• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

SELAMAT TAHUN BARU 2011

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2011
Hari ini hari terakhir 2010. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya. Esok bakal muncullah tahun 2010. Ada yang mula memasang angan dan tak kurang juga membulat azam untuk mencapai sesuatu hajat yang diinginkan dalam tahun 2011 ini. Situasi ini tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan waktu. Sesiapa yang bijak menguruskan waktu dalam jadual sehariannya maka berpeluanglah untuk mencapai hajat dicitakan. Sebaliknya kepada sesiapa yang hanya membazirkan masa tanpa melakukan apa-apa pastinya kemudian hari berdepan dengan kerugian. Pereka Cerita mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011
Yesterday is memory. Today is a gift. TOmmorow is a Hope. Let’s begin New Year ….. with faith, love, peace and new hope
UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2011
Blog Pereka Cerita ini hanyalah 1 blog yang menghimpun sinopsis movie dan drama. Blog ini direka bersandarkan kepada minat Pereka cerita yang suka tengok movie, drama dan mengumpul sinopsis . azam Pereka cerita untuk tahun 2011 dari segi blog
1) Menggunakan pendapatan dari Nuffnang untuk membeli PSP
2) Walaupon sibuk berkerja sebagai engineer tetapi masih aktif berblog
3) Mengumpul lebih banyak sinopsis movie dan drama
Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang tak berarti, kadang tanpa makna, atau hanya sedikit makna. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru 2011. Semoga lebih berjaya.
SELAMAT TAHUN BARU 2011
Biarlah kenangan 2010 menjadi iktibar dan panduan untuk masa hadapan. jangan la kita sentiasa menyesali kenangan sedih tahun lepas tetapi mari la kita bangkit untuk membina kenangan baru yang kita harapkan ianya manis. Pereka Cerita memohon maaf kepada semua jika terdapat kesilapan yang telah saya buat.
Iman membuat segala sesuatu menjadi mungkin. Harapan membuat segala sesuatu menjadi bekerja. Cinta membuat segala sesuatu menjadi indah. Semoga kita semua memiliki ketiganya untuk tahun baru ini

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2011
Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran


Raihan - Demi Masa

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan... Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan... Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

( korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan... Yang beriman dan beramal saleh
( ulang korus1, korus2 )

SELAMAT TAHUN BARU 2011

ASTRO FIESTA (SALURAN 110)

Astro Fiesta (saluran 110)
Program: 14 program.
Selama: 7 hari. (free)
sumber: BUDIEY.COM

Bagi menyambut perayaan akhir tahun dan tahun baru yang akan menjelang tidak lama lagi, Astro tidak mahu ketinggalan dalam meraikan para pelanggannya dengan menghadiahkan 14 buah program selama 7 hari melalui sebuah saluran percuma untuk tempoh terhad; Astro Fiesta (saluran 110) yang akan bersiaran dari 27 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011.

Hebatnya; Astro Fiesta akan memberi kelebihan kepada semua jenis pelanggan apabila pelbagai program Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang terpilih akan disediakan dalam bentuk definisi biasa dan tinggi untuk kelebihan para pelanggan Astro Byond.

Pelbagai program menarik akan menanti anda seperti telefilem Rendang Tok Wan serta filem-filem hebat seperti New Police Story, Shinjuku Incident, Raavanan, Sivaji The Boss dan 3 Idiots dijangka akan mendapat sambutan Hangat.

Para penggemar siri konsert pula pasti akan terpesona dengan rangkaian program konsert antarabangsa dan tempatan oleh artis-artis ternama yang disediakan sepanjang tempoh terhad ini. Di antara rakaman-rakaman konsert yang akan menanti para penonton ialah seperti Konsert Sheila Majid – 25 Years At The Top With The MPO, MTV World Stage: Live in Malaysia, Kim Jeong – Eun’s Chocolate Concert, Hit Man: David Foster and Friends, Josh Groban Awake LIVE, Michael Buble Caught In The Act, Andre Rieu at Schonbrunn Vienna dan Gorls Aloud Tangled Up LIVE 2008.

