• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

CINTA JANNAH (1 - 24 TAMAT)


CINTA JANNAH (TV3)
SLOT: Akasia,
MULA TAYANGAN: 14 Ogos 2013
MASA: 7.00malam.
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis.
EPISOD: 24 episod
PELAKON: Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz, Ezany Nizariff, Abdul Fattah dan ramai lagi.
MENGGANTIKAN DRAMA: DEMI DIA (TV3)
OST LAGU TEMA :


DOWNLOAD CINTA JANNAH (TV3)
Cinta Jannah Episod 01 = ZIPPYSHARE 14/8 - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 02 = ZIPPYSHARE 15/8 - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 03 = ZIPPYSHARE 19/8 - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 04 (ini mmg episod 4) = ZIPPYSAHARE 20/8 - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 05 = ZIPPYSHARE 21/8 - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 06 = ZIPPYSHARE 22/8 - HOTFILE - TONTON ONLINE
Cinta Jannah Episod 07 = ZIPPYSHARE - HOTFILE 
Cinta Jannah Episod 08 = ZIPPYSHARE 27/8, - HOTFILE,
Cinta Jannah Episod 09 = ZIPPYSHARE 28/8 , - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 10 = ZIPPYSHARE 29/8 , - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 11 = ZIPPYSHARE 2/9 ,  -  HOTFILE
Cinta Jannah Episod 12 = ZIPPYSHARE3/9 , - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 13 = ZIPPYSHARE 4/9 , - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 14 = ZIPPYSHARE 5/9 - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 15 = ZIPPYSHARE 9/9 - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 16 = ZIPPYSHARE 10/9 , - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 17 = ZIPPYSHARE 11/9 , - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 18 = ZIPPYSHARE 12/9 - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 19 = ZIPPYSHARE 16/9 , - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 20 = ZIPPYSHARE 17/9, - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 21 = ZIPPYSHARE 18/9 , HOTFILE
Cinta Jannah Episod 22 = ZIPPYSHARE 19/9 , - HOTFILE
Cinta Jannah Episod 23 = ZIPPYSHARE 23/9 -
Cinta Jannah Episod 24 (TAMAT) = DOWNLOAD 24/9
Kredit: kepalabergetar, FB pereka cerita



SINOPSIS CINTA JANNAH (TV3)
Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.
Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.
Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.

Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.
Apakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara mereka berdua? Saksikan drama bersiri baru, Cinta Jannah menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 14 Ogos 2013, semestinya di TV3!





PENGHUJUNG DENDAM

PENGHUJUNG DENDAM
PELAKON: Sharifah Sakinah, Aidil Aziz, Amyza Adnan, Dilla Ahmad, Jannah Nick, Mazlan.
TARIKH : AKAN DATANG
JUMLAH EPISOD: 13 episod



SINOPSIS PENGHUJUNG DENDAM

Penghujung Dendam mengisahkan mengenai Intan (Sharifah Sakinah) yang trauma kerana menjadi mangsa rogol. Dia ditarik masuk ke dalam van ketika pulang dari sekolah dan menjadi mangsa rogol tiga lelaki bertopeng. Sejak kejadian itu, dia mendendami setiap lelaki.

Pada waktu sama berlaku banyak kes bunuh di tempat tinggalnya. Intan berada dalam keadaan bahaya kerana masih menjadi buruan penjahat yang pernah merogolnya. Namun, dia bernasib baik kerana terselamat daripada mereka.

Abangnya Haikal yang tahu mengenai kes ini mencari-cari siapakah pihak yang bertanggungjawab merogol adiknya. Ricky pula melahirkan simpati pada Haikal dan berjanji akan sama-sama mencari mereka yang terbabit. Malam itu kerana terlalu tertekan, Haikal menumpang bermalam di rumah Ricky di kawasan perumahan flat yang sama.

Dia menyalahkan dirinya kerana gagal menjemput Intan di sekolah sehingga menyebabkan adiknya menjadi mangsa. Kawan Intan, Aisyah juga berada di sisinya ketika Intan direntap masuk ke dalam van, tetapi dia gagal berbuat apa-apa untuk menyelamatkan kawannya ini.

