• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA (1 - 13 TAMAT)



FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA (ASTRO RIA)
MULAI: 29 Disember 2012
SALURAN: Astro Ria (104) dan Mustika HD (134)
EPISOD : 13 Episod
HARI: setiap Sabtu,
MASA: 9 malam
SELEBRITI:Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin.



DOWNLOAD FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA (ASTRO RIA)
Fear Factor Episod 01 = DOWNLOAD
Fear Factor Episod 02 = DOWNLOAD
Fear Factor Episod 03 =PART1 - PART2
Fear Factor Episod 04 =PART1 - PART2
Fear Factor Episod 05 = DOWNLOAD
Fear Factor Episod 06 =DOWNLOAD
Fear Factor Episod 07 =DOWNLOAD
Fear Factor Episod 08 =DOWNLOAD
Fear Factor Episod 09 =DOWNLOAD
Fear Factor Episod 10 =DOWNLOAD
Fear Factor Episod 11 =DOWNLOAD
Fear Factor Episod 12 =DOWNLOAD
Fear Factor Episod 13 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: jiwang


SINOPSIS FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA (ASTRO RIA)
Fear Factor Selebriti Malaysia melibatkan 30 selebriti yang membentuk 15 pasukan secara berpasangan. Rancangan 13 episod ini akan memaparkan dua cabaran yang mereka harus lalu setiap episod.
 
Kesemua peserta dkehendaki melakukan cabaran yang diberi. Sekiranya perasaan takut atau gagal menguasai diri, peserta tersebut akan disingkirkan! Siapakah selebriti Malaysia yang akan berjaya dalam kesemua cabaran ini? Semuanya dalam Fear Factor Selebriti Malaysia!
Aaron Aziz terus melebarkan sayapnya apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan program terbaru yang diberi nafas baru dan bakal mendapat sambutan hebat oleh para penonton iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia yang memilih Cape Town, Afrika Selatan sebagai destinasi utama.
Umum mengetahui program ini diadaptasikan daripada format program yang cukup popular di Amerika Syarikat di mana para peserta bakal diuji daya ketahanan mental dan fizikal peserta di dalam setiap cabaran yang dilalui mengikut kesesuaian budaya masayarakat Malaysia.
Mampukah 15 kumpulan yang terdiri daripada selebriti pilihan Malaysia menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal dilalui nanti? Jangan lupa untuk menyaksikan penampilan khas Aaron Aziz sebagai hos utama Fear Factor Selebriti Malaysia di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) pada 29 Disember 2012!

CINTA GADIS IGAL IGAL (TVI)

CINTA GADIS IGAL IGAL (TVI)
TARIKH: 31 Mac 2013,
MASA: 12.00 tengah hari
PELAKON: Shahrizal Jaszle, Nabila Huda , Lia Natasha, Marlin Malalin, Aman Nassim dan Dayang Hasnah Ibrahim.



SINOPSIS CINTA GADIS IGAL IGAL (TVI)
mengisahkan pemuda kacak bernama Eddy yang berangkat ke Semporna sendirian setelah menghadapi kemelut rumahtangga dengan isterinya, Mona. Dia memberikan alasan kepada keluarganya mahu menenangkan fikiran dan memikirkan penyudah terbaik konflik hubungannya dengan Mona.

Ketika di sana, dia mula terpikat dengan keindahan suasana persekitarannya dan keramahan penduduk menyambutnya sebagai tetamu dari semenanjung. Banyak perkara baru yang diketahuinya terutama melibatkan adat, budaya dan tradisi kaum Bajau yang majoritinya menghuni perkampungan itu.

Tetapi rupanya ada cinta yang hadir menyapa bila mana dia mula terpikat dengan gadis bernama Indak, berketurunan Bajau Laut yang merupakan penari tarian Igal-Igal yang popular ketika berlangsungnya sesebuah majlis perkahwinan.


Namun pada masa sama konflik berlaku bila Mona ingin menjernihkan semula ikatan hubungan suami isteri yang sebelum ini diibaratkan seperti retak menanti belah. Mona mahu merebut semula hati suaminya itu walau dengan apa cara sekalipun.

Saksikan sama ada Mona berjaya memisahkan hubungan cinta yang baru terjalin antara Eddy dan Indak? Atau kekuatan cinta kedua pasangan yang berbeza adat dan budaya itu mengatasi segala-galanya?