Jangan lupa untuk saksikan saluran Astro Fiesta (saluran 110) bermula pada 27 Disember 2010 hingga 2 Jan 2011bagi menambahkan kerancakkan musim perayaan.

KONSERT SHEILA MAJID -25 YEARS AT THE TOP BERSAMA MPO
Genre: Konsert
Tayangan Perdana: 12.00 tengah malam
Tarikh: 27 Disember 2010
Orkestra Filharmonik Malaysia meraikan ulangtahun ke-25 Sheila Majid sebagai penyanyi dengan sebuah persembahan eksklusif yang menggabungkan penyanyi berprestij ini dengan sebuah kumpulan orkestra pada hari Jumaat, 1 Oktober 2010.

Menampilkan pelbagai lagu kegemaran daripada koleksi albumnya termasuklah intrepetasi terhadap lagu-lagu popular Tan Sri P. Ramlee serta alunan lagu klasik pastinya mampu memikat penonton untuk terus terpesona dengan Sheila Majid mengimbas perjalanan seninya selama ini. Konsert ini merupakan pengalaman muzik yang julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur sempena sambutan 25 tahun Sheila Majid dalam industri hiburan.

Sivaji The Boss (2)

SIVAJI THE BOSS
Genre: Film
Bahasa: Tamil
27/12/10
Sivaji pulang dari Amerika Syarikat ke Chennai sebagai seorang arkitek sistem perisian. Dia membawa pendapatannya yang berjumlah sehingga 200 crore, dengan niat untuk membina sebuah badan kebajikan, Yayasan Sivaji. Organisasi ini bertujuan membina hospital dan institusi pendidikan untuk digunakan oleh masyarakat miskin tanpa dikenakan bayaran. Adiseshan, seorang usahawan yang sangat berpengaruh, melihat Yayasan Sivaji sebagai musuh perniagaannya. Sementara itu, Sivaji jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Tamizhselvi. Pada mulanya, keluarga Tamizhselvi bimbang dan marah dengan kesombongan keluarga Sivaji. Tamizhselvi menolak untuk bertunang demi Sivaji, namun dia berjaya menenangkan kebimbangannya dan meyakinkan dirinya untuk mengahwini Sivaji. Adiseshan mempersendakan Sivaji dan mencabarnya untuk bertahan dengan hanya memberinya wang syiling satu rupee. Pada plot yang berlainan, Sivaji menetapkan untuk mengubah nasibnya dan membalas dendam terhadap Adiseshan. Melalui hanya satu panggilan telefon, dia menganggarkan bahawa memperoleh sehingga dua ribu juta INR secara haram, wang tanpa cukai dari seluruh negara. Sivaji melaporkan kepada Jabatan Cukai Pendapatan tentang butiran wang haram yang dimiliki. Musuhnya berusaha untuk mengetahui cara dia menukar wang haram mereka ke bentuk yang boleh digunakan dengan mengancam Tamizhselvi untuk membahayakan kehidupan Sivaji. Kerana takut, dia mendapatkan semua maklumat mengenai pelbagai transaksi wang kepada pihak berkuasa. Dengan bukti rapi, Sivaji ditangkap dan kembali adegan ke permulaan filem dengan Sivaji di penjara. Di situlah dia diseksa dan rancangan dibuat untuk membunuhnya.

Pelakon: Rajinikanth, Shriya Saran, Suman, Vivek, Raghuvaran and Nayantara.

MTV WORLD STAGE: LIVE IN MALAYSIA
27/12/10
MTV World Stage kembali ke Malaysia dengan memberi peluang kepada peminat untuk menonton persembahan muzikal terhebat dunia! Barisan artis terbaik bakal menggegarkan pentas muzik seperti Bunkface, Katy Perry, Tokio Hotel dan Wonder Girls. Bukan itu saja, konsert terbuka menampilkan tujuh kumpulan muzik iaitu Kasabian, The All-American Rejects, Boys Like Girls, Hoobastank, Pixie Lott, Raygun dan Estranged. World Stage merupakan konsert yang ditungguh-tunggu oleh peminat muzik untuk merasi pengalaman berhibur dengan artis terbaik dunia dengan hanya menontonnya di televisyen.