Aisyah juga menjadi murung dengan apa yang berlaku pada Intan. Dia kesal kerana tidak sempat menyelamat Intan. Aisyah sepanjang masa menemani Intan di hospital sehinggalah dia dibenar keluar. Peristiwa ini bukan sahaja menjadi trauma pada Intan, malah Haikal sendiri menjadi trauma.

Perubahan sikap Haikal begitu ketara sekali sehingga pernah berlaku beberapa kali, dia bergaduh dengan seorang lelaki apabila melihat lelaki itu memukul pasangannya. Dia juga memarahi beberapa orang gadis yang menunggu di perhentian bas bersendirian. Sikapnya ini tidak disenangi oleh jiran-jiran mereka, kerana menegur dan marah pada anak-anak jiran.



KU KEJAR BINTANG

KU KEJAR BINTANG
MULA TAYANGAN: Akan datang
PELAKON: Randy Pangalila,Nora Danish,Hefny Sahad, Marsha Londoh dan Amyza Aznan



SINOPSIS KU KEJAR BINTANG

Ku Kejar Bintang mengisahkan Alissa (Nora) mempunyai gerai menjual ayam di pasar yang diusahakan bersama ibunya, Mak Kiah serta dibantu pekerjanya, Anang dari Indonesia.


Anang seorang yang pemalas dan suka tidur meskipun sering ditegur Alissa. Selain itu, Alissa bersahabat baik dengan Mila.

Dalam diam, Alissa turut diminati Hefni, penjual ikan di pasar di tempat sama mereka berniaga.

Sementara itu, Randy, seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang sedang menjalani penggambaran di sini memiliki wajah hampir sama dengan Anang, namun masing-masing tidak pernah bersua.

Pelbagai pergolakan yang mereka lalui sebelum kedua-duanya bertemu. Apakah yang berlaku seterusnya?




THE BUTLER



THE BUTLER
GENRE: Drama / Biografi
MULA TAYANGAN: 26 September 2013
PENGEDAR: GSC MOVIES
PENGARAH: Lee Daniels
PELAKON : Forest Whitaker, Oprah Winfrey, Cuba Gooding, Jr., Terrence Howard, David Oyelowo, Vanessa Redgrave, Alex Pettyfer, Mariah Carey, Yaya Dacosta, Colman Domingo, Aml Ameen, Robin Williams, Melissa Leo, James Marsden, Minka Kelly, Liev Schreiber



SINOPSIS THE BUTLER
Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki Afrika-Amerika yang telah bekerja sebagai pelayan kepada lapan presiden di 'White House' selama lebih 30 tahun.


Ia mengisahkan mengenai perubahan drastik yang berlaku terhadap masyarakat Amerika ketika itu, dan bagaimana ia mengubah kehidupan pelayan tersebut dan keluarganya.


PENGANCAM PERKAHWINAN (ASTRO RIA)



PENGANCAM PERKAHWINAN (ASTRO RIA)
HARI: Khamis ini
SALURAN: Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya (saluran 135)
MASA: 9.30 malam.
TARIKH: 26 September 2013 (Khamis)
PELAKON: Kilafairy (Melissa) dan Nadiya Nisaa (Maya), Sari Yanti, Intan Ladyana, Farish Aziz, Jonathan Putra (Johan), Hafizul Kamal (Elyas) dan Nazrief Nazri



SINOPSIS PENGANCAM PERKAHWINAN (ASTRO RIA)

Telemovie Pengancam Perkahwinan mengisahkan konflik mengenai dua orang sahabat lama iaitu Melissa dan Ariana. Bermula dari bangku sekolah sehingga mereka bertemu semula ketika bekerjaya, kedua-duanya sering bermasam muka.


Selepas 15 tahun meninggalkan bangku sekolah, Melissa bergelar seorang perunding perkahwinan manakala Ariana merupakan seorang perakam perkahwinan yang secara tidak sengaja dipertemukan pada majlis pernikahan Maya.


Namun, kedua-duanya masih terikat dengan konflik yang sekian lama berlarutan.