KU IDAMKAN MIMPI (TV2)

KU IDAMKAN MIMPI (TV2)
PELAKON: Eja, Shahrolnizam, Ku Fridah dan Razali Hussain
SLOT: Citra
TARIKH: 26 Mac 2013,
MASA: 10.00 malam



SINOPSIS KU IDAMKAN MIMPI (TV2)
Kongsikan kisah Ramzi yang kehilangan isteri dan anak keempatnya dalam kemalangan jalan raya. Ramzi merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan yang dahulu terkenal yang kini menjadi seorang jurulatih bola sepak skuad remaja bawah 20 tahun. Tetapi sayang, bakatnya itu tidak dapat diwarisi kepada anak-anaknya yang mempunyai pendapat dan citarasa yang berlainan.

Anak sulungnya, Aiman lebih meminati sukan papan luncur manakala Adam pula lebih minati muzik. Satu-satunya harapan Ramzi adalah Haikal, anak bongsunya namun dia telah diserang penyakit Autisme yang telah mengubah kehidupannya.


Haikal menjadi teman setia Ramzi di setiap sesi latihan hujung minggu dan musim perlawanan bola. Haikal menjadi anak kesayangan bukan kerana keistimewaannya tetapi hatinya yang luhur dan suci. Ramzi seakan melihat ketulusan anaknya dalam banyak perkara dan anak ini bagaikan mengerti kesunyian hatinya membesarkan anak-anak tanpa isteri dan impian untuk melihat salah seorang dari anak-anaknya yang mengikuti jejak langkahnya dan legasinya dahulu.

Haikal menjadi anak murid kesayangan Cikgu Suraya yang dalam diam sudah lama jatuh hati kepada Ramzi yang pernah popular satu ketika dahulu. Cuma Ramzi sahaja yang tidak berminat kerana bimbang mereka tidak dapat menerima Haikal seadanya. Ramzi masih ingat lagi, janjinya terhadap arwah Maria untuk emalatih Haikal mencipta nama dalam bidang bola sepak. Namun kini, sangkaannya jauh terpesong kerana Haikal bagaikan terperangkap di dalam dirinya sendiri.

Seperti kelaziman setiap hujung minggu, Haikal akan diseret ke padang bagi mengikuti dan menyaksikan latihan pasukan bola sepak bimbingan ayahnya. Hari demi hari, hampir seumur hidupnya dia melihat dan menyaksikan perlawanan bola sepak, yang akhirnya menimbulkan minat dalam dirinya walaupun dia autistik. Haikal sering menyaksikan sesi latihan dengan penuh minat dan tumpuan. Setiap kali ayahnya mengajar mereka, dia pasti akan berada dekat dengan kumpulan itu. Seolah-olah dia sedang memerhatikan setiap gerak geri dan skill pemain, serta menyerap kemahiran itu ke dalam dirinya.

Pada satu sesi latihan Haikal tiba-tiba sahaja berlari ke tengah padang dan menuju ke tiang gol. Dia menolak ke tepi penjaga gol dan terus menampan bola yang disepak oleh pemain. Bola itu melekat di tangannya dan dipeluk bola itu sekuat hati sehingga Ramzi perlu ke padang untuk menarik Haikal ke tepi. Gaya dan lagaknya mirip seperti penjaga gol yang sedang menjaga gawang pertahanan. Ramzi tidak menganggap ini serius kerana kecacatan anaknya mungkin akan menjadi penghalang dan dia juga tidak mahu berharap pada harapan yang tidak pasti.

Bermula detik itu, bagaikan ada seru yang menyeru semangat Haikal untuk menceburkan diri dalam bola sepak suatu ketika nanti. Walaupun begitu ada juga bisikan yang merendahkan moralnya atas kekurangan dirinya. Haikal terkesima.

Namun segalanya berubah apabila, pada satu perlawanan Amal, seorang doktor pakar Diagnosis Autistik berjumpa dengan Ramzi setelah dia melihat Haikal yang mempunyai potensi untuk bermain bola sepak. Mungkin itulah bakat terpendam Haikal yang Ramzi terlepas pandang selama ini. Doktor itu memberitahu yang Haikal sebenarnya boleh dilatih kerana itu adalah minatnya tetapi dia hanya boleh melakukan satu atau dua perkara sahaja iaitu menangkap dan membaling semula bola.

Ini bagaikan harapan yang dibajai bagi Ramzi. Sedikit demi sedikit, dia melatih Haikal. Bahkan Ramzi turut mencipta modul untuk latihan bola sepak bersama Doktor bagi melatih golongan ini. Pemerhatian Ramzi kemudiannya diiktiraf sebagai sumbangan kepada arena bola sepak dan golongan OKU amnya. Kesampaiankah cita-cita Ramzi untuk melihat anaknya itu berjaya dalam bidang bola sepak? Atau pun impiannya hanya angan-angan semata.

