PROGRAM TV RAYA (RTM, TV1, TV2)



“Rayakan Merdeka”
TV1 = “Syawal Dirai, Merdeka Dihayati”
TV2 = “Ceria Raya Merdeka”
TVi = “Setulus Perjuang Seindah Lebaran”.

RAYA PERTAMA (30 OGOS 2011 / SELASA)
8:00am Siaran Langsung Solat Sunat Aidilfitri dari Masjid Negara (TV1)
Awal pagi 1 Syawal 1432H diraikan TV1 dengan menyiarkan Siaran Langsung Solat Sunat Aidil Fitri dari Masjid Negara mulai jam 8.00 pagi dan kemudiannya sebelah malam pula jam 11.30 malam penonton berpeluang menyaksikan Solat Sunat Aidil Fitri dari Masjidil Haram.

2:05pm Panggung Raya : Hero Desa (TV1)
Panggung Raya : Hero Desa Ramli seorang pemuda kampung telah terpilih berlakon oleh sebuah produksi yang datang ke kampungnya menggantikan pelakon utama yang telah menarik diri di saat-saat akhir. Di dalam penggambaran tersebut, Ramli yang perwatakannya lurus tetapi berpendidikan digandingkan dengan Lia Sandra, seorang pelakon popular. Kesibukan penggambaran, hubungan Ramli dengan kekasihnya, Ramlah terjejas. Ramlah pula yang telah terlihat hubungan mesra diantara Ramli dan Lia Sandra mengambil keputusan menolak pinangan Ramli. Pelakon : Julia Zieglier, Danny, Airis Yasmin, Shahrizan Ahmad Abon, Fadhil Dani, Harun Salim Bachik, Kazar, Fadilah Mansor, Aznah Hamid, Adam Corrie, Kanchana Devi, Delimawati.

9:15pm Panggung Raya : Shahrukh Khan Malaysia (TV1)
Panggung Raya : Shahrukh Khan Malaysia Kisah Komedi Ini Mengisahkan Seoang Pemuda Bernama Shah Rizal Yang Sangat Meminati Dan Taksub Dengan Filem-Filem Hindustan (Bollywood) Terutama Shah Rukh Khan Dan Sering Mendengar Lagu-Lagunya. Minatnya Yang Mendalam Terhadap Filem Dan Lagu-Lagu Hindustan Membuatkan Beliau Lupa Dan Alpa Terhadap Tanggung Jawabnya Sebagai Pelajar Dan Anak. Pelakon : Iqram Dizly, Intan Ladyana, Afzan Abdul Rahman, Widyawati

2:00am Telemovie Raya - Berakhirnya Satu Penantian, (TV2)
Malam Raya - Mengisahkan seorang jururawat, Lela yang sedang gembira untuk pulang beraya setelah sekian lama tidak berpeluang meraikannya bersama keluarga. Beliau ingin berbelanja untuk keluarga tetapi dibangkang oleh ayahnya yang tidak mahu membazir. Kehampaan beliau bertambah lagi apabila kecewa dengan sikap adik-adiknya yang tidak bersungguh-sungguh membantu mengemas rumah.

12:30pm Telemovie Khas Hari Raya (TV2)
Syawal Terindah - Mengisahkan konflik yang dilalui oleh seorang wartawan, bernama Zulaikha yang terpaksa mengorbankan masanya untuk menguruskan persiapan hari raya kerana diberi tugas oleh editornya, Encik Rosli menyiapkan kisah suka duka warga emas menghadapi suasana hari raya.

10:30pm Movie Raya - SETEM
Setem - Mengisahkan sekeping Setem yang dicetak pada tahun 1847. Gabenor Melaka ketika itu, Lord Arthur Barring amat marah kerana Gabenor India telah mentertawakan setem tersebut kerana terdapat kesilapan pada setem tersebut. Maka setem itu dibuang oleh cucunya. Pada tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar dan mempamerkan warisan keluarganya termasuk Setem Barring tersebut. Setem terebut kini berharga 2 juta. Joe dan Sid berniat untuk mencuri setem tersebut. Siapakah berjaya memilikinya ? Saksikan pelbagai menarik yang mendebarkan dan menghiburkan.