DI BAWAH LANGIT (TV1)

DI BAWAH LANGIT (TV1)
MULAI: 25 September 2013,
HARI: Setiap Rabu,
MASA: 11.30 pagi
SLOT: BIDADARI di TV1.
PELAKON: Jasmin Hamid, Riezman Khuzaimi, Syed Nahar Syed Mokhtar, Salina Saibi, Nisha Dirr, Adam Shah, Yasmin Khanif, Kenji Sawahi, Sharisa Chong,, Mustafa Kamal dan Mak Wan




SINOPSIS DI BAWAH LANGIT (TV1)

nasib Asmira wanita yang disegani namun dicemburui oleh rakan sekerja sewaktu mula melakar kerjayanya sebagai ahli perniagaan. Bosan dengan sikap rakan sekerjanya Norma, dia berpindah ke syarikat antarabangsa yang beroperasi di Kuala Lumpur. Di tempat baru Asmira bersahabat baik dengan Kathy yang sentiasa menyokongnya. Asmira semakin sibuk setelah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pemasaran.

Perkahwinannya dengan Badrul dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tasha. Setelah beberapa tahun, bahtera rumah tangga Asmira bergolak kerana kesibukannya menguruskan kerjaya. Badrul kini berubah kasih dan menceraikan Asmira. Dalam kecewanya Asmira yang telah pun bergelar janda, berusaha untuk memperbaiki kedudukan dalam kerjayanya.

Namun hidup tidak semestinya indah, perkahwinan kedua dengan Mejar Rosli dikurniakan pula seorang anak lelaki. Sewaktu Asmira sedang membuka syarikatnya sendiri Asmira mengalami dugaan hebat dalam fasa kedua hidupnya. Perkahwinan dengan Rosli turut mengalami kegagalan. Asmira yang terlalu berdikari tidak mengharapkan tanggungjawab dan kasih sayang daripada insan yang bernama lelaki. Setelah menghadapi dua kali penceraian Asmira tetap redha dengan keputusannya untuk memelihara anak-anaknya.

Kehidupan sebagai janda sememangnya penuh cabaran. Pelbagai peluang perniagaan terpaksa dilepaskan demi menjaga maruah diri. Kathy sahabat baiknya tetap menjadi pendengar setia dan banyak membantu Asmira dalam apa jua keadaan. Namun kehidupan harus diteruskan, Asmira bangkit memperjuangkan nasibnya demi mengangkat maruahnya serta mencapai cita-citanya dalam bidang perniagaan.

Setelah berusaha keras, segala penat lelahnya berhasil, Asmira bekerjasama dengan Kathy telah membuka pusat kecantikan dan spa serta memiliki beberapa buah cawangan perniagaan. Dalam pada itu, Asmira turut diminati oleh Zafril seorang usahawan muda yang kacak.

Zafril cuba untuk memikat Asmira, namun pintu hati Asmira tertutup rapat untuk menerima sebarang lelaki dalam hidupnya. Adakah Asmira akan memberi peluang kedua untuk menerima cinta jejaka muda dalam hidupnya ? Dengan kehadiran musuh lamanya Norma, Asmira tetap tidak boleh melupakan kisah silam tersebut dan lebih berhati-hati.

Namun apakah niat di sebalik kemunculan Norma ? Segala kesinambungan cerita mereka bakal dikongsikan dalam slot terbaharu BIDADARI pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 Pagi.

DERHAKA SEORANG MADU (1 - 20 TAMAT)

DERHAKA SEORANG MADU (TV3)
SLOT: Azalea
HARI: Setiap Isnin-Khamis
MASA: 4 Petang
MULA TAYANGAN: 19 Ogos 2013
PELAKON : Azhan Rani, Lisdawati, Farahdhiya, Aman Nassim, Falisha Crossley, Lufya, Kismah Johar, Min Yasmin, Safra, Zul Yahya, Syuqri Rabiay, Nyak Mira
JUMLAH EPISODE: 20