SHINJUKU INCIDENT
Genre: Film
Bahasa: Mandarin
27/12/10

Steelhead bekerja sebagai seorang pemandu truk di China yang memasuki Jepun untuk mencari kekasihnya Xiu-xiu. Dia tinggal bersama rakan karibnya Jack (Daniel Wu) yang juga merupakan pendatang asing dari China. Apabila Steelhead hampir berputus asa mencari Xiu-xiu dan mengetahui bahawa kekasihnya itu sudah berkahwin dengan wakil pemimpin Jepun,Eguchi. Dia membuat keputusan untuk terus menetap di Jepun dan meningkatkan taraf hidup dirinya dan kesemua pendatang China. Dia kemudian menemui cinta baru bersama pemilik bar, Lily. Berdasarkan kepimpinan Steelhead, masyarakat Cina membina komuniti dan kuasa mereka dengan aktiviti yang tidak sah menurut undang-undang untuk meningkat ‘kualiti’ kehidupan mereka. Namun secara tidak sengaja, Steelhead ingin kembali ke pangkal jalan dan sudah tiba masanya dia pulang ke kampung halamannya. Namun segala-galanya sudah terlambat

Pelakon: Jackie Chan, Naoto Takenaka Daniel Wu, Chin Kar-lok, Xu Jinglei, Fan Bingbing, Masaya Kato Jack Kao, Yasuaki Kurata, Lam Suet, Kenneth Low, Kenya Sawada Paul Chun, Teddy Lin, Wong Wai-Fai.

KONSERT KIM JUNG-EUN’S CHOCOLATE
Genre: Konsert (Korea)
Konsert Kim Jung-Eun’s Chocolate, sebuah program muzik yang diacarakan oleh pelakon terkenal kim jung Eun yang akan menampilkan persembahan secara langsung barisan artis popular Korea serta bintang-bintang yang baru menyinar. Chocolate merupakan bual bicara muzikal yang mana penonton akan melihat penyanyi beraksi termasuklah selebriti lain seperti pelakon dan ahli sukan. Kim Jung Eun juga akan berbual-bual bersama tetamu sebelum melakukan persembahan. Ini akan memberikan penonton ruang untuk lebih mengenali artis kesayangan mereka.

Raavanan (1)

RAAVANAN
Genre: Film
Bahasa: Tamil
27/12/10
Raavanan mengisahkan Raavan yang menunggu peluang untuk membalas dendam terhadap Ram, seorang pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap kamatian adik perempuannya. Pada masa yang sama Ram telah berkahwin dengan bekas kekasihnya Janaki. Tapi sehari selepas perkahwinannya, Raavan menculik Janaki dan melarikannya. Kemudian Janaki menyedari siapakah Ram sebenarnya dan jatuh cinta terhadap Raavan. Raavan Vikram akhirnya tewas di tangan Ram Prothvi. Namun Ram gagal mendapatkan semula Janaki yang ingin bersama Raavan.

Veeraiyya atau Veera, seorang yang berpewatakan jahat telah menguasi seluruh Vikramasingapuram. Keseluruhan kawasan ini merupakan wilayahnya dan polis tidak terikat langsung dengan undang-undang dan keadilan. Deva, seorang polis yang jujur cuba untuk meruntuhkan kekuasaannya. Kemaraan ini menyebabkan adik perempuan Veera dan bermula siri membalas dendam. Isteri kepada Dev, Raghini diculik dan membuka seterusnya episode membalas dendam yang penuh emosi dan drama .

Pelakon: Vikram, Aishwarya Rai, Priyamani, Prithviraj, Prabhu, Karthik, Munna, Ranjitha.

josh groban

JOSH GROBAN AWAKE LIVE
Genre: Konsert
27/12/10

Josh groban amat terkenal diseluruh dunia dengan pengaruhnya sebagai penyanyi pop dengan kesempurnaan lirik baritonnya. Groban menyerlah pada tahun 2001 dengan pencapaian 5x platinum diikuti pada tahun 2003 dengan 5x-platinum Closer dan 2x-platinum Awake pada tahun 2006. Awake Live menampilkan pemenang Anugerah Grammy ini membuat persembahan sehingga kehabisan tiket konset di Energy Solution Arena, Salt Lake City dengan jumlah penonton dianggarkan seramai 15,000 orang pada 28 Ogos 2007. Awake Live boleh diangkat sebagai sebuah Adult Cotemporary paling popular zaman ini. Lebih daripada itu, Awake Live merupakan persembahan penyanyi antarabangsa pertama yang ditayangkan di layar perak.

NEW POLICE STORY
Genre: Filem
Bahasa: Mandarin
27/12/10
Kisah dimulakan dengan sekumpulan penjahat yang kaya dan sering melakukan jenayah dan mencabar pihak polis untuk menangkap mereka dengan selamat. Ketua kumpulan ini, Lue berjaya memikat Inspektor Kanan Wing dengan helahnya. Pasukan Wing telah dihapuskan termasuklah abang teman wanitanya, Hong. Teman wanitanya Hoi Yee juga tidak boleh menghentikan tabiat jahat dan perangai kaki botolnya.

Kehadiran Frank sebagai pasangan baru Wing amat mengejutkan setelah menyedari dalam keadaan mabuk dan putus asa tanpa melakukan sebarang aksi. Frank bertekad untuk membantu bekas idolanya kembali beraksi. Bersama dengan polis Sasa mereka bertemu dengan geng yang ketagih dengan X-Games dan permainan video online. Para pembunuh berdarah dingin ini kembali ke pasukan pembunuhan polis untuk sebuah permainan video online mengerikan. Sehinggalah Sasa, memainkan peranannya untuk memilih langkah selanjutnya yang berbahaya.

Filem ini memenangi beberapa anugerah di Golden Horse 2004 untuk Pilihan Penonton, Pelakon Pembantu Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Aksi Koreografi Terbaik

Pelakon: Jackie Chan, Nicholas Tse, Charlie Yeung, Daniel Wu, Charlene Choi, Dave Wong, Hayama Go, Terence Yin, Yu Rongguang, Coco Chiang, Andy On, Liu Kai-Chi, John Shum, Ken Lo

RENDANG TOK WAN
Genre: Telefilem
Bahasa: Melayu

Tayangan Perdana: 27 Disember 2010, 4.00 petang
Tok Wan merupakan seorang wanita murni dan tinggal di sebuah pekan dan memiliki gerai makanann dan menjual rending yang sangat popular. Gerai ini juga menjadi tempat orang ramai untuk berkumpul untuk minum dan bergosip. Jirannya, Lijah dan Limah sering mengecohkan keadaan dengan menunjuk-nunjuk kekayaan sehinggalah suami mereka memotong elaun bulanan mereka. Alicia tukang eletrik, Ah Chong budak penghantar dan beberapa yang lain mempengaruh dua jiranya ini untuk mendesak Tok Wan untuk berkongsi resepi dan memulakan perniagaan untuk mendapatkan duit dengan cepat. Untuk menamatkan persaingan mereka, Tok Wan berkongis resepi itu tetapi dengan ramuan yang tidak mencukupi. Ini menambahkan lagi permusuhan mereka dan menyebabkan berlakunya adegan sabotaj. Akhirnya, Tok Wan Sudi untuk membantu mereka tetapi dengan syarat satu yang perlu dipatuhi

Pelakon: Halimah, Ah Chong (Sweet Child), Nadia (AF 6), Tania Zainal, Amiza Adnan, Sulaiman Yasin, Imuda, Jihan (Raja Lawak), Ketampi Raja Lawak, Haziq, Alicia, Amarjit, Jonathan Lim, Hafiz, Yus, Ning Baizura

ANDRE RIEU AT SCHONBRUNN, VIENNA
Genre: Konsert
27/12/10
Sebuah konsert bersama Andre Rieu di padang berdepan dengan emperial Hofburg di tengah kota Vienna sememangnya amat mengasyikkan. Program ini menampilkan komposisi terhebat daripada komposer terbaik Vienna berlatarbelakangkan pemandangan indah.

3 idiots

3 IDIOTS
Genre: Filem
Bahasa: Hindi
27/12/10
“Three idiots’ mengisahkan kelucuan dua sahabat Madhavan dan Sharman Joshi yang sedang dalam misi mencari kawan mereka, Rancho yang hilang. Di kolej, mereka bertiga merupakan rakan satu asrama. Rancho dulu merupakan seorang yang berfikiran terbukayang sentiasa mengeluarkan idea-idea yang bernas tetapi sering bertelagah dengan mentor yang zalim dan kejam bernama Viru Sahastrabudhhe. Pada suatu hari, Rancho lenyap selamanya dan mengejutkan kawan-kawannya dan kekasihnya Pia. Dua rakan mereka menanamkan azam untuk mencari Rancho dan memulakan perjalanan mencari rakan mereka yang hilang melalui perlbagai situasi yang menakjubkan. Antaranya mereka telah merosakkan majlis perkahwinan dan pengebumian menjadi huru hara. Perjalananan ini juga mendekatkan mereka sebagai seorang sahabat setelah melalui pelbagai dugaan yang melucukan. Mampukah mereka menemui Rancho, sahabat yang banyak mengubah kehidupan mereka dan menjadi inspirasi mereka untuk berfikir di luar kebiasaan dan menjadi seorang yang kreatif?

Pelakon: Aamir Khan, Kareena Kapoor, R. Madhavan, Sharman Joshi, Boman Irani, Omi Vaidya, Parikshit Sahni, Javed Jaffrey, Mona Singh, Sanjay Lafont, Rahul Kumar, Amardeep Jha, Farida Dadi, Jayant Kripalani and Arun Bali.

GIRLS ALOUD TANGLED UP LIVE FROM O² 2008
Genre: Konsert
28/12/10
Tangled Up Tour merupakan konsert bergerak kali keempat oleh kumpulan pop British, Girls Aloud untuk menyokong kehadiran album keempat mereka, Tangled Up. Konsert bergerak ini dimulakan dengan pengumuman bahawa mereka akan pergi ke serata United Kingdom dan Ireland pada November 2007. Menyokong album Tangled Up mereka, konsert ini menampilkan persembahan hebat selama dua jam. Dimulakan dengan aksi ‘terbang’ diikuti dengan lagu dari album pertama, “Sexy No No No…” Mereka menambahkan lagi daya penarik pada lagu tersebut dengan lari daripada versi asal lagu tersebut diselang selikan dengan sentuhan jazz hingga ke Biology dan nyanyian Trick Me daripada Kelis sehinggalah Control Of The Knife. Dengan empat bahagian persembahan yang hebat ini, setiap satunya menggunakan pakaian yang berlainan, Girls menyampaikan dengan baik setiap lagu klasik mereka dan lagu kesukaan peminat daripada album mereka, Tangled Up.

michael buble

MICHAEL BUBLE CAUGHT IN THE ACT
Genre: Konsert
27/12/10
Penyanyi Kanada yang berkarisma dengan ini menerima pencalonan Grammy menerusi album Caught in the Act untuk Best Traditional Pop Vocal. Michael menyanyikan lagu klasik termasuklah lagu hits nombor satunya, “Home”. Dia menyertai Josh Groban sebagai penghibur undangan disamping Chris Botti dan Laura Pausini. Buble juga mendendangkan lagu persis Sintara seperti “Feeling good” dan “Can’t Buy Me Love,” and berduet bersama penyanyi Italia Laura Pausini dengan alunan “You’ll Never Find Another Love Like Mine”. Inilah persembahan kegemaran semua penonton pelbagai lapisan generasi, penghibur yang menggunakan keseluruhan pentas dengan persembahan terbaiknya dalam carta Contemporary Jazz and Adult Contemporary untuk tahun 2005.

David Foster0002

HIT MAN: DAVID FOSTER AND FRIENDS
Genre: Konsert
27/12/10
David Foster, penulis lagu lagenda, penerbit dan maestro kepada banyak bintang ternama, telah menghasilkan beberapa muzik terbaik yang dikenali di serata dunia sepanjang lebih tiga dekad kariernya. Bagi meraikan pencapaian luar biasanya ini, beberapa nama besar dalam muzik kontemporari berkumpul untuk sebuah konsert pada satu-satunya malam yang menampilkan hits nombor 1, lagu – lagu terbaik dan pelbagai lagu oleh beberapa individu yang mewarisi muzik yang diterbitkan David Foster. Foster merupakan salah satu tokoh yang paling berpengaruh pada lewat 20an an dan abad ke-21 dalam industri rakaman Amerika dalam membantu dan mencipta juga membentuk kerjaya nama-nama besar seperti Celine Dion, Michael Buble, Kenneth “Babyface” Edmonds, Josh Groban dan Boz Scaggs. Penyanyi-penyanyi ini akan muncul bersama ramai yang lain sebagai penghormatan kapada dirinya . Menjadi perhatian pastinya Blake Shelton untuk “Wildflower”, Katherine McPhee untuk “Somewhere”, Babyface Edmonds dan Kevon Edmonds untuk “I Swear” dan gabungan penyanyi-penyanyi ini untuk “Got to be Real”.

Anugerah Skrin 2010 (KEPUTUSAN PENUH DAN INFO)

Anugerah Skrin 2010

Anugerah Skrin 2010 (KEPUTUSAN & INFO)
TEMPAT:
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur,
PENGACARA: Awal & Vanidah
SUMBER: Berita harian & budiey.com
TARIKH: 24 Disember 2010
SALURAN TV: TV3
MASA: 9 malam

Anugerah Skrin 2010

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH SKRIN 2010 (ASK 2010)
  1. # Rancangan realiti TV terbaik - Showdown 2010
  2. # Lakon layar terbaik kategori filem - Evolusi KL Drift 2 (Shamsul Yusof)
  3. # Drama komedi terbaik - Simpang 3
  4. # Lakon TV terbaik - Antara Garisan
  5. # Program hiburan terbaik - Anugerah Bintang Popular
  6. # Pelakon pembantu wanita terbaik drama - Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)
  7. # Pelakon pembantu lelaki terbaik drama -Isma Yusoof (Antara Garisan)
  8. # Pelakon pembantu wanita terbaik filem - Nor Fazura (Pisau Cukur)
  9. # Pelakon pembantu lelaki terbaik drama - Aaron Aziz (KL Drift 2)
  10. # Rancangan bual bicara terbaik - RTM: Isu khas Gaza Palestin Kami Bersamamu
  11. # Laporan khas / berita terbaik - Aduan rakyat berbumbung langit
  12. # Videografi terbaik drama - Datang Bulan
  13. # Pelakon wanita terbaik filem - Sharifah Amani (Mualaf)
  14. # Pelakon lelaki terbaik filem - Bront Palare (Belukar)
  15. # Pelakon wanita terbaik drama - Nor Khiriah (Antara Garisan)
  16. # Pelakon lelaki terbaik drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
  17. # Pengarah terbaik filem - Yasmin Ahmad (Mualaf)
  18. # Pengarah terbaik drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
  19. # Rancangan muzikal terbaik - TV3 Anugerah Juara Lagu 24
  20. # Anugerah Yasmin Ahmad - Shaheizy Sam
  21. # Drama rantaian terbaik - Nur Kasih
  22. # Filem terbaik - Mualaf
  23. # Drama terbaik - Antara Garisan
Anugerah Skrin 2010

INFO: Anugerah Skrin 2010
  1. # SEBANYAK 17 drama, 12 drama rantaian dan lima drama komedi dicalonkan pada ASK2010. Manakala 25 judul pula layak bersaing dalam kategori filem.
  2. # ANTARA drama yang bertanding ialah Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Masyitah, Kaki, Lillahi Ta’ala, Perempuan, Antara Garisan dan Selipar Jepun Suria.
  3. # ANTARA filem yang layak bertanding pula termasuk Momok the Movie, Muallaf, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift 2, Papadom, Lagenda Budak Setan, Setem, Adnan Sempit, Kecoh Betul dan Santau.
  4. # BAGI kategori drama, sebanyak 10 anugerah menjadi rebutan iaitu Drama Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik, Drama Rantaian Terbaik, Drama Komedi Terbaik dan Videografi Terbaik.
  5. # KATEGORI filem pula menawarkan trofi Filem Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.
  6. # ENAM trofi lagi menunggu pemenang kategori penerbitan dalaman iaitu Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik, Rancangan Bual Bicara Terbaik, Rancangan Hiburan Terbaik, Rancangan Muzikal Terbaik, Rancangan Realiti Terbaik dan Laporan Khas/Berita Terbaik.
  7. # BUAT kali kedua, Anugerah Yasmin Ahmad diadakan dalam kategori Anugerah Khas Juri, bagi memberikan pengiktirafan kepada bakat baru yang berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam seni.
Anugerah Skrin 2010

KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

KATEGORI DRAMA
1. Drama Terbaik
2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
3. Pelakon Wanita Terbaik Drama
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Isma Yusoof – Antara Garisan
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Fadzillah Mansor – Sebelum Akhirat
6. Pengarah Terbaik Drama
7. Lakon TV Terbaik – Antara Garisan – Shahrul Ezad Mohameddin
8. Drama Rantaian Terbaik
9. Drama Komedi Terbaik – TV3 Simpang Tiga
10. Videografi Terbaik

KATEGORI FILEM
1. Filem Terbaik
2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
3. Pelakon Wanita Terbaik Filem
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Aaron Aziz – Evolusi KL Drift 2
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Fazura – Pisau Cukur
6. Pengarah Terbaik Filem – Shamsul Yusof – Evolusi KL Drift 2
7. Lakon Layar Terbaik Filem

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
2. Rancangan Bual Bicara Terbaik
3. Rancangan Hiburan Terbaik
4. Rancangan Muzikal Terbaik
5. Rancangan Realiti Terbaik
6. Laporan Khas/Berita Terbaik

ANUGERAH KHAS JURI

SENARAI PENCALONAN ANUGERAH SKRIN 2010

KATEGORI DRAMA – Telemovie
Cerekarama – Taubat Nasuha
Cerekarama – Bagaikan Sumayyah
Cerekarama – Sebelum Akhirat
Cerekarama – Miah Oh Miah
Cerekarama – Masyitah
Cerekarama – Dalil Cinta
Panggung Seri – Kaki
Panggung Seri – Menantu 3 Rasa
Citra – Dendam Seorang Isteri
Pangung Sabtu: Perempuan
Kepok & Nisan
Lillahi Ta’ala
60Km
Datang Bulan
Antara Garisan
Fatimah Juling
Selipar Jepun Suria

KATEGORI DRAMA – Drama Berantai
Nur Kasih
Adamaya
Nenek Kebaya
Tari Tirana
Jangan Pandang Belakang
Si Capik
Skuad Polis: Gerakan Marin
Ghost
Blogger Boy
Awan Dania Siri 2
Kau Dan Aku
Halimah Jongang The Series

KATEGORI DRAMA – Drama Komedi
Senario
Teres Kembar 4
Londeh
Fikirlah Sendiri Nabil (Musim 2)

KATEGORI FILEM CEREKA
(YANG DITAYANGKAN MULAI 1 JULAI 2009 – 30 JUN 2010)
Skrip 7707
Setem
Momok The Movie
Jin Notti
Papadom
Pisau Cukur
Senario The Movie – Ep 2 (Beach Boy)
My Spy
Santau
Pulau Asmara
Muallaf
Duhai Si Pari Pari
Adnan Sempit
2 Hati Satu Jiwa
Niyak Rampik
V3 Samseng Jalanan
Evolusi Kl Drift 2
Semerah Cinta Stilleto
Hooperz
Belukar
Andartu Terlampau Mencari Suami
Kecoh Betul
Lagenda Budak Setan
Kapoww
Zoo