• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

FROZEN ANNA DAN PERMAISURI SALJI



FROZEN ANNA DAN PERMAISURI SALJI
MULAI: 28 November 2013
PELAKON: Liyana Jasmay, Ray , Marsha Londoh., Kristen Bell, Idina Menzel, dan ramai







SINOPSIS FROZEN ANNA DAN PERMAISURI SALJI
Filem ini mengisahkan tentang puteri Anna dalam pengembaraan epik bersama-sama Kristoff dan seekor rusa setia bernama Sven untuk mencari kakaknya, puteri Elsa yang memiliki kuasa sihir.


Kuasa sihir kakaknya telah mengubah seluruh negaranya, Arrendell, kepada musim sejuk untuk selama-lamanya. Anna dan Kristoff terpaksa mengharungi pelbagai cabaran seperti ribut salji dan juga bertemu dengan orang batu bersihir dan orang salji lucu dan ceria, Olaf dalam pengembaraan untuk mengembalikan musim panas dan menyelamatkan negaranya.

USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG




USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG
PELAKON: Ustaz Azhar Idrus Shiro, Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek.
PENERBIT: Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG)
PENGARAH: Pierre Andre
TAYANGAN : 28 November 2013


SINOPSIS USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.

Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.

VEKTOR 58 (TV9)




VEKTOR 58 (TV9)
HARI: setiap Sabtu,
MASA: 7 Malam Mulai
MULAI: 07 Disember 2013.
PELAKON: Ain Satar, Ku Mohd Amirul , Nor Intan Bhaizura , Fazlina Datuk Ahmad Daud, Kamarulzaman Taib (Ce’ Kem), Norman Hakim dan banyak lagi.



SINOPSIS VEKTOR 58 (TV9)
Vektor 58″ mengisahkan tentang Lia, seorang gadis remaja yang bertemu makhluk asing misteri yang telah hilang ingatan akibat kemalangan semasa mendarat di bumi. Lia mengambil keputusan untuk membantu makhluk asing tersebut mendapatkan kembali ingatannya dan memanggilnya sebagai ”Arif”.

Namun begitu, pada masa yang sama, mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa lagi makhluk asing yang memburu Arif untuk bertarung dengannya.

PUTERI MALAM (1 - 8 TAMAT)



PUTERI MALAM (TV9)
SLOT: 9X
HARI: setiap hari Isnin
PENGARAH: Nor Hanisyam (Labu)
PELAKON: Zara Zya, Puteri Chichi, Ku Hariz dan Hafreez Adam.
MULAI: 7 Oktober
MASA: 10.30 malam
JUMLAH EPISOD: 8 episod,










 
DOWNLOAD PUTERI MALAM
Puteri Malam Episod 01 = DOWNLOAD
Puteri Malam Episod 02 = DOWNLOAD
Puteri Malam Episod 03 = DOWNLOAD
Puteri Malam Episod 04 = DOWNLOAD
Puteri Malam Episod 05 = DOWNLOAD
Puteri Malam Episod 06 = DOWNLOAD
Puteri Malam Episod 07 = DOWNLOAD
Puteri Malam Episod 08 (TAMAT) =DOWNLOAD-new




SINOPSIS PUTERI MALAM (TV9)
Bermulalah perjalanan hitam Puteri apabila dia telah dirogol oleh seorang lelaki sewaktu dia hadir untuk satu sesi ujibakat di Kuala Lumpur. Puteri kemudiannya telah diselamatkan oleh Farid (Ku Hariz) lalu dibawa ke rumahnya di sebuah rumah kedai yang terletak di Chow Kit.



Rumah itu turut didiami oleh Fiona (Puteri Chichi) yang disangkakan kakak Farid. Puteri tertarik melihat penampilan Fiona yang seksi dan berjaya menawan hati ramai lelaki.


Farid mula membelikan Puteri pakaian-pakaian baru yang seksi, sama seperti yang dipakai Fiona. Pada mulanya Puteri sangsi dengan tindakan baik Farid, tetapi lama kelamaan, Farid berjaya membuatkan Puteri percaya padanya dan akhirnya, Puteri jatuh cinta pada Farid.


Puteri meluahkan segala perasaannya serta berkongsi mengenai impiannya untuk menjadi seorang artis. Farid berjanji akan membantu Puteri mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang artis.