DOWNLOAD DERHAKA SEORANG MADU
Derhaka Seorang Madu Episod 01 = DOWNLOAD
Derhaka Seorang Madu Episod 02 = DOWNLOAD
Derhaka Seorang Madu Episod 03 = DOWNLOAD
Derhaka Seorang Madu Episod 04 = DOWNLOAD
Derhaka Seorang Madu Episod 05 = DOWNLOAD 26/8
Derhaka Seorang Madu Episod 06 = DOWNLOAD 27/8
Derhaka Seorang Madu Episod 07 =DOWNLOAD 28/8
Derhaka Seorang Madu Episod 08 =DOWNLOAD 29/8
Derhaka Seorang Madu Episod 09 =DOWNLOAD 2/9
Derhaka Seorang Madu Episod 10 =DOWNLOAD 3/9
Derhaka Seorang Madu Episod 11 = DOWNLOAD 4/9
Derhaka Seorang Madu Episod 12 =DOWNLOAD 5/9
Derhaka Seorang Madu Episod 13 =DOWNLOAD 9/9
Derhaka Seorang Madu Episod 14 = DOWNLOAD 10/9
Derhaka Seorang Madu Episod 15 = DOWNLOAD 11/9
Derhaka Seorang Madu Episod 16 = DOWNLOAD 12/9
Derhaka Seorang Madu Episod 17 =DOWNLOAD 16/9
Derhaka Seorang Madu Episod 18 =DOWNLOAD 17/9
Derhaka Seorang Madu Episod 19 =DOWNLOAD 19/9
Derhaka Seorang Madu Episod 20 (TAMAT) = DOWNLOAD
DRAMA SETERUSNYA = Janji Adam (TV3)
Kredit: kepalabergetar




SINOPSIS DERHAKA SEORANG MADU
Kamal banyak menghabiskan masanya di rumah Rozita. Dalam sebulan, hanya dua tiga kali sahaja dia pulang ke rumah Hawa. Itu pun jika ada perkara penting dan juga untuk bertanya khabar tentang ibunya, Mak Tok.

ASMARA LUNA (1 - 30 TAMAT)



ASMARA LUNA (TV3)
SLOT: Samarinda TV3
MULAI:21 Ogos
MASA: 9.00 malam
EPISOD : 13
HARI:  hari selasa hingga khamis
LAGU TEMA OST:
PELAKON:Siti Saleha , Aidil Aziz, Liza Abdullah, Eyka Farhana, Roy Azman , Sofea Jane, Miera Liyana dan Shukri Yahya



DOWNLOAD ASMARA LUNA (TV3)
Asmara Luna Episod 01 = DOWNLOAD
Asmara Luna Episod 02 = DOWNLOAD 26/8
Asmara Luna Episod 03 = DOWNLOAD 27/8
Asmara Luna Episod 04 = DOWNLOAD 28/8
Asmara Luna Episod 05 = DOWNLOAD 2/9
Asmara Luna Episod 06 = DOWNLOAD 3/9
Asmara Luna Episod 07 = DOWNLOAD 4/9
Asmara Luna Episod 08 = DOWNLOAD 
Asmara Luna Episod 09 = DOWNLOAD 10/9
Asmara Luna Episod 10 = DOWNLOAD
Asmara Luna Episod 11 = DOWNLOAD
Asmara Luna Episod 12 = DOWNLOAD 18/9   
Asmara Luna Episod 13(TAMAT)  = DOWNLOAD
kredit: kepalabergetar


SINOPSIS ASMARA LUNA (TV3)
Luna telah terpisah dengan ibu kandungnya selama 21 tahun. Sejak mengetahui tentang ibunya,Luna berusaha menjejaki ibunya




RUMAH KEDAI (1 - 15 TAMAT)

RUMAH KEDAI (TV3)
JUMLAH EPISOD: 15
MULAI: 8 Julai,
HARI: Setiap Isnin Hingga Rabu,
MASA: 5.35 Petang
PELAKON: Didie Alias, Kaza, Nabil Ahmad, Iqram Dinzly, Miera Liyana, Nadiya Nissa, Rozita Che Wan, Talha Harith.



DOWNLOAD RUMAH KEDAI
Rumah Kedai Episod 01 = DOWNLOAD
Rumah Kedai Episod 02 = DOWNLOAD
Rumah Kedai Episod 03 = DOWNLOAD
Rumah Kedai Episod 04 = DOWNLOAD
Rumah Kedai Episod 05 = DOWNLOAD 16/7
Rumah Kedai Episod 06 = DOWNLOAD 17/7
Rumah Kedai Episod 07 = DOWNLOAD 22/7
Rumah Kedai Episod 08 = DOWNLOAD 23/7
Rumah Kedai Episod 09 = DOWNLOAD 24/7
Rumah Kedai Episod 10 = DOWNLOAD 29/7
Rumah Kedai Episod 11 = DOWNLOAD 30/7
Rumah Kedai Episod 12 = DOWNLOAD 31/7
Rumah Kedai Episod 13 = DOWNLOAD
Rumah Kedai Episod 14 = DOWNLOAD
Rumah Kedai Episod 15 (TAMAT) = DOWNLOAD
kredit: kepalabergetar, tonton