LIFE UNEXPECTED (TV2)

LIFE UNEXPECTED (TV2)
MULAI: 12 Mac 2013,
HARI: setiap Selasa,
MASA: 12.00 malam
PELAKON: Britt Robertson sebagai Lux Cassidy dan “Catherine “Cate” Cassidy oleh Shiri Appleby , Nathanial “Baze” Bazile (Kristoffer Polaha), Ryan Thomas (Kerr Smith), Matthew “Math” Rogers (Austin Basis), Natasha “Tasha” Siviac (Ksenia Solo) dan Paige Thomas (Arielle Kebbel),




SINOPSIS LIFE UNEXPECTED (TV2)
mengenai Lux yang telah menghabiskan sisa hidupnya selama 15 tahun menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga angkat di Portland, Oregon.

Ibu kandungnya, Cate Cassidy telah melahirkan Lux ketika masih remaja dan kemudian memberikan anaknya untuk dijadikan sebagai anak angkat kepada Perkhidmatan Sosial. Disebabkan mempunyai masalah jantung, Lux bernasib malang kerana sering dipulangkan semula di tempat perlindungan tersebut.

Cate Cassidy seorang personaliti DJ radio dengan program popularnya, “Morning Madness”, dalam diam diminati Lux yang pada masa sama ketika mendengar suara Cate’s di radio, dia dapat merasakan suatu perasaan yang begitu dekat.

Satu hari, bapa kandung yang berjaya dijejakinya dikenali sebagai Baze membawa Lux untuk berjumpa dengan Cate, dan Baze memberitahu bahawa Lux adalah anaknya Cate terkejut dan sedih apabila mengetahui bahawa anaknya dibesarkan di rumah anak angkat di mana Cate percaya bahawa tempat perlindungan tersebut mampu untuk menggantikannya dengan keluarga yang lebih baik.


Setelah mengetahui tentang kehidupan anaknya, Cate membuat keputusan ingin menjaga Lux ketika sambutan hari lahirnya yang ke – 16. Tetapi malangnya, hakim mahkamah memutuskan bahawa Lux masih belum bersedia untuk diberikan hak kebebasan sepenuhnya. Begitu pun peluang untuk mereka hidup bersama masih terbuka kerana mahkamah telah memberikan tempoh hak penjagaan sementara kepada Baze dan Cate.

Ketika di dalam penjagaan mereka, Baze menjadi lebih bertanggungjawab dan bekerja kuat supaya Lux dapat tinggal bersamanya. Disebabkan hubungan mereka semakin rapat, Baze yang dianggap sebelum ini sebagai pemalas telah membuktikan bahawa dia mampu menjadi seorang bapa yang baik.

Sementara itu Ryan, tunang kepada Cate merasa cemburu dan tidak selamat dengan kehadiran Baze yang selalu hadir dan mengganggu dalam kehidupan tunangnya itu sehingga menyebabkan Ryan memutuskan hubungan mereka berdua.

Setelah apa yang berlaku, Baze cuba menjernihkan keadaan dengan menjelaskan perkara sebenar kepada Ryan tentang yang berlaku antara dia dengan Cate dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Cate. Hubungan mereka kembali erat semata-mata disebabkan dia mahu menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kandung Lux. Lalu apakah yang berlaku kemudiannya?

CERITA KITA (2013)



CERITA KITA (2013)
MULA TAYANGAN: 07 Mar 2013
GENRE:Romance
DURASI: 89 minutes
PENGARAH:Pierre Andre
PELAKON:Pekin Ibrahim, Yana Samsudin, Fezrul Khan



DOWNLOAD CERITA KITA
turbobit = DOWNLOAD
extabit = DOWNLOAD
KREDIT : jiwang




SINOPSIS CERITA KITA (2013)
Kehidupan KAMAL yang dulunya pencuci kereta, kini berubah atas nasihat IKA, gadis yang dicintai Kamal dalam diam. Kerana terlalu sayangkan Ika, Kamal sanggup mengambil risiko dengan meminjam wang daripada ceti haram untuk membuka sebuah kedai burger tanpa pengetahuan Ika.

Setelah berjaya membuka kedai burger, perniagaan Kamal berjalan dengan lancar dan Ika berasa lega dengan pencarian baru Kamal itu. Kamal yang memang dari dulu mengidamkan Ika, sentiasa berusaha untuk memikat hati Ika sehingga sanggup mencari barang kesukaan Ika.



