok, Razif Zin.

SKRIN RAYA: Kecoh Betul
Minggu Raya Pertama, 2.00petang

Sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota. Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.
Pelakon: Saiful Apek, Nabil, Diana Danielle, Yatt, Datuk Aziz Sattar, Nasrizal Ngasri, Fauziah Nawi.

FILEM RAYA: Susuk
Minggu Raya Pertama, 5.00petang

Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain… Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.
Pelakon: Ida Nerina, Diana Rafar, Noorkhiriah, Tengku Marina Tengku Ariffin, Adlin Aman Ramlie, Aleeza Kassim, Hairie Othman, Sofia Jane, Liza Othman.

FILEM RAYA: Jangan Pandang Belakang Congkak
Minggu Raya Pertama, 5.00petang

Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika. Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu ialah sakanya.
Pelakon: Sam Shaheizy, Cat Farish, Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Piee, Den Wahab, Belalang, Dina, Zarina, Mas Muharni.

FILEM RAYA: Momok The Movie
Minggu Raya Pertama, 5.00petang

Adlin yang bekerja di Kuala Terengganu, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Kuala Terengganu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya. Selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku!
Pelakon: Abon, Aziz Satar, Faizal Ramli, Nabil.

FILEM RAYA: Brainscan 21
Minggu Raya Pertama, 6.00petang

Kisah bermula apabila Dr.Suzana di bawah seliaan Prof. Dr. Taib Siron berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia. Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat dan orang kanannya Kupan telah mencuri BS21 dari makmal Dr. Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim, pengawal keselamatan makmal tersebut. Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati oleh pemakainya.
Pelakon: Nik Adruce, Erin Malek, Eric Fuzi, Faten, Sharifah Shahirah, Cat Farish, Bob (KU2) @ Kuman, M. Rajoli, Zul Yahya.

FILEM RAYA:Ladyboss
Minggu Raya Pertama, 6.00petang

Sheila, anak kepada seorang usahawan terkenal Datuk Yusry merupakan seorang yang bersikap ego tanpa mengira masa dan tempat. Sheila menguruskan perniagaan bapanya dengan cekap tetapi sering membelakangkan nilai kemanusiaan dan terlalu tegas dalam menjalankan kerjanya. Kewibawaannya tercabar dengan kehadiran seorang pemuda bernama Saiful kerana lelaki itu peramah, kelakar, jujur serta bersikap sederhana. Sepanjang bekerja di syarikat itu, Saiful sering menimbulkan kemarahan Sheila. Saiful terpikat pada gadis bernama Salmi. Datuk Yusry yang cukup menyayangi Sheila bagaimana pun tidak dapat menahan sabarnya apabila melihat anak gadisnya itu bersikap biadap terhadap seorang pengawal keselamatan.
Pelakon: Ning Baizura, Saiful Apek, Erra Fazira, Yusry Abd Halim.

FILEM RAYA: Congkak
Minggu Raya Pertama, 6.00petang

Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya. Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.
Pelakon: Nanu, Riezman Khuzaimi, M.Rajoli, Erin Malek, Erynne Erynna, Ruminah Sidek.

FILEM RAYA: Adnan Sempit
Minggu Raya Pertama, 9.00malam

Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.
Pelakon: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Cat Farish, Julia Hana, Angah, Along Cham.

FILEM RAYA: Zoo
Minggu Raya Pertama, 9.00malam

ZOO merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja. Akhirnya, Lan berjaya mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di Zoo. Lan diperkenalkan kepada Shila. Menurut Shila ramai pengawal telah lari selepas semalaman bekerja kerana mendakwa haiwan-haiwan tersebut boleh bercakap tetapi Shila juga tidak mempercayainya. Lan tidak mempercayai cerita Shila tersebut telah melihat haiwan-haiwan bercakap pada hari pertama rondaannya. Suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik. Lan telah dituduh dan diberikan surat amaran oleh En Din yang termakan hasuran Osman yang tidak menyenangi Lan. Daripada bantuan haiwan-haiwannya, Lan berusaha membuktikan dirinya tidak bersalah.
Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain? Saksikan ZOO untuk mengetahui kesudahannya.
Pelakon: Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Bob Lokman, Azlee Jaafar.

FILEM: 4 Madu
Minggu Raya Pertama, 9.00malam

Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walau pun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus. Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.
Pelakon: Saiful Apek, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Rosnah Mat Aris, Allana Amir, Marsha Londoh, Datuk Rahim Razali, Tengku Iedildzuuhrie.

FILEM RAYA: Nur Kasih The Movie
Minggu Raya Pertama, 9.00malam

Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mengekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia di antara kedua-duanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.
Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Muniff Isa, Sara Ali, Shafie Naswip, adik Mia Sara.

FILEM RAYA: Senario Beach Boys
Minggu Raya Pertama, 9.00malam

Kisah bermula apabila Azli, Wahid, dan Mazlan sampai di jeti dan ketika menaiki feri, dompet mereka telah dicuri. Mereka juga terlanggar tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah yang juga ingin menaiki feri yang sama dan terjadilah perbalahan kecil antara mereka. Setelah sampai di Ariba Ariba Resort alangkah terperanjatnya mereka apabila Ariba Ariba Resort tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Lalu tiga sekawan ini pun berhasrat untuk meninggalkan Ariba Ariba Resort lalu datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri.
Pelakon: Azlee Senario, Mazlan Pet Pet, Wahid Senario, Maria Farida, Mek Siti, Marsha Milan Londoh, Dato’ Jamali Shadat, Riezman Khuzaimi.

TELEMOVIE RAYA: Pusara Di Lebuh Raya,
Raya Pertama, 30 Ogos 2011, 11.00pagi

Hakimi merupakan pemandu bas ekspres telah bernazar ingin membawa ibu bapanya mengerjakan umrah jika mendapat anak setelah 5 tahun menanti. Niatnya sering tertangguh malah ada sahaja masalah kewangan yang dihadapi sehingga anaknya sudah pun menjangkau usia 4 tahun. Kini isterinya, Zuraidah mengandungkan anaknya yang kedua. Hakimi nekad ingin membayar nazarnya dan dalam masa yang sama dia ingin melihat isterinya melahirkan anak dengan keadaan yang sempurna. Hakimi sangat terdesak dan sanggup mengambil kerja separuh masa dan menerima tawaran daripada syarikat bas yang belum mempunyai permit bas yang sah. Atas kelesuan badan, bas yang dipandu oleh Hakimi terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan ramai orang yang terkorban. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Pelakon: Fauzi Nawawi, Lisdawati, Fadilah Mansor, Fazli Daniel, Idris Md Diah, Mak Engku

TELEMOVIE RAYA: Sakura,
Raya Kedua, 31 Ogos 2011, 11.00pagi

Mengisahkan tentang Sakura, seorang gadis Jepun berumur 23 tahun yang merupakan cucu Yamada, bekas tentera Jepun yang pernah bertugas di Malaya ketika Perang Dunia Kedua. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Yamada berpesan kepada Sakura agar mencari satu keluarga di Malaya untuk memohon maaf di atas perlakuan tenteranya di mana mereka telah membunuh satu keluarga tanpa dirancang di sebuah kampung yang hanya dikenali sebagai Gajah. Di Malaysia, Sakura dibantu oleh sebuah agensi pelancongan kepunyaan Aliff. Usaha pencarian mereka di Batu Gajah Perak menemui jalan buntu dan diteruskan di Alor Gajah Melaka pula. Pendedahan oleh D. Rahim, datuk Aliff bahawa keluarga mereka yang menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun menyebabkan Aliff rasa serba salah untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Sakura. Adakah datuknya akan membuka hati untuk memberi kemaafaan kepada Sakura?
Pelakon: Datuk Ahmad Tarmimi, Shahz Jaszle, Megan Tan, Raja Noorbaizura, Diandra Junaidi, Raf Yaakob, Mak Nani

TELEMOVIE RAYA: Janjiku Pada Al Walid,
Raya Ketiga, 1 September 2011, 11.00pagi

Khalid yang telah kematian isteri kini menghidap sakit tua dan hidup bersendirian. Anak lelakinya, Khalifa sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak lelaki, Afiq. Afiq sudah selesa dengan kehidupan modennya sering terlupa akan asal usul dan ajaran Islam. Khalifa yang gagal membimbingnya telah menghantar Afiq ke rumah Khalid. Afiq langsung tidak menghormati datuknya dan melakukan sesuka hati di rumah Khalid. Khalid begitu sedih kerana ketika belajar dia pernah berjanji di malam Khalid Al-Walid untuk berbakti dan mempertahankan kebesaran islam tetapi dia lupa pada janjinya. Oleh itu, sebagai mengotakan janjinya dia mahu memulakannya dengan mengubah cucunya, Afiq.
Pelakon: Eman Manan, Johan As’ari, Rebecca Nur Al-Islam, Eizlan Yusof, Roslan Salleh, Normah Damanhuri

TELEMOVIE RAYA: Ku Petik Dosa,
Raya Keempat, 2 September 2011, 11.00pagi

Aina dan Haris berkahwin pada usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina mengambil keputusan untuk kembali bekerja apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta. Qaseh telah dihantar ke rumah jirannya, Kak Sal. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk bekerja siang dan malam. Suami Kak Sal, Khalid yang terlalu mengikut nafsunya telah menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa kemarahannya terhadap Khalid dan merahsiakan hal tersebut daripada Aina dan Haris. Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam. Kebetulan Aina sedang mengandung anak kedua maka perubahan Qaseh dianggap merajuk dan merasakan dirinya tidak disayangi. Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga dia selalu demam dan akhirnya muntah darah dan pengsan. Aina mengejarkannya ke hospital dan terkejut apabila pihak hospital mengesahkan Qaseh didera dan dirogol.
Pelakon: Fasha Sanda, Fadilah Mansor, Zaidi Omar, Farah Nadia, Fikree Bakar

TELEMOVIE RAYA: Cerekarama: Di Telapak Kaki Bonda,
Raya Kelima, 3 September 2011, 10.00malam

Faizura, seorang pembuat sepatu manik berkelulusan doktor mewarisi kemahiran kaum Peranakan yang unik tersebut daripada ibu teman lelakinya yang merupakan seorang Nyonya, Bibik Lim. Bibik Lim menyayangi Faizura sebagai anak kandung dan telah menurunkan ilmunya tentang cara menyulam manik atas sepatu nyonya kepadanya. Namun, Faizura tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sejak meninggalkan kampung untuk menyambung pelajaran di bandar kerana tidak direstui oleh ibunya, Umi Kalsom. Faizura pada zaman mudanya seorang gadis yang keras kepala dan sangat memberontak. Kini, Faizura telah berubah menjadi seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan nilai-nilai murni. Harapan Faizura untuk memperbaiki hubungannya dengan Umi Kalsom tersimpan dalam sebelah sepatu manik yang disulam ‘Umi’. Apakah doanya akan dimakbulkan?
Pelakon: Diana Daniel, Hansen Lee, Hairie Othman, Sherry Merlis, Nelly, Angelina Tan, Adam Shah, Munif Isa, Izreen Azminda, Shukri Yahya

TELEMOVIE RAYA: Bara Cinta Ramadan,
17 September, 10.00malam

Malik ialah seorang pemandu lori sudah berkahwin dengan Rozita selama 13 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, Amran (12 tahun), Roslina (9 tahun) dan Shafik (8 tahun). Sejak berkahwin, Malik tinggal bersama mertuanya, Arpah di kampung. Arpah tidak sukakan Malik menetap di rumahnya tetapi terpaksa akur dengan keadaan demi cucu-cucunya. Seperti tahun-tahun lepas, apabila Ramadan menjelang, Malik menolak untuk bekerja lebih masa supaya dapat berbuka puasa bersama anak-anak dan membawa keluarga berterawih di masjid. Namun, tindakan Malik tidak disenangi oleh Arpah kerana sudah dua tahun Malik mengambil keputusan seperti itu. Arpah malu kerana sebahagian dari makan minum dia dan Malik sekeluarga ditanggung oleh Shamsuddin, suami kepada adik Rozita. Arpah mula berulang kali menghasut Rozita supaya memaksa Malik mencari duit sebanyak mungkin untuk persediaan 1 Syawal. Justeru itu, Rozita yang sebelum ini terkenal dengan isteri yang amat memahami, mula mendesak Malik.
Pelakon: Zamarul Hisyam, Jasmin Hamid, Fauziah Nawi, Ako Mustapha, Zarina Zanordin