SINOPSIS RUMAH KEDAI (TV3)

Mak Wan Su dan Pak Cik Shaf merupakan pasangan yang mempunyai perwatakan yang berbeza namun saling melengkapi antara satu sama lain. Lantaran itu, mereka dapat membuka sebuah mini market yang serba lengkap dan diberikan kepercayaan pihak bank untuk mendapat bantuan perniagaan.

Mak Wan Su dan Pak Cik Shaf dikurniakan tiga orang anak, Wan Sherina, Wan Shahila dan Ewan Zul yang juga mempunyai sifat bertentangan. Suatu hari, Mak Wan Su sibuk mencari orang baru untuk menyewa rumah yang kosong di bahagian atas mini marketnya.

Mak Wan Su mahu orang yang sudah berkahwin menjadi penyewa supaya rumahnya tidak kotor manakala Pak Cik Shaf mempunyai pendapat berbeza, dia lebih gemar orang bujang. Ramai yang mahu menyewa tetapi semua ditolak oleh Mak Wan Su sehinggalah Mak Su mengadakan ujibakat untuk mencari penyewa. Apakah yang berlaku kemudian?

MAAFKAN KAMI (DOWNLOAD)

MAAFKAN KAMI (TV3)
SLOT: Cerekarama
HARI: Sabtu
TARIKH: 21 SEPTEMBER
PELAKON: Zain Saidin, Fizz Fairuz, Ezatty Abdullah.
MASA: 10 Malam



DOWNLOAD MAAFKAN KAMI (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS MAAFKAN KAMI (TV3)
Ozzy dan Khairy sering mempermainkan wanita. Satu hari mereka terlibat dengan kemalangan hingga menyebabkan mereka insaf dan ingin meminta maaf pada semua wanita yang mereka mempermainkan sebelum ini.

RUNNER RUNNER




RUNNER RUNNER
MULA TAYANGAN : 26 Sep 2013
BAHASA : English
GENRE : Crime / Drama / Thriller
PENGARAH : Brad Furman
PELAKON : Ben Affleck, Justin Timberlake, Gemma Arterton



SINOPSIS RUNNER RUNNER
Richie, seorang pelajar Princeton telah mempercayai dia ditipu, lalu dia memulakan perjalanan ke Costa Rica untuk berhadapan dengan pakar perjudian dalam talian jutawan, Ivan Block. Richie tergoda dengan janji manis Block yang mahu memberikannya wang yang banyak sehingga dia sedar akan kesilapannya yang telah diperdaya oleh Block.

FBI pula cuba untuk memaksa Richie untuk membantu menangkap Block, sedang Richie pula terpaksa menghadapi satu perjudian terbesar iaitu beliau cuba untuk mengalahkan dua pihak untuk menyelamatkan dirinya.



2 GUNS




2 GUNS
GENRE: Aksi / Ngeri / Jenayah
MULA TAYANGAN: 19 September 2013
PENGEDAR: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
PENGARAH: Baltasar Kormakur
PELAKON : Denzel Washington, Mark Wahlberg, Paula Patton, Bill Paxton, Edward James Olmos, James Marsden



SINOPSIS 2 GUNS
Filem aksi ini berkisarkan dua orang ejen dari jabatan berlainan yang terpaksa melarikan diri bersama-sama. Ada satu masalah besar dengan gabungan mereka: mereka berdua tidak sedar bahawa pihak lain ialah ejen kerajaan yang menyamar sebagai penjenayah. Ejen DEA Bobby Trench dan pegawai perisik laut US Marcus Stigman terpaksa bekerjasama untuk 12 bulan yang lalu.


Mereka berdua diarah untuk menyamar sebagai ahli sindiket narkotik dan mereka tidak percayakan satu sama lain. Apabila cubaan mereka dalam mencerobohi sindiket pengedaran dadah di Mexico demi mendapatkan wang berjuta-juta Dollar gagal, Trench dan Stigman dibuang kerja oleh pihak atasan.