Tanpa Puteri sedari Farid rupa-rupanya bapak ayam kepada Fiona dan kini dia cuba untuk memperdayakan Puteri untuk menjadi seorang pelacur demi mendapatkan wang. Apabila Puteri tersedar dirinya diperangkap Farid yang berniat jahat, semuanya sudah terlambat. Puteri terjerat dengan impian yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.


Mampukah Puteri meloloskan dirinya keluar daripada lorong hitam yang diciptanya sendiri? Ikuti perjalanan hidup Puteri yang cuba mencari sinar harapan untuk kembali bebas dalam Puteri Malam bermula pada 7 Oktober jam 10.30 malam hanya di TV9



KRRISH 3



KRRISH 3
GENRE: Fiksyen Sains / Superhero
MULA TAYANGAN : 20 Disember 2013
PENGARAH : Rakesh Roshan
PELAKON: Hrithik Roshan, Priyanka Chopra, Vivek Oberoi, Kangna Ranaut





SINOPSIS KRRISH 3
Filem fiksyen sains ini merupakan sekuel kepada "Koi... Mil Gaya" dan "Krrish" menyaksikan adiwira Krrish (lakonan Hrithik Roshan) menumpaskan mutan jahat yang dipanggil maanvar dan menyelamatkan dunia daripada kemusnahan.


Selepas menumpaskan Dr. Siddhant Arya dan menyelamatkan ayahnya, Rohit daripada kematian, Krrish meneruskan kehidupannya selepas mengahwini Priya.

Manakala Rohit menggunakan kepakarannya dalam bidang saintifik untuk masyarakat. Namun pada masa yang sama, seorang penjahat genius bernama Kaal telah menyalahguna kuasanya untuk menyebar ketakutan, kematian dan kemusnahan dengan pertolongan angkatan tenteranya sendiri.






MENGEJAR NERAKA (TV2)

MENGEJAR NERAKA (TV2)
TARIKH: 26 November,
MASA: 10.00 malam
SLOT: Citra di TV2.
PELAKON: Pekin Ibrahim dan Lisdawati, Julia Ziegler, Ramona Zam Zam, Rose Iskandar dan Raisuddin



SINOPSIS MENGEJAR NERAKA (TV2)
kisahnya berlegar sekitar cerita sifat cemburu dan tidak mahu Fakhri menyebelahi keluarga, membuatkan Ainun bertindak menggunakan sihir untuk membuatkan suami tunduk kepadanya.

Bagaimanapun akhirnya dia menerima balasan apabila sihir yang digunakan mengancam dirinya sendiri. Ainun dihinggapi penyakit kulit dan melihat serangga keluar dari kudisnya. Bagaimanapun hanya Ainun seorang sahaja melihat serangga itu. Seorang pengamal perubatan Islam memberitahu apa yang dilihat Ainun adalah gangguan sihir dan juga balasan Allah atas amalan sihir yang digunakannya.

Doktor pula mengesahkan Ainun mengalami gangguan mental sehingga berilusi melihat serangga keluar dari kudisnya. Gangguan mental tersebut kerana Ainun terlalu didera rasa bersalah kerana melakukan penganiayaan kepada suami dan ibu mentuanya.

Kisah bermula apabila Salamah, ibu Fakhri datang ke rumah mereka selama seminggu. Salamah tidak suka apabila Ainun meminta bantuan Fakhri membuatkan minuman kerana Ainun kepenatan baharu balik dari pejabat. Mendengar arahan Ainun, Salamah terus melenting dan menyifatkan Ainun seorang isteri queen control. Salamah terlampau sayangkan Fakhri dan tidak suka Ainun mengarah-arahkan anaknya.


Salamah mula menasihati Fakhri tentang tugas dan tanggungjawab yang patut dipikul oleh Ainun. Fakhri dilarang mengikut arahan Ainun. Apa sahaja yang dilakukan oleh Fakhri pasti dilarang oleh Salamah. Akibatnya Fakhri dari seorang suami yang suka membantu isteri, bertukar menjadi suami yang suka memberi perintah dan tidak lagi suka membantu.


