• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

BLOG PEREKA CERITA BERTUKAR DOMAIN

BLOG PEREKA CERITA BERTUKAR DOMAIN
Asalamualaikum... salah satu azam tahun baru 2011 telah telaksana iaitu mahu menggunakan duit dari NUFFNANG untuk membeli DOMAIN . awal bulan ni check yang ke 4 dari NUFFNANG telah sampai setelah menunggu selama 2bulan.. check yang ke 5 belum sampai lagi walaupon sudah di chasout awal bulan 2. mungkin awal bulan 4 baru sampai kot. setakat ni PEREKA CERITA baru dapat RM800 je dari NUFFNANGsetelah 1tahun 5bulan blog ini di reka.. ini menunjukkan bukan mudah untuk mendapatkan duit melalui NUFFNANG. buat sekadar suka suka dan duit juga dihabiskan kepada perkara yang suka suka juga hihihi...

KENAPA TUKAR DOMAIN

PEREKA CERITA dapati sekarang ni terlalu banyak orang membuat blog guna blogspot dan juga blogger yang sudah lama bermain blog banyak sudah mengupgradekan blog mereka kepada domain . katanya lebih ceria, cool, mesra visitor, dan NUFFNANG suka?? tapi bagi PEREKA CERITA menukar domain ini hanya bertujuan ingin mendapat pengelaman baru dengan blog baru. ala bukannya mahal sangat domain ni hanya RM 29 selama 1tahun.

BLOG PEREKA CERITA BERTUKAR DOMAIN

DOMAIN IHOSTERZ
PEREKA CERITA memilih domain dari ihosterz. PEREKA CERITAmemilih ihosterz kerana dikatakan domain paling murah dan stafnya mesra, pantas dan cepat. ternyata apa yang dikatakan oleh blogger lain itu adalah tepat kerana tidak kurang dari 1jam membayar pendaftaran domain ihosterz melalui maybank2u cepat dan pantas blog PEREKA CERITA telah bertukar url dari http://ceritadimataku.blogspot.com/kepada url baru yang mudah diingati http://www.perekacerita.com/

BLOG PEREKA CERITA BERTUKAR DOMAIN

SUSAH MENDAFTAR DOMAIN
PEREKA CERITA menasihati blogger lain yang mahu membeli domain agar membaca dan mencari tutorial mendaftar domain kerana untuk mengelakkan blogger kesilapan. akibatnya url blog yang dikehendaki mungkin tidak boleh didaftar kembali dan juga mungkin blogger akan kerugian duit mendaftar.

PEREKA CERITA juga mengingatkan blogger lain supaya berkorban masa sedikit untuk bertukar domain ini kerana setelah selesai process pembanyaran dan pendaftaran, blogger kena setting blog di banyak tempat dan website kerana url blog sudah berubah dan juga feed blog turut berubah
1)akaun setting blog
2) setting seed feed blog
3) setting html blog
4) setting blog di NUFFNANG
5) setting blog di facebook dan tweter
6) setting blog di 100 komuniti ping blog


KEPUASAN BLOG
Mungkin hanya blogger yang mempunyai domain sendiri sahaja mengatahui perasaan kepuasan memiliki blog yang berdomain. berkorbanlah hanya RM29 sahaja untuk lebih menghayati perasaan bloging. walaupon blog korang tidak mempunyai visitor tetapi tetap akan kelihatan blog korang sangat cool setelah berdomain. percayalah.,, kepada sesiapa yang mahu mendaftar domain menggunakan ihosterz = KLIK

HEARTBEAT - BELI HADIAH SECARA ONLINE SAMBIL BUAT DUIT

Assalamualaikum... hari ni pereka cerita nak share satu website terbaik untuk membeli hadiah secara online. kelebihan website ni ialah pelangan boleh custom sendiri hadiah yang diingini. hadiah pastinya akan nampak lebih unik dan kreatif. untuk keterangan lebih lanjut sila ke website HEARTBEAT

Selain itu HEARTBEAT juga menawarkan sistem affiliate. iaitu sesiapa yang promote HEARTBEAT akan mendapat duit. so, sesiapa yang berminat dengan sisitem affiliate HEARTBEAT ini bolehlah mendaftar di website HEARTBEAT . setelah itu bolehlah promote iklan HEARTBEAT ini di website, forum, chat, facebook, blog atau di mana sahaja. daftar percuma je.