Memandangkan semua orang mahu mereka mati atau dipenjarakan, mereka hanya boleh mempercayai satu sama lain.

DAMPAK



DAMPAK
TAYANGAN: 19 September 2013
PELAKON: Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana, Juliana Evans





SINOPSIS FILEM DAMPAK
Misi mencari Afran yang hilang merupakan titik permulaan pengembaraan Idrus bersama adik-beradik angkatnya iaitu Giran, Hana dan Qyra untuk menyelidik sejarah Tok Long yang dirahsiakan.

Kecacatan dan parut pada muka Tok Long merupakan dorongan utama untuk kesemua anak-anak angkatnya membalas dendam, tetapi Tok Long sentiasa menghalang dengan keras hasrat mereka itu tanpa memberi alasan yang jelas.

Tatu merah yang ada pada pergelangan tangan Tok Long juga menjadikan dorongan mereka untuk terus curiga. Perasaan ingin membalas dendam untuk Tok Long terus membara, tambahan pula dengan ilmu mempertahan diri yang penuh di dada, yang diturunkan sendiri oleh ayah angkat mereka.


Kesempatan untuk meninggalkan kampung demi misi mencari Afran disalahgunakan oleh kesemua adik-beradik angkat itu. Selepas menjumpai Afran di awal misi, mereka meneruskan penjelajahan untuk menyelidik sejarah Tok Long.

Pertembungan dengan Botak merupakan titik peralihan utama kepada pengembaraan mereka. Perkataan ‘Lambang Merah’ yang terkeluar daripada mulut botak semasa dia dipukul oleh orang-orang Man menarik perhatian Idrus dan adik-beradiknya. Akhirnya, Idrus dan adik beradik-angkatnya itu berjaya menyelamatkan Botak dan sebagai ganjaran, Botak menyediakan tempat tinggal dan kabel pekerjaan.

Botak membawa mereka ke Joni Hitam. Joni Hitam merupakan orang kanan yang berpengaruh, yang berkhidmat dibawah payungan sebuah kumpulan gelap yang masyhur bernama Lambang Merah. Aksi daripada Girandan Afran sudah cukup untuk meyakinkan Joni Hitam untuk mengambil kesemua adik-beradik angkat itu berada dibawah naungannya. Idrus terus bersetuju demi matlamat utamanya iaitu untuk mengbongkar rahsia yang terbenam di dada Tok Long.


Akibat potensi dan kerja tangan mereka, mereka akhirnya dihadapkan ke Tiger Lang iaitu Kepala kumpulan Lambang Merah. Tiger Lang mempelawa untuk terus duduk dibawah payungannya, mereka juga akan diberikan kemewahan yang tidak mungkin mereka dapat ditempat lain.

Idrus mula berasa was-was akan kumpulan itu kerana dikhuatiri dapat menyesatkan mereka, tetapi demi matlamat utamanya, dia tetap bersetuju. Tambahan pula dengan desakan keras daripada Giran yang semakin gilakan harta dan sudah mula lali dengan persekitaran yang gelap.

Jauh didalam hati Idrus, dia sudah dapat merasakan bahang akibat mengingkari arahan Tok Long tetapi tetap meneruskan pengembaraannya demi hati yang curiga.

Tetapi, apa yang dirancang Idrus tidak menjadi. Akibat ditaburi kemewahan dan bergelumang dengan kejahatan, misi utama Idrus kelihatan semakin kelam kerana mereka semua sudah mulai lalai. Ternyata kerja-kerja haram dan gelap mampu mengaburi mata manusia.

Ternyata cinta mampu membutakan perjalanan. Yang disangka teman, rupanya bukan. Demi kemewahan, mereka juga sanggup berbunuhan. Cinta dan dusta tidak dapat mereka bezakan kerana memilih kehidupan yang sedemikian.

Hubungan diantara adik-beradik itu juga mula bergolak. Pengembaraan untuk mencari rahsia Tok Long terus pudar. Persoalan yang timbul bukan sahaja kemampuan mereka untuk membongkar rahsia Tok long, tetapi mampukah mereka kembali bersatu.