Lebih menyakitkan hati Ainun apabila dia terdengar Salamah memberitahu Fakhri bahawa Salmah akan meletak meletak nama Safura adik Fakhri pada rumah Salamah. Ainun tersalah anggap dan menyangka semua itu dilakukan Salamah untuk mengelak semua hartanya jatuh ketangan Fakhri dan Ainun.


Menyedari Fakhri bakal mengikut telunjuk ibunya, Ainun cepat-cepat bertindak menghalang. Ainun mencari pengamal ilmu sihir untuk menundukkan Fakhri. Fakhri benar-benar berubah selepas terkena ilmu sihir berkenaan. Beberapa bulan kemudian Salamah datang lagi ke rumah Fakhri. Kali ini dia benar-benar terkejut melihat apa yang berlaku. Fakhri melakukan apa semua arahan Ainun. Malah Ainun tidak teragak-agak memerintah Fakhri walaupun di depan Salamah. Salamah terpaksa menahan geram dengan perangai Ainun.

Fakhri pula tidak percaya dia dikenakan sihir oleh Ainun dan menganggap Salamah sengaja mengada-adakan cerita. Bagi Fakhri dia senang membantu Ainun dan tidak mahu mencari jalan gaduh. Pertengkaran sering berlaku di antara Ainun dengan Salamah yang membuatkan Fakhri tertekan. Tidak terfikir langsung dia dikenakan ilmu sihir oleh isterinya sendiri.

Keadaan Fakhri semakin teruk apabila Ainun semakin ingin menguasai suaminya itu. Ainun mahu membuktikan kepada Salamah yang Fakhri adalah hak mutlaknya. Bagaimanapun Salamah ternampak perbuatan Ainun meletakkan sesuatu ke dalam makanan Fakhri. Ainun mengaku selama ini memang dia menyihir Fakhri supaya Fakhri tunduk kepadanya. Salamah sangat marah dan ingin kembali ke kampung. Ainun tidak mahu melepaskan Salamah begitu sahaja. Dia turut mengenakan sihir kepada Salamah.

Salamah terus jatuh sayang kepada Ainun. Apabila sampai di kampung dia mula merindui Ainun. Adik Fakhri, Safura hairan melihat perubahan emaknya. Salamah tidak lepas-lepas memuji Ainun dan segala-galanya Ainun. Salamah sanggup naik bas turun bas kerana hendak ke rumah Ainun.


Ainun ambik kesempatan, meminta Salamah menukar semua nama harta Salamah kepada namanya. Salamah tidak membantah. Safura hairan kerana Salamah sudah berjanji akan memindahkan pemilikan hartanya kepada Safura. Safura mula terfikir mesti ada yang tidak kena dengan emak dengan abangnya.

Safura mengajak pakciknya, Pak Uda Hassan untuk melihat apa yang berlaku. Ainun sedang mendera Salamah kerana Salamah membuat kesilapan. Tidak tahan melihat emaknya diperlakukan begitu, Safura mengajak emaknya balik. Ainun tidak menghalang. Tetapi mengarahkan Salamah terjun dari kereta Idrus ketika kereta sedang dipandu. Kerana sudah dikuasai ilmu sihir, Salamah mengikut sahaja arahan Ainun. Sampai di tengah jalanraya dan Pak Uda Hassan sedang memandu laju, tiba-tiba Salamah memberontak mahu turun di tepi jalan.

Pak Uda Hassan tidak dapat mengawal kerata dan dia sendiri terbabas. Salamah mati di tempat kejadian. Malam selepas kematian Salamah, Ainun dengan Fakhri bermalam di rumah emaknya. Ketika majlis tahlil diadakan, Ainun gelisah dan marah-marah. Dia tidak boleh langsung mendengar bacaan yassin dan ayat-ayat suci al Quran yang lain. Sehinggakan Ainun menjerit minta semua berhenti. Namun Pak Imam meneruskan juga majlis tahlil. Ainun mula merasakan muka dan seluruh tubuhnya gatal-gatal. Keadaan Ainun semakin teruk lalu Fakhri membawanya ke klinik. Tetapi ubat yang diberikan doktor tidak mampu menghilangkan kegatalannya.