Ika yang pada awalnya berasa selesa dengan Kamal, mula melupakan Kamal setelah pertemuan pertamanya dengan jejaka kaya bernama MALIK. Malik yang merupakan kawan kepada Kamal, turut mempunyai perasaan terhadap Ika sejak pertama kali mereka bertemu di satu kemalangan ringan.

Ika mula tertarik dengan jejaka kaya itu dan mula melupakan Kamal. Kamal yang melihat perubahan Ika, mula berasa sedih dan kecil hati. Kamal cuba menasihati Ika ,jangan terlalu rapat dengan Malik, kerana Malik suami orang.


Ika mula berasa sangsi dan berfikir bahawa Kamal sengaja mereka cerita. Kamal terusan menasihati sehingga Ika berasa keliru dengan perasaannya. Jadi adakah Ika akan tetap memilih Malik? Atau sejauh manakah benar kenyataan Kamal ? semuanya akan terjawab dalam filem romantik, ‘Kita’.


SEMBUNYI - AMUKAN AZAZIL

SEMBUNYI (2013)
TAJUK FILEM : AZAZIL
GENRE:: Fantasi / Seram
MULA TAYANGAN: 28 Mac 2013
PENGARAH: Kabir BhatiaPELAKON: Diana Danielle, Remy Ishak, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad, Fizo Omar



SINOPSIS SEMBUNYI (2013)
Aishah (Diana Danielle) adalah seorang gadis muda yang hidup di zaman penjajahan Jepun. Dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada askar Jepun, Aishah dipukul sehingga pengsan dan setelah tersedar, mendapati dirinya berada di sebuah kampung yang sunyi.


Dia diberikan sebuah tempat berlindung oleh orang kampung dan mulakan hidup barunya di sana. Tetapi, tidak lama selepas itu, Aishaj mula menyedari tahu bahawa kampung tersebut juga mempunyai rahsia tersendiri.

Aishah sering didatangi seorang kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu bahawa sebuah roh jahat yang tidak diketahui asalnya sedang menghantui kawasan hutan di kampung itu.

Roh yang dikenali sebagai Azazil itu sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya yang selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik sahaja Aisha menjejak kakinya di sana.

BOLA KAMPUNG THE MOVIE (2013)

BOLA KAMPUNG THE MOVIE (2013)
MULA TAYANGAN: 21 Mar 2013
GENRE:Animation
PENGARAH:Wong Kuan Loong
PELAKON:Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Noh (Hujan), Douglas Lim, Deanna Yusoff, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn, Afdlin Shauki.



SINOPSIS BOLA KAMPUNG THE MOVIE (2013)
Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya.

Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong Lechar. Iwan yang merupakan hero Bola Kampung telah tersalah sangka bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya di kampung semasa cuti sekolah. Baginda puteri kemudiannya menghabiskan masanya beramah-mesra bersama Iwan dan rakan-rakannya. Tidak beliau sedari akan hakikat bahawa seorang anasir perosak dari dunia permainan maya yang berniat untuk membunuh baginda telah muncul di Kampung Gong Lechar.

Ingatan Puteri Amanda kembali pulih sedikit demi sedikit. Misinya untuk mencari pahlawan terpilih iaitu Perwira Suria telah berjaya apabila beliau menyedari bahawa Saboklah perwira yang dicari-cari selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh anasir perosak dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.


Iwan dan rakan-rakannya bersiap-sedia untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya daripada serangan anasir perosak tersebut. Kumar yang merupakan seorang saintis muda kampung itu menyedari bahawa permainan alam maya terkemuka Kingdom Hill telah diserang virus dan mengesyaki virus yang sama menjadi punca kekacauan yang melanda keselamatan kerajaan maya itu.

Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilas untuk menakluki kerajaan Kingdom Hills.

AKU BENCI MAMA (DOWNLOAD)


AKU BENCI MAMA (TV3)
HARI: Sabtu
SLOT: Cerekarama
MASA: 10 Malam
PELAKON: Afiq Muiz, Hanis Zalikha, Eja. Zila Bakarin.Wan Sharmila
KREDIT: Blog hanis zalika




DOWNLOAD AKU BENCI MAMA 
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar






SINOPSIS AKU BENCI MAMA (TV3)
Kesibukan kerja dan masalah ibu bapa membuatkan Liana terabai. Liana terpaksa dihantar sekolah berasamara penuh bila dia mendapat keputusan cemerlang dalam PMR