Pereka cerita telah terjumpa tutorial cara mendaftar HEARTBEAT ini di blog http://www.bardboo.com/. So, mari kita cuba try daftar dan lihat hasilnya selama sebulan kita daftar. ada yang mengatakan HEARTBEAT ini lebih baik dari NUFFNANG dan tidak salah disisi undang undang NUFFNANG. tapi Pereka cerita tidak pasti kebenaranya.




TUTORIAL CARA DAFTAR HEARTBEAT


1. Pergi ke laman HEARTBEAT Klik kat heartbeat.my yang dalam bulatan dalam gambar kat bawah ni.

2. Klik Create Account. Pastu daftarlah akaun seperti biasa.

3. Kemudian klik pula pada Join HB!Affliate dan daftar juga seperti biasa.

4. Bila dah daftar, scroll bawah sampai jumpa Click here, dan klik kat situ.

5. Then korang akan jumpalah page seperti di bawah ini. Klik Get A Code, then tampal kod tu di blog seperti biasa. =)

6. Sekarang dah boleh start Buat Duit dengan Heartbeat!!. Yaey!!






I AM NUMBER FOUR

I Am Number Four

FILEM: I Am Number Four
ARAHAN: DJ Caruso
PELAKON: Timothy Olyphant, Alex Pettyfer, Dianna Agron, Kevin Durand, Teresa Palmer dan Callan McAuliffe
GENRE: Aksi Fiksyen
TAYANGAN: 24 Februari 2011
ULASAN: Murshid Eunos (HARIAN METRO)

SINOPSIS I AM NUMBER FOUR

I Am Number Four sebuah simbolik persahabatan dan konflik cinta tetapi diterjemah dalam konsep fantasi menarik. Setiap satu pembangunan babaknya disuntik nafas pengarahan berbeza dan segar untuk menarik perhatian penonton, khususnya golongan muda.

Sembilan bayi makhluk asing terlepas ke bumi selepas dunia mereka, Lorien hancur dimusnahkan golongan Mogadorians yang memusuhi keturunan mereka. Namun kejamnya, Mogadorians masih menjejaki sembilan individu istimewa itu hingga ke bumi.
I Am Number Four
Sembilan komponen itu dikurniakan kuasa hebat yang dimiliki sepanjang mereka membesar. Mereka turut diberi nombor bagi mengekalkan identiti masing-masing selain seorang penjaga bagi memastikan kuasa dimiliki konsisten dan dapat dikawal.Memandangkan sembilan itu menetap di dunia yang penuh manusia yang kaya dengan adat dan budaya, mereka perlu bijak menyesuaikan diri.
I Am Number Four
Tiga terawal berjaya dibunuh Mogadorians, dan kini mereka memburu individu keempat iaitu Alex Pettyfer yang menggelarkan dirinya John Smith berpindah ke Paradise, Ohio selepas jejaknya diperhatikan. Bosan hanya menyembunyikan diri, Smith ingin kebebasan seperti remaja lain dan membuat keputusan memasuki sekolah.
I Am Number Four
Status pelajar baru membuatkan Smith dibuli, namun menemukannya dengan gadis jelita yang juga jurugambar, Sarah (Dianna Agron). Smith ingin memperjuangkan kebebasan dirinya. Smith ingin merasai nikmat jatuh cinta dan mula menentang penjaganya.
I Am Number Four
Naskhah yang mencuri inspirasi dan diadaptasi daripada novel tulisan Pittacus Lore, I Am Number Four, filem ini dipersembahkan dengan deretan babak aksi menarik.