Malam itu Ainun tidak dapat tidur lena. Dia asyik menggaru dan terjerit-jerit. Malah di antara sedar dan tidurnya, Ainun ternampak lembaga-lembaga menakutkan seperti binatang berupa manusia ,monyet dan sebagainya. Ainun tidak tahan dengan keadaan itu dan mengajak Fakhri pulang ke rumahnya. Ainun ke rumah pengamal sihir tempat dia meminta ubat mengenakan Fakhri. Malangnya pengamal perubatan tersebut menghalaunya dan tidak mahu membantu. Pak Uda Hassan memberitahu Fakhri dia sudah dikenakan sihir oleh Ainun. Pada mulanya Fakhri tidak percaya. Bagaimanapun ketika Pak Imam berusaha melepaskan sihir yang dikenakan kepada Fakhri dia menjerit-jerit dan cuba melawan.

Di rumah Ainun pula, Ainun juga sedang berdepan dengan situasi yang menakutkan. Dia masih merasai gatal-gatal di tubuhnya. Dari kesan gatal keluar pula serangga seperti lipas, semut dan cacing. Ainun terjerit-jerit kerana takut dan geli. Ainun mencari jalan untuk membunuh serangga-serangga tersebut. Ainun cuba membunuh serangga dari tubuhnya bagaimanapun semakin lama serangga bertambah banyak keluar dari kesan gatal di tubuhnya.



Apabila melihat semakin banyak serangga mengejarnya. Dia terus berundur dan melarikan diri dari serangga tersebut dan cuba memanjat tingkap. Ainun telah tergelincir dan jatuh kebawah. Ainon mati dalam keadaan mengerikan.

Beberapa jam kemudian, seorang pekerja TNB ingin memeriksa meter elektrik dan ternampak Ainun mati dalam keadaan yang banyak pendarahan. Fakhri sedih melihat keadaan mayat Ainun. Selepas selesai mayat dikebumikan, semua jemaah meninggalkan tanah perkuburan. Seorang kanak-kanak menoleh ke kubur Ainun dan melihat banyak ular berbisa keluar dari timbunan tanah kubur.

PENANGGAL

 

FILEM PENANGGAL
TAYANGAN: 28 November 2013
PELAKON: Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Fasha Sandha, Zulkifli Ariffin, Normah Damanhuri, Fauziah Nawi, Rozie Othman dan Latif Borgiba.



SINOPSIS FILEM PENANGGAL
Penanggal menceritakan mengenai Murni, seorang gadis desa yang secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng.

Murni terpaksa melarikan diri ke Kampung Jawa untuk mencari perlindungan. Bagaimanapun, rahsianya diketahui penduduk kampung dan mula didera oleh mereka sebelum diselamatkan oleh seorang lelaki Arab, Syed Yusof yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Lama.


Filem Penanggal merupakan filem seram klasik berlatar belakang era 1930-an. Filem ini menjadikan penanggal, makhluk seram berkepala tanpa tubuh sebagai subjek seram. Filem Penanggal mengetengahkan cerita mengenai ilmu penanggal yang wujud kalangan masyarakat.

MASTERCHEF ALL STARS (DOWNLOAD)

MASTER CHEF ALL STARS (ASTRO)
MULAI: 23 November
HARI: Sabtu hingga Selasa
MASA: 9 malam,
SALURAN: Astro Ria (104), Maya HD (134)



JURI MASTERCHEF ALL STARS:
  1. Chef Johari @ Papa Joe
  2. Chef Zubir
  3. Chef Adu Amra




PESERTA MASTERCHEF ALL STARS
  1. Azwan Ali,
  2. Karl Shafek,
  3. Soo Wincci,
  4. Kenchana Dewi,
  5. Celina Chor,
  6. Raja Azmi,
  7. Syanie,
  8. Sharifah Shahora,
  9. Micheal Ang,
  10. Enot,
  11. Brian,
  12. Imelda,
  13. Zamir,
  14. Che lah,
  15. Ah Hong,
  16. Along,
  17. Azlina,
  18. Azni,
  19. Ary Malik
  20. Shariah.




  DOWNLOAD MASTERCHEF ALL STARS
MasterChef All Stars Episod 01 = DOWNLOAD
MasterChef All Stars Episod 02 =
MasterChef All Stars Episod 03 =
MasterChef All Stars Episod 04 =
MasterChef All Stars Episod 05 =
MasterChef All Stars Episod 06 =
MasterChef All Stars Episod 07 =
MasterChef All Stars Episod 08 =
MasterChef All Stars Episod 09 =
MasterChef All Stars Episod 10 =
MasterChef All Stars Episod 11 =
MasterChef All Stars Episod 12 =
MasterChef All Stars Episod 13 =
MasterChef All Stars Episod 14 =
MasterChef All Stars Episod 15 =
MasterChef All Stars Episod 16 =
MasterChef All Stars Episod 17 =
MasterChef All Stars Episod 18 =
MasterChef All Stars Episod 19 =
MasterChef All Stars Episod 20 =




SINOPSIS MASTERCHEF ALL STARS

Program MasterChef All Stars akan menampilkan 20 orang bekas peserta pilihan ramai yang diundang untuk menunjukkan bakat terpendam dalam merebut gelaran juara.

20 peserta yang bertanding dalam merebut gelaran juara ialah daripada 10 selebriti popular yang pernah menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia dan 10 orang bekas peserta MasterChef Malaysia.

Antara peserta yang mengikuti program ini ialah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Kenchana Dewi, Celina Chor, Raja Azmi, Syanie, Sharifah Shahora, Micheal Ang, Enot, Brian, Imelda, Zamir, Che lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shariah.



Gabungan tiga juri daripada musim terdahulu iaitu Chef Johari atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir dan Chef Adu Amra dikekalkan untuk menjadi juri MasterChef Malaysia All Stars kali ini.

Program tersebut akan mula bersiaran pada 23 November pada setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).




Dengan mengekalkan konsep dan format yang sama seperti musim sebelum ini, kesemua 20 orang peserta akan disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama malah para peserta turut terlibat dalam beramal untuk menyumbangkan wang yang mereka menangi kepada badan-badan yang diwakili.

OH MY GANU (ASTRO)

OH MY GANU (ASTRO)
MULAI: 27 November 2013,
MASA: 9 malam
SALURAN: Astro TVIQ (Saluran 610) dan Astro Maya HD (Saluran 135).



SINOPSIS OH MY GANU (ASTRO)
Para peminat siri ini pastinya tidak sabar menunggu kelainan di dalam telefilem Oh My Ganu! yang merupakan kesinambungan daripada episod kemuncak Oh My English! musim kedua. Sempena cuti sekolah, telefilem bercorak komedi pendidikan ini akan turut menampilkan Zizan Raja Lawak dan Izzue Islam dalam watak baru.

Telefilem Oh My Ganu menyambung kisah episod kemuncak iaitu episod 20 Oh My English musim kedua, yang berakhir dengan babak tergantung yang mana Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) harus memilih sama ada berjumpa Sara Jane (Gabriella Robinson) yang akan berangkat ke United Kingdom, ataupun Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) yang mengambil keputusan untuk pulang ke Terengganu. Pada hujung rancangan, penonton diberi peluang untuk membantu Mr. Middleton memilih antara Sara Jane di UK atau Cikgu Ayu di Terengganu melalui undian dalam talian atau menerusi media sosial. Sebanyak 50,000 undian penonton telah diterima dan hasilnya 89% daripada undian menyebelahi Cikgu Ayu. Keputusan inilah yang telah membentuk jalan cerita telefilem ‘Oh My Ganu’.


Melalui telefilem ‘Oh My Ganu’ yang berlatar-belakangkan sebuah kampung di pantai timur, penonton juga dapat menyaksikan adegan mencuit hati apabila pelajar 3 Merah dan guru kesayangan mereka Mr. Middleton pergi mencari Cikgu Ayu di kampung halaman beliau. Namun begitu, dalam gelagat lucu pastinya terselit drama dan cabaran apabila Mr. Middleton terpaksa berhadapan dengan Zizang (Zizan Razak), seorang jutawan di kampung tersebut yang turut menaruh hati terhadap Cikgu Ayu, dan juga Aiman (Izzue Islam) yang sangat rapat dengan Cikgu Ayu.

Siapakah yang akan berjaya memenangi hati Cikgu Ayu dan apakah kesudahan buat para pelajar kelas 3 Merah? Semuanya akan terjawab di dalam telefilem Oh My Ganu! nanti.