RAYA KEDUA (31 OGOS 2011 / RABU)
11:05am Muzikal Aidilfitri : Gema Aidilfitri (Tradisional) (TV1)
Muzikal Aidilfitri : Gema Aidilfitri (Tradisional) Menampilkan lagu-lagu tradisional, lagu rakyat dan lagu raya dalam bentuk moden. Berkonsepkan cerita dan lagu dengan gabungan unsur raya dan Merdeka. Berlatarkan suasana raya di kampung dan di samping menyuntik semangat cintakan negara. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan ialah ’Anak Malaysia, Joget Burung Merpati, Dikir Puteri, Balik kampung, Joget Aidilfitri, Tanggal 31 Ogos, Menjelang Hari Raya’ dan sebagainya. Artis : Dato’ M. Daud Kilau, Aspalela Abdullah, Noraniza Idris, Nubhan, Emily (Bintang Ai Minnal), Zareena, (Bintang Klasik), Ameer Sofaz.

2:05pm Panggung Merdeka : Hujan Sudah Teduh (TV1)
Panggung Merdeka : Hujan Sudah Teduh Yang Ah Moi atau Zaiton Abdullah yang dipelihara oleh sebuah keluarga Melayu berkahwin dengan Jamil. Usia perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Perkahwinan Zaitun yang seterusnya juga tidak kekal dan akhirnya Zaitun berazam membuka perniagaan sendiri bagi menyara kehidupannya bersama 5 anaknya. Pelakon : Lim Phen Phen, Khatijah Tan, Jalil Hamid, Sabri Yunus, Zamarul Hisyam, Wan Chik Daud

9:00pm Panggung Raya : Papadom (TV1)
Panggung Raya : Papadom Mengisahkan Saadom seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Mia. Pelakon : Afdlin Shauki, Noorkhiriah, Liyana Jasmay, Vanida Imran, Farid Kamil, Scha

1:30am Komedi Raya (TV2)
Bakal Menantu Datang Beraya Eps.1 - Bulan Ramadhan datang lagi. Tetapi bagi keluarga Abang Mat dan Kak Kiah bulan Ramadhan tahun ini adalah yang paling bersejarah di dalam hidup keluarga mereka. Ini ialah kerana mereka perlu membuat persiapan yang luar biasa bagi menyambut bakal menantu mereka yang datang berhari raya di rumah mereka.

9:00pm Sensasi 2 (TV2)
Misha Omar & Tomok - Konsert Sensasi 2 yang menampilkan Misha Omar & Tomok yang menjanjikan persembahan yang menarik. Misha Omar tampil dengan lagu – lagu popularnya seperti lagu Cinta Adam & Hawa, Detik Antara Waktu dan lain – lain. Sementara Tomok pula dengan nyanyian lagu Arjuna, Bagaikan Bidadari, Berlari dan banyak lagi. Turut dimuatkan dengan lagu duet pilihan Hari Raya dan sebagainya.

10:30pm Telemovie Khas Merdeka (TV2)
Gen Y : Ledakan Pengganas


RAYA KETIGA (01 SEPTEMBER 2011 / KHAMIS)
9:30am Raya Lagi : Syawal Datang Lagi (TV1)
Raya Lagi : Syawal Datang Lagi Mengisahkan Mak Su yang beraya bersama 4 orang anak saudaranya Wada, Hakim, Didie dan Fimie. Berbagai peristiwa menarik berlaku sewaktu mereka menyambut raya bersama

11:05am Muzikal Aidilfitri : CT 15 (TV1)
Muzikal Aidilfitri : CT 15 CT 15 merupakan konsert sempena 15 tahun Dato Siti Nurhaliza berkecimpung dalam bidang seni suara. Siti telah mendendangkan beberapa buah lagu popular beliau seperti Biarlah Rahsia, Ku Mahu, Wanita, Sesuci Lebaran dan Ku Milikmu. Turut diundang menjayakan CT15 ialah penyanyi popular masa kini YUNA dengan lagunya ’Yang Sebenar’ dan ’cinta Sempurna’.

2:05pm Panggung Merdeka : Tanah Ini Tanah Merdeka (TV1)
Panggung Merdeka : Tanah Ini Tanah Merdeka Mengisahkan usaha Mak Kalsom 75 tahun bekas pejuang kemerdekaan memujuk orang kampungnya supaya tidak menjual tanah mereka kapada syarikat harta tanah yang berpengkalan di London. Konflik timbul kerana wakil syarikat tersebut ialah cucunya sendiri. Pelakon : Normah Damanhuri, Emelda Rosmila, Zul Huzaimy Marzuki, Shahrul Zaman Kamaludin, Aleza Shahdan, Hashimah Muhamad Zaki

4:26pm Misteri Syawal (TV1)
Misteri Syawal Mengisahkan 4 sahabat iaitu Zaibo, Abon, Shahirah dan Raja Azura menerima beberapa ayat-ayat misteri yang sebenarnya merupakan lirik lagu. Lirik lagu itu sebenarnya telah dihantar oleh Ogy dan Salih bagi menyatukan mereka

6:00pm Di Mana Bendera Saya (TV1)
Di Mana Bendera Saya Sebuah doku-drama terbitan RTM Sabah mengisahkan seorang pelajar kolej yang suka mengagongkan negara barat yang dianggap moden dan Malaysia adalah negara ketinggalan. Ini bertentangan dengan neneknya yang menganggap negara Barat adalah penjajah dan sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengagongkan negara sendiri. Dokumentari drama ini turut diselitkan dengan tiga buah lagu puisi betemakan kemerdekaan. Artis : Abu Bakar Elah, Rablin Hj. Nordin dan Terrisia Thadeus.

RAYA KEEMPAT (02 SEPTEMBER 2011 / JUMAAT)

10:30am Nurani : Mencari Bidadari (TV1)
Nurani : Mencari Bidadari Hakim telah menyerahkan urusan jodohnya kepada ibu bapanya dan bersetuju untuk dinikahkan dengan anak seorang guru agama yang buta, pekak dan bisu. Walaupun agak terkejut dengan pilihan keluarganya, Hakim akur dengan kehendak keluarganya. Ketika hari pernikahan, itulah pertama kali Hakim dapat melihat wajah isterinya dan Hakim mendapati isterinya tidak buta, pekak atau bisu. Pelakon : Fizz Fairuz, Erma Hasmie, Fathil Dani, Razali Buyung, Rose Iskandar.


2:00pm Panggung Raya : Kesuma Jiwa (TV1)
Panggung Raya : Kesuma Jiwa Kesuma adalah seorang gadis pekak dan bisu yang bercita-cita mahu menjadi pemain biola namun tanpa sokongan dari keluarganya, Kesuma sukar mencapai cita-citanya. Perkenalannya dengan Khali telah memberi harapan kepada Kesuma untuk belajar bermain biola. Namun Kesuma merasa kecewa setelah mengetahui diri Khalil yang sebenar. Pelakon : Syarifah Aleesha, Nabila Huda, Ann Abdullah, Johan, Rozie Rashid, Illya Buang, Rahim Omar

9:00pm Muzikal Komedi : Gegar Raya Kampung Pening Lalat (TV1)
Muzikal Komedi : Gegar Raya Kampung Pening Lalat Sketsa komedi yang berlatar belakangkan Kampung Pening Lalat. Mengisahkan Pak Mat (Saiful Apek) menanti anak perempuannya (Siti Nurhaliza) yang berkhidmat sebagai askar wataniah pulang berhari raya. Sketsa ini turut diselitkan dengan lagu-lagu Raya dan lagu-lagu Merdeka seperti Sesuci Lebaran, Raya Setahun Sekali, 31 Ogos dan lain-lain. Antara artis jemputan ialah Azlan And The Typewriter, Dayang Nurfaezah dan kumpulan Sepah.