• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

NIKAH KITA BERCINTA (DOWNLOAD)

NIKAH KITA BERCINTA
GENRE: Komedi, Romantik
TARIKH: 27 Februari 2014
MASA: 10 malam di Astro Ria
PENGARAH: Azmir Affandi
PELAKON: Azlee Khairi dan Felixia Yeap sebagai Nur Sherina, Indah AF, Taiyuddin Bakar, Falisha Crossley, Emilie Hanif, Abdul Manan Sulaiman



 DOWNLOAD NIKAH KITA BERCINTA
 BILIONUPLOAD = DOWNLOAD
ZIPPYSHARE = PART1, - PART2 - PART3
 


SINOPSIS NIKAH KITA BERCINTA

Mengisahkan Nur Sharina yang patuh pada ayahnya yang menjodohkan dia dengan pekerja yang disukainya. Mereka bercinta selepas nikah.

NURSE

NURSE
GENRE: Ngeri / Seram
MULA TAYANGAN: 27 Februari 2014
PENGARAH: Doug Aarniokoski
PELAKON: Katrina Bowden, Paz de la Huerta, Corbin Bleu



SINOPSIS NURSE
Sebuah filem seram arahan Dough Aarniokoski ini mengisahkan Abby Russell, seorang jururawat yang berdedikasi dan dipercayai oleh pesakit.

Namun pada waktu malam, Abby menggunakan kecantikan serta seks untuk menggoda lelaki curang. Kemudiannya membunuh mereka dengan kejam dan mendedahkan diri mereka yang sebenar.



Namun apabila seorang jururawat muda mengesyaki aktiviti sebenar Abby, dia perlu mencari jalan untuk membawa mereka yang curang ke muka pengadilan.

MENJINAK OMBAK(1 - 13 TAMAT)

MENJINAK OMBAK(TV3)
PELAKON: Nur Risteena, Fezrul Khan, Chomel Fana, Talha Harith,Ainina Ahmad B,
SLOT: zehra
HARI: setiap malam Jumaat
MASA: 9 MALAM
MULAI:6 Disember
JUMLAH EPISOD : 13
MENGGANTIKAN DRAMA:







 
 DOWNLOAD MENJINAK OMBAK
Menjinak Ombak Episod 01 =DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 02 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 03 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 04 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 05 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 06 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 07 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 08 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 09 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 10 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 11 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 12 = DOWNLOAD
Menjinak Ombak Episod 13 (AKHIR) = DOWNLOAD
kredit: kepalabergetar






SINOPSIS MENJINAK OMBAK(TV3)
Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Tengku Firhad dan Arsyaf. Tengku Farhad merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Arsyaf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Arsyaf sebagai abangnya sendiri.

Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.


Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.

Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.

Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segeran menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!


Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.

Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.

Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat lapuran polis lalu Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Firhad selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Firhad lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.

Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Arysaf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.

Siapakah Tengku Fatah yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan kes pembunuhan Hanani dan Firhad? Berjayakah Tengku Fatah membunuh Asyraf? Berjayakah Firhad menyelamatkan Syakinah yang telah ditikam oleh Tengku Fatah? Bagaimana berakhirnya percintaan Firhad terhadap Syakinah? Teruskan menonton kisah cinta penuh tragedi ‘Menjinak Ombak’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 6 Disember 2013 di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan ‘Menjinak Ombak’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari laman sesawang www.tv3.com.my, Facebook & Twitter TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini.

THE LION MEN




THE LION MEN
GENRE: Komedi
MULA TAYANGAN: 27 Februari 2014
PENGARAH: Jack NeoPELAKON: Wang Wei Liang, Tosh Zhang, Noah Yap, Charlie Goh, Maxi Lim, Chen Tian Wen






SINOPSIS THE LION MEN
Filem arahan Jack Neo ini mengisahkan persaingan antara tiga kumpulan tarian singa di Singapura iaitu Tiger Crane, Storm Riders dan Black Hawk.


Tiger Crane telah keluar dari kumpulan asalnya dan memulakan kumpulan baru iaitu Storm Riders yang mengetengahkan gaya tarian singa baru yang turut dipengaruhi oleh tarian moden seperti hip-hop dan akrobatik. Mereka bukan sahaja bersaing dalam tarian singa, tetapi wushu dan juga cinta tiga segi.


THE BEGGAR HERO

THE BEGGAR HERO
GENRE: Aksi
MULA TAYANGAN: 27 Februari 2014
BAHASA: Mandarin / Cantonese
PENGARAH: Bryan Gao
PELAKON: Wayne Lai, Henry Thia, Ah Nam, Karen Kong




SINOPSIS THE BEGGAR HERO
Filem arahan Bryan Gao ini mengisahkan seorang lelaki bernama Chan Tai Lik (lakonan Wayne Lai) yang mempunyai kemahiran seni pertahanan diri dan sentiasa membantu mereka yang miskin dan lemah daripada dibuli.



Namun ramai yang salah anggap tentang dirinya sebagai ketua peminta sedekah. Selepas menerima tekanan daripada kumpulan gengster, Chan Tai Lik perlu berlawan dan melindungi kekasihnya dan persahabatan yang telah diancam.



AMERICAN HUSTLE



AMERICAN HUSTLE
GENRE: Ngeri / Drama / Sejarah
MULA TAYANGAN: 27 Februari 2014
PENGARAH: David O. RussellPELAKON: Christian Bale, Amy Adams, Bradley Cooper, Jennifer Lawrence, Jeremy Renner, Robert De Niro, Louis C.K., Michael Pena




SINOPSIS AMERICAN HUSTLE
"American Hustle", sebuah filem komedi arahan David O. Russell mengisahkan seorang penyeleweng, Irving Rosenfeld (Christian Bale) dan pasangannya, Sydney Prosser (Amy Adams) dipaksa bekerjasama dengan ejen FBI Richie DiMaso (Bradley Cooper) untuk merancang satu operasi ke atas ahli politik yang menerima rasuah termasuk datuk bandar Camden, New Jersey iaitu Carmine Polito (Jeremy Renner).

AKU AKAN MUNCUL



AKU AKAN MUNCUL
GENRE: Ngeri / Drama
MULA TAYANGAN: 27 Februari 2014
PENGARAH: Krishnan Roy
PELAKON: Julia Ziegler, Musly Ramlee, Jalaluddin Hassan











SINOPSIS AKU AKAN MUNCUL
Filem arahan Krishnan Roy ini mengisahkan tentang sumpahan kesuma yang berlarutan selama puluhan tahun. Ianya berlaku kerana kesuma mahu menjadi wanita paling cantik di kampungnya. Ia dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aiman Hakim, Izara Aishah, Maimon Mutalib, Sheila Mambo, Aida Aris dan ramai lagi.

SAVING MR BANKS



SAVING MR BANKS
GENRE: Drama
MULA TAYANGAN: 20 Februari 2014
PENGEDAR: WALT DISNEY PICTURES
PENGARAH: John Lee Hancock
PELAKON: Tom Hanks, Emma Thompson, Colin Farrell, Paul Giamatti, Jason Schwartzman, B. J. Novak, Ruth Wilson



SINOPSIS SAVING MR BANKS
"Saving Mr. Banks" ialah sebuah filem biografi drama tentang produksi filem popular Walt Disney Studios, "Mary Poppins", pada tahun 1964. Filem ini dibintangi Tom Hanks sebagai Walt Disney dan Emma Thompson sebagai penulis P.L. Travers.


Fokus filem ini ialah hidup Travers, berulang-alik antara 1907, zaman kanak-kanaknya di Queensland, Australia, perundingan dengan Walt Disney dan proses penghasilan Mary Poppins pada era 1960-an.

Semasa Travers berada di California untuk penggambaran, dia terfikir tentang zaman kanak-kanaknya yang sukar di Australia, terutamanya ayah Travers, inspirasi untuk watak ayah dalam cerita tersebut, Mr. Banks.

THE FULL SUN



THE FULL SUN / BEYOND THE CLOUDS
MULA TAYANGAN : 17 February 2014
PELAKON: Yoon Kye-Sang, Han Ji-Hye, Cho Jin-Woong, Kim Yoo-Ri





SINOPSIS THE FULL SUN / BEYOND THE CLOUDS

Jung Se-Ro (Yoon Kye-Sang) telahpun kehilangan bapa dan kehidupannya telah dimusnahkan oleh satu kes pembunuhan di Thailand yang juga terlibat dalam pencurian berlian. Selepas kejadian itu, Jung Se-Ro terpaksa menipu mengenai identitinya. Park Gang-Jae (Cho Jin-Woong) adalah rakan kongsi dalam jenayah dan mereka rapat seperti saudara.

Jung Se-Ro kemudian jatuh cinta dengan seorang wanita yang bernama Han Young-Won. Tunangnya meninggal dunia kerana Jung Se-Ro.





DIARI 3G (TV1)

DIARI 3G (TV1)
MULAI: 24 Februari ,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 3.05 petang di TV1.
JUMLAH EPISOD: 13 episod
SLOT: Cindai.
PELAKON: Mimie Farha, Syamiera Farha, Yaya Maembong, Ieda Moin, Salina Saibi dan Ako Mustafa,




SINOPSIS DIARI 3G (TV1)
Didi, Jaja dan Mimi gembira kerana telah berakhir zaman persekolahan menengah mereka. Tiga sahabat ini telah merancang untuk meraikannya. Masing-masing telah menulis impian mereka di dalam diari yang sememangnya dijadikan simbolik persahabatan mereka. Impian yang tertulis di dalam dari mereka ialah untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi bersama-sama. Namun menjadi sebaliknya, apabila rancangan mereka tidak diterima keluarga. Keluarga masing-masing telah mempunyai perancangan mereka sendiri.

Kisahnya berkembang dengan watak Didi telah disuruh ibubapanya untuk mengambil lesen memandu walaupun Didi mengakui dia punya sifat darah gemuruh. Mimi yang chubby pula telah di suruh Molly mengikuti kelas gym dan diet seimbang biarpun Mimi sebenarnya adalah seorang pemakan. Jaja pula telah di suruh Raikal, abangnya untuk bekerja di restoran sedangkan Jaja langsung tidak berminat dan punya sifat kurang sabar. Akhirnya mereka terpaksa bersetuju biarpun masing-masing sebenarnya tidak sukakannya.

Masing-masing mula merealisasikan apa yang telah ditetapkan oleh keluarga masing-masing. Permulaan yang sukar dan mencabar namun tetap diharungi. Ragam tiga sahabat ini mula kelihatan di mana, Jaja telah bergaduh dengan pelanggan dek kerana sifat kurang sabarnya. Mimi pula tidak dapat terima dirinya yang dipaksa diet, namun tetap curi-curi untuk mengambil makanan ringan. Manakala konflik Didi kelihatan baru bermula. Dia yang terpaksa berhadapan dengan Encik Ben guru memandu yang terlebih memberi perhatian pada dirinya.

Didi menghadapi masalah dengan Encik Ben yang semakin hari, semakin dilihat cuba menguratnya. Didi tidak selesa. Didi mula fobia dan tidak mahu ke kelas memandunya. Atas bantuan kawan-kawannya, masalah Encik Ben dapat diselesaikan.

Jaja telah bergaduh dengan pelanggan restorannya. Pelanggan restoran tersebut mahu melaporkannya kepada Raikal. Jaja yang baran tetap tidak mahu putus asa dan mengaku kalah. Didi dan Mimi mula cari jalan supaya keadaan tidak menjadi keruh. Mereka akhirnya telah menghadiahkan Jaja buku mengawal emosi. Mereka mula memancing Jaja dengan perhitungan yang dibuat. Jaja akan diberi ganjaran shopping kegemarannya jika dia dapat mengawal emosinya dalam masa seminggu sahaja.

Mimi telah jatuh pengsan. Doktor telah memaklumkan mengenai Mimi yang punya masalah kolestrol. Mimi disarankan makan dengan betul dan punya zat. Ini bereti dia terpaksa diet seperti yang dimahukan Molly.

Molly, kakak Mimi telah berkenalan dengan Hadif, lelaki yang jauh lebih muda darinya. Molly jatuh cinta dengan Hadif sehingga membuatnya dia gila bayang. Molly mula buang tabiat, make over dirinya menjadi orang muda supaya dilihat sama taraf dengan Hadif. Semua terkejut dengan perubahan drastik Molly terutama Raikal, abang Jaja yang bermusuh dengannya.

Encik Malek, ayah Didi telah punya teman wanita baru. Didi terasa hati kerana salah satu impiannya adalah untuk melihat kedua ibu bapanya kembali bersama. Akhirnya, Didi disaran kawan-kawan supaya make over kan ibunya Linda supaya Encik Malek jatuh hati semula. Linda yang tahu mengenai kekasih Malek tetap nak bersaing. Rupanya Puan Linda pun berjaya kenal seorang lelaki baru. Didi Redha impian tak jadi kenyataan.

Jaja yang kaki shopping telah menghabiskan wang gajinya untuk pembelian online. Akhirnya Jaja tidak sengaja tergunakan wang restoran. Jaja mula panik untuk menggantikannya dan bimbang Raikal akan dapat tahu.

Didi dan Mimi mula berkenalan dengan Airil yang juga salah seorang pelanggan di gym tempat Didi berlatih. Didi dan Mimi masing-masing jatuh cinta pada Airil. Masing-masing guna cara sendiri untuk memikat Airil. Didi yang tak pernah mendaftar di gym terus dapat buat perkara tersebut. Akhirnya Didi dan Mimi telah bermasam muka kerana rebutkan seorang lelaki…

Molly dikunjungi hadiah dari peminat misteri. Molly yang mula fobia setelah ditipu Hadif dulu mula berhati-hati dan serik. Akhirnya, Mimi yang risaukan kakaknya, bercadang untuk melakukan penyiasatan ke atas peminat misteri tersebut. Mimi dan kawan-kawan terkejut apabila mendapat tahu identiti sebenar peminat misteri itu…

Julia dari agensi modeling tealh mencari model majalah keluaran syarikatnya. Dia telah menyuruh 3 sahabat ini mencuba nasib. Jaja yang sememangnya berminat dan sangat teruja tidak mahu lepaskan peluang. Rupa-rupanya Didi pun berminat. Semua terkejut apabila Didi telah dipilih dalam ujibakat tersebut. Didi mula dilanda dilema kerana Jaja mula terasa hati dan merajuk.

Adakah mereka bertiga telah berjaya melaksanakan rancangan keluarga mereka dengan jayanya? Saksikan kesudahannya hanya di TV1.

MISAH TARZAN HAJAR RUNCIT (TV9)

MISAH TARZAN HAJAR RUNCIT (TV9)
SLOT: Skrin di 9
HARI: isnin
MASA: 8:30 malam
GENRE: Komedi
TARIKH: 24 Februari 2014
PENGARAH: Azmi Hata
OST : Pencuri Mark Adam
PELAKON: Ammar Asyraf, Nad Zainal, Ika Nabila, Hafeez Mikail, Mak Engku, Katy Azean




SINOPSIS MISAH TARZAN HAJAR RUNCIT (TV9)











POMPEII




POMPEII
GENRE: Aksi / Pengembaraan / Drama
MULA TAYANGAN: 20 Februari 2014
PENGARAH: Paul W. S. Anderson
PELAKON: Kit Harington, Emily Browning, Kiefer Sutherland, Jared Harris, Jessica Lucas






SINOPSIS POMPEII
Beberapa hari sebelum tercetusnya letusan gunung berapi, Mt. Vesuvius seorang hamba yang bekerja di atas kapal telah menuju ke Naples untuk menyelamatkan wanita yang dicintainya dan kawan baiknya yang terperangkap di dalam